Di meja makan Puan Sri Camelia hanya memerhati anaknya makan.
"Makan perlahan-lahan Luna."Kata Puan Sri Camelia kepada anaknya yang sedang makan itu.
Luna hanya mengganguk dan sambung makan.
"Macam mana perbincangan semalam?"Tanya Puan Sri Camelia lalu minum air.
"Biasa sahaja dan Luna dah putuskan hubungan kami."Jawab Luna dengan tenang dan sambung makan lagi dia lapar kerana semalam dia hanya menangis dia tidak makan.
"Luna pasti Luna tak cintakan Zyan?"Tanya Puan Sri Camelia ingin kepastian.
"Tak Luna cakap tak kenapa semua orang tanya hal yang sama."Balas Luna dengan kesal.
"Kalau Luna tak cintakan Zyan kenapa Luna menangis semalam?"Tanya Puan Sri Camelia lagi.
"Luna merasa bersalah dengan Zyan menipu dia selama ini sebab itu Luna menangis."Jawab Luna menafikan tentang perasaanya.
"Baiklah,kalau begitu."Balas Puan Sri Camelia yang lega mendengar jawapan Luna.
Luna hanya mengganguk dan makan dengan diam sengaja dia beritahu kepada ibunya tidak mahu ibunya risau tentangnya.
Selesai makan Luna terus pergi kerja.
"Selamat pagi Tengku Luna."Sapa pekerja-pekerja.
"Selamat pagi."Balas Luna dan masuk ke dalam biliknya
Datuk Xyan masuk ke dalam bilik Luna.
"Ada apa papa?"Tanya Luna.
"Zyan tidak databg harini dia tidak sihat."Jawab Datuk Xyan dan duduk di kerusi depan meja Luna.
"Oh,Semoga dja sihat."Balas Luna singkat.
"Macam mana perbincangan Luna dan Zyan semalam?"Tanya Datuk Xyan lagi dia mahu jawapan.
"Biasa sahaja dan Luna dan putuskan hubungan kami ."Jawab Luna dengan jujur tidak mahu menipu lagi.
"Tidak boleh ke Luna bagi peluang dekat Zyan."Pinta Datuk Xyan.
"Tidak boleh."Balas Luna singkat dan padat.
"Baiklah,papa hormat keputusan Luna."Balas Datuk Xyan dan keluar dari bilik Luna.
Semasa Louis ingin masuk ke dalam bilik Luna dia melihat papanya keluar dari bilik Luna *papa buat apa di bilik Luna apa-apa la baik aku jumpabmy honey beberapa hari aku dengan my honey tak jumpa* dia masuk ke dalam bilik Luna.
"Honey!"Panggil Louis yang mengunci pintu bilik.
"Ada apa?"Tanya Luna yang sedang melihat fail itu.
"Si Zyan tu ke mana?"Tanya Louis pelik apabila tidak melihat kelibat adiknya itu.
"Entah,papa cakap dia cuti sakit katanya."Jawab Luna tidak mahu mengambil tahu.
"Bagus la."Balas Louis dengan senang.
"Kenapa bagus?"Tanya Luna pula pelik dengan Louis yang kelihat senang adiknya sakit.
"Tak ada apa-apa."Jawab Louis.
Luna kembali melihat fail yang berada di meja.
"Honey!you tak rindu i ke?"Tanya Louis pula dia merasakan Luna sedikit dingin dengannya dan dia tidak suka itu.
"Rindu."Balas Luna singkat.
"Kenapa you tak pandang muka i?kenapa you dingin dengan i?I ada buat salah dengan you ke?"Tanya Louis bertubi-tubi dia tidak suka sikap Luna yang dingin kepada dia.
"You tak ada salah dengan i cuma i sedikit sibuk dengan kerja sebab minggu depan i akan berhenti kerja."Jawab Luna.
"Berhenti kerja,kenapa?"Tanya Louis lagi.
"I akan sambung belajar di luar negara sebelum sambung belajar ibu nak i rehat sebelum sambung belajar."Jawab Luna lagi dan menyimpan fail yang dia sudah selesai.
Louis memikiran sesuatu *Luna akan ke luar negara aku macam mana No aku perlu ikut Luna atau lelaki lain yang mengoda di No itu tidak akan aku biarkan* dia mendekatkan diri dengan Luna.
"Kalau you pergi ke luar negara i macam mana?"Tanya Louis dengan sedikit sedih.
"You boleh pergi dengan i papa beritahu i yang papa nak buka syarikat di sana tapi i tak tahu you atau Zyan yang ke sana papa akan berikan jawatan CEO kepada you atau Zyan di syarikat sana."Jawab Luna dan duduk di kerusi.
"Berapa tahun you sambung belajar?"Tanya Louis lagi.
"I dah ambil diploma di sini jadi i akan ambil master di UK dan Phd di Dubai semuanya 6,5 atau 4 tahun i akan sambung belajar di college i sendiri."Jawab Luna lagi.
"I akan ikut you apa pun yang terjadi."Balas Louis dan cium pipi dan bibir Luna dan terus keluar dari bilik Luna dia harus memikirkan bagaimana mahu pergi ke luar negara dan mendapatkan jawatan CEO itu.
Luna yang berada di bilik pelik melihat sikap Louis dan geleng-geleng kepala *pelik betul la dah la baik siapkan kerja aku ni* dia sambung kerjanya semula.
Louis yang berada di bilik berfikir apa yang dikatakan Luna tadi *aku perlu dapatkan jawatan CEO itu kalau aku dapat jawatan itu aku boleh dekat dengan Luna dan boleh pergi ke mana sahaja Luna berada aku perlu memikirkan cara untuk dapatkan jawatan itu* beberapa minit dia berfikir dia sudah dapat idea untuk mendapatkan jawatan itu dia mula tersenyum licik.
Di dalam bilik Louis hanya berbaring di katil dia tidak sakit dia hanya mahu berehat dia tidak mahu sakitkan hatinya apabila melihat Luna di pejabat dia bangun dan turun ke bawah menuju ke arah mamanya.
"Mama!"Panggil Zyan yang berada di belakang mamanya.
"Ada apa Zyan?"Tanya Datin Sofea yang sedang menyiram pokok bunga.
"Zyan nak bincang tentang hubungan Luna dan Zyan."Jawab Zyan.
"Bincang apa?"Tanya Datin Sofea lagi dan menutup paip.
"Semalam Luna dah putuskan hubungan kami tapi Luna tidak rela untuk lepaskan Luna dan Zyan mahu mama meminang Luna untuk Zyan."Jawab Zyan dia mahu mendapatkan Luna dia percaya Luna cintakannya.
"Baiklah,mama akan meminang Luna untuk Zyan."Balas Datin Sofea dia tidak mahu menghapakan Zyan dia akan cuba memujuk Luna untuk terima Zyan.
"Terima kasih,mama."Kata Zyan dan masuk ke dalam bilik semula.
Datin Sofea pada awalnya tidak setuju dengan untuk meminang Luna tapi apabila memikirkan anaknya yang murung dia setuju untuk meminang Luna untuk anaknya.
Louis balik ke rumah dan dia naik ke atas dia menuju ke biliknya sebelum dia masuk ke dalam bilik Zyan menyapanya.
"Abang adik nak cakap sikit dengan abang boleh?"Tanya Zyan dia sedikit takut ingin bertanya.
"Kau nak cakap apa ni,aku tak ada masa aku dah lambat nak jumpa kekasih aku."Jawab Louis dengan meluat.
"Sekejap je abang penting ni."Kata Zyan pula.
"Ha,tercegat apa lagi dekat situ cakap la cepat."Balas Louis dengan sedikit marah.
"Adik nak cakap yang adik nak kahwin dengan Luna mama akan masuk meminang Luna malam esok."Kata Zyan dengan perlahan.
"Ingat aku kisah lantak kau la nak kahwin ke nak mampus ke ada aku kisah."Balas Louis dengan perasaan marah dan terus keluar rumah.
"Ok,abang."Balas Zyan dengan perasaan sedih *Kenapa abang bencikan aku?hodoh sangat ke aku?* lalu dia masuk ke dalam bilik dengan perasaan sedih.
Manakala Louis yang berada di dalam kereta memandu dalam keadaan marah *Kau nak kahwin dengan Luna kau ingat aku nak bagi silap besar kalau buat keputusan nak kahwin dengan Luna memang silap besar kau tunggu esok kau akan menyesal dengan keputusan kau aaargh* dia berhenti keretanya hampir dia melanggar pokok dan dia kembali teruskan perjalanannya untuk berjumpa dengan Luna.
ANDA SEDANG MEMBACA
2 Heart 1 Love [IN EDITING]
Misteri / ThrillerSeorang perempuan memiliki 2 kekasih hati yang manakah pilihan hatinya? LOUIS-You love my first and will be my last love I am not obsessed I just afraid of losing you we will get married and have a child together and I will never let you fall into t...
![2 Heart 1 Love [IN EDITING]](https://img.wattpad.com/cover/323120654-64-k92799.jpg)