Semasa Luna ingin balik ke mansion Zyan menghampirinya."Awak saya nak bincang sikit tentang kita."Kata Zyan dia ingin berbincang dengan Luna hanya berdua.
"Baiklah,sekarang saya boleh dengar apa yang awak nak bincang."Balas Luna dia tidak mahu menipu Zyan lagi.
"Bukan di sini tapi di tepi pantai tempat pertama kali kita berjumpa awak ingat tempat itu kan."Kata Zyan dia mahu berbicang dengan Luna dari hati ke hati dia dapat rasakan Luna cintakannya.
"Baiklah,nanti saya datang."Balas Luna pula sedikit pelik dengan sikap Zyan.
"Jam 8 malam kita jumpa di sana."Balas Zyan pula dan masuk ke dalam kereta.
Datuk Xyan yang berada di dalam kereta hanya melihat Zyan berbual dengan Luna *Apa yang Zyan berbual dengan Luna harap Luna tidak beritahu yang aku bincang dengan Luna tu* Datuk Xyan melihat anaknya naik ke dalam kereta dia berpura-pura bermain telefon.
"Pak mat jalan."Kata Zyan kepada pemandu.
"Baik,Encik Zyan."Balas pak mat dan mula memandu.
"Kamu berbual apa dengan Luna tadi?"Tanya Datuk Xyan sambil melihat telefon.
"Zyan cakap Zyan bincang dengan dia malam nanti di pantai yang Zyan pertama kali jumpa Luna pukul 8 malam nanti."Jawab Zyan dengan jujur dia ingin masalah ini selesai malam ini juga.
"Baiklah,hati-hati kalau nak berbincang tu berbincang elok-elok."Pesan Datuk Xyan *semoga tiada apa-apa terjadi malam ini.*
"Baik,papa."Balas Zyan dan melepaskan keluhan.
Louis yang ingin balik dia ternampak Zyan menghampiri Luna dan berbual dengan Luna *Apa yang dia berbual dengan Luna tak boleh ke kau lepaskan Luna tu kau dah tahu kan Luna tu tak cintakan kau buat apa lagi kau jumpa dia nak mengemis cinta Luna la tu* dia masuk ke dalam kereta apabila dia melihat Luna masuk ke dalam kereta.
Tak lama kemudian Datuk Xyan dan Zyan sampai di rumah begitu juga dengan Zyan mereka semua masuk ke dalam bersihkan badan dan makan bersama-sama
Manakal Luna yang berada di bilik tiba-tiba teringat apa dia dan Datuk Xyan berbicang di pejabat sebelum balik tadi.
3 Jam Lepas
"Papa nak jumpa dengan Luna ke?"Tanya Luna yang berada di depan pintu Datuk Xyan.
"Yes,sini kejap Luna papa nak sesuatu dengan Luna."Balas Datuk Xyan yang sedang melihat fail.
"Bincang apa papa?"Tanya Luna .
"Papa nak bincang tentang hubungan Luna dan Zyan papa minta maaf papa tak tahu tentang PERJANJIAN itu kalau papa tahu papa akan halang mama buat macam tu."Kata Datuk Xyan yang kecewa kerana dia tidak tahu tentang PERJANJIAN itu lebih awal.
"Tak apa,dah jadi dah pun Luna tak salahkan papa pun."Balas Luna pula dia langsung tidak salahkan Datuk Xyan.
"Luna pasti Luna tidak cintakan Zyan?"Tanya Datuk Xyan ingin kepastian daripada Luna.
"Luna pasti Luna tidak cintakan Zyan semua itu Luna buat hanya sebab PERJANJIAN itu sahaja tidak lebih daripada itu."Jawab Luna dengan jujur tapi entah kenapa dia merasa sakit hati dengan jawapannya itu.
"Apa yang Luna beritahu kepada Zyan yang Luna cintakan Zyan itu semua lakonan semata-mata?Luna pasti Luna cintakan Zyan?4 tahun Luna bersama dengan Zyan takkan Luna tak ada perasaan langsung dekat Zyan?"Tanya Datuk Xyan bertubi-tubi dia tidak berpuas hati dengan jawapan Luna dia merasa Luna seperti sembunyikan sesuatu.
"Yes,Luna tak pernah cintakan Zyan walaupun sepanjang 4 tahun kami bersama langsung Luna tak ada perasaan dekat dia."Jawab Luna dengan tersenyum kenapa hati aku sakit bila aku cakap aku tak cintakan Zyan.
"Kalau papa minta Luna kahwin dengan Zyan mengikut PERJANJIAN itu Luna setuju tak?"Tanya Datuk Xyan dengan ragu dia sudah agak jawapan Luna tapi dia ingin dengar sendiri daripada mulut Luna.
"No!Luna tak setuju Luna tak cintakan Zyan 4 tahun dah kami bersama Luna tetap tak ada perasaan dekat Zyan."Jawab Luna dengan kesal dia tidak suka apabila dia dipergunakan.
"Bukan maksud papa macam tu apa kata Luna kahwin dengan Zyan dan Luna boleh cuba cintakam Zyan."Cadang Datuk Xyan.
"No!papa Luna tidak akan kahwin dengan Zyan!"Jerit Luna dia tidak setuju dengan cadangan Datuk Xyan perkahwinan bukan main-main kalau tak suka cerai.
"Baiklah,papa faham papa tidak akan paksa Luna lagi."Kata Datuk Xyan *sepatutnya lebih awal lagi aku tak tanya dan cakap tentang ni.*
"Luna nak beritahu minggu depan Luna berhenti kerja ibu suruh sebab tak lama lagi Luna akan sambung belajar Luna nak rehat dulu sebelum belajar sebab itu Luna nak berhenti kerja awal."Kata Luna yang meminta izin untuk berhenti kerja.
"Baiklah,kalau macam tu papa hormat keputusan Luna."Balas Datuk Xyan dan Luna keluar dari bilik Datuk Xyan.
Tanpa mereka sedari Louis dan Zyan mengintai mereka berdua berbincang.
Zyan yang mahu serahkan fail kepada Datuk Xyan berjalan menuju ke bilik Datuk Xyan semasa dia ingin masuk dia melihat Luna berada di bilik Datuk Xyan dan dia terdengar apa yang Datuk Xyan dan Luna berbincang.
Louis masuk ke dalam bilik Luna tetapi dia melihat tiada siapa di sana.
"Kau nampak Luna pergi mana?"Tanya Louis kepada salah satu pekerja di situ.
"Tengku Luna ada di bilik Datuk Xyan."Jawab pekerja itu.
"Luna buat apa di bilik Datuk Xyan?"Tanya Louis lagi.
"Saya tak tahu yang saya tahu Datuk Xyan memanggil Tengku Luna masuk ke dalam bilik Datuk Xyan untuk berbincang sesuatu."Jawab pekerja itu lagi dan sambung buat kerjanya.
Selepas Louis tahu Luna di bilik Datuk Xyan terus Louis ke bilik Datuk Xyan tapi dia melihat Zyan yang berada di depan bilik Datuk Xyan Apa dia buat dekat situ dia pun mencuri dengar apa yang Datuk Xyan dan Luna berbincang di tepi dinding bilik Datuk Xyan dia berpuas hati apabila mendengar jawapan Luna sempat dia melihat riak muka Zyan yang kecewa mendengar jawapan Luna.
Luna pelik apabila dia merasa hatinya sakit apabila dia cakap dia tak cintakan Zyan *kenapa aku asyik sakit hati apabila aku cakap aku tak cintakan Zyan takkan aku dah jatuh cinta dengab Zyan sedar Luna kau dah ada Louis* tidak mahu terlalu memikirkan masalah itu Luna turun ke bawah menyapa ibunya yang berada di meja makan.
"Baru turun ibu dah panggil dari tadi."Kata Puan Sri Camelia yang berada di meja makan.
"Tak dengar tadi."Balas Luna dan duduk di kerusi.
"Kamu bersiap ni nak pergi mana?"Tanya Puan Sri Camelia apabila dia melihat anaknya bersiap.
"Ibu nanti Luna nak keluar sekejap nak jumpa Zyan dia cakap dia nak bincang dengan Luna."Kata Luna meminta izin untuk keluar.
"Baiklah,nanti bincang elok-elok."Pesan Puan Sri Camelia kepada anaknya.
"Baik,ibu Luna tahu dah la makan."Balas Luna dan mula menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Luna dan ibunya mula makan sambil berbual.
![](https://img.wattpad.com/cover/323120654-288-k92799.jpg)
YOU ARE READING
2 Heart 1 Love [IN EDITING]
Mystery / ThrillerSeorang perempuan memiliki 2 kekasih hati yang manakah pilihan hatinya? LOUIS-You love my first and will be my last love I am not obsessed I just afraid of losing you we will get married and have a child together and I will never let you fall into t...