BAB 7

88 3 0
                                        

Selepas mandi,Luna bersiap untuk ke college.

Semasa bersiap,Luna duduk di kerusi di closet.Tiba-tiba,Luna terfikir tentang Louis.Dia sentiasa merasa berdebar-debar memikirkan tentang Louis.


Luna mengeluh kuat.Dia tahu yang dia sudah jatuh cinta dengan Louis.Tapi,Dia sedar yang dia sudah mempunyai kekasih.Dia tidak mungkin akan menduakan Zyan.

Setelah bersiap,Luna keluar dari bilik dan dia masuk ke dalam lift.Dia turun ke tingkat bawah.

Luna keluar dari lift terus dia berjalan menuju ke meja makan.Dia melihat Tengku Camelia sudah berada di meja makan.


Luna duduk di kerusi berhadapan dengan Tengku Camelia.

Luna meletakkan nasi lemak ke atas pinggannya.

"Ibu."Panggil Luna.

Tengku Camelia menoleh ke arah Luna.

"Kenapa ibu jodohkan Luna dengan Zyan?"Tanya Luna.Dia sudah lama ingin tanya soalan ini.

Tengku Camelia menghela nafas berat.


"Bukan ibu yang beria nak jodohkan Luna dengan Zyan.Tapi,Datin Sofea yang beria nak jodohkan Luna dengan Zyan."Jawab Tengku Camelia dan dia mula menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.

"Kenapa mama nak sangat jodohkan Luna dengan Zyan?"Tanya Luna lagi.Dia ingin tahu kenapa Datin Sofea beria jodohkan dia dengan Zyan.

"Sebab Zyan cintakan Luna dan juga sebab tiada orang suka dengan Zyan.Luna tahu kan muka Zyan macam mana.Semua orang hina Zyan."Jawab Tengku Camelia dengan hati-hati.Dia tidak mahu salah menjawab.Dia tidak mahu Luna rasa digunakan oleh Datin Sofea.

Luna hanya mengganguk faham.Dia sambung makan nasi lemak.

"Kenapa?Luna ada pilihan sendiri ke?"Tanya Tengku Camelia.Dia merasa pelik Luna tanya soalan begitu.

"Tak ada."Jawab Luna singkat dan sambung makan.

"Bukan ke mama ada seorang lagi anak lelaki,Mana anak dia?Luna tak pernah nampak sebelum ini."Tanya Luna dan dia menghabiskan nasi lemak yang ada di dalam pinggan.

"Ada,anak Datin Sofea kerja professor.Mungkin dia sibuk dan sebab itu Luna tak jumpa dia."Jawab Tengku Camelia.Dia menghabiskan nasi lemak yang ada di dalam pinggan.

Luna hanya mengganguk faham.

Selesai makan dan minum,Luna bangun dari kerusi.

"Ibu,Luna pergi dulu."Kata Luna.Dia minta diri untuk ke college.

Luna keluar dari mansion dan dia berjalan ke arah kereta.

Luna masuk ke dalam kereta dan dia mula memandu menuju ke college.



Sampai di college,Luna turun dari kereta dan dia berjalan menghampiri Aqilah yang berada di taman college.Dia dan Aqilah sememangnya sudah berjanji ingin berjumpa di taman college.


Luna duduk di kerusi di sebelah Aqilah.

"Kau nak cakap apa?"Tanya Aqilah.

"Aku nak cakap tentang Zyan."Jawab Luna.

"Aku pelik dengan Zyan."Kata Luna lagi.

2 Heart 1 Love [IN EDITING]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang