BAB 39

32 1 0
                                        



"Amboi,cantik nak pergi mana tu mama?"Tanya Zyan sedang menonton netflix di telefon di luar rumah.

"Mama dengan papa nak keluar mungkin mama dengan papa balik lewat sikit."Jawab Datin Sofea yang berada di tepi suaminya itu.

"Nak dating la tu maknanya Zyan bakal dapat adik baru la ni."Usik Zyan yang melihat mama dan papanya itu.

"Apa kamu cakap ni Zyan papa nak keluar berdua dengan mama kamu je nak luangkan masa bersama papa dah lama tak luangkan masa bersama mama kamu ni."Balas Datuk Xyan pula.

"Ala mana la tahu kan."Usik Zyan lagi suka mengusik mama dan papanya.

"Dah la mama dengan papa dah lambat ni."Kata Datin Sofea dan masuk ke dalam kereta begitu juga dengan Datuk Xyan.





Zyan yang berada di kerusi hanya tersenyum sambil geleng-geleng kepala *Mama dengan papa ni dah berusia pun masih romantik harap aku dengan Luna pun begitu* dia berharap hubungan dia dan Luna akan kekal tapi itu hanyalah angan-angan dia sahaja dan dia kembali sambung melihat netflix di telefonnya.

"Goblin."Kata Zyan sendirian dan kembali menonton.



Semasa Datin Sofea dan Datuk Xyan berborak dengan Zyan di luar Louis mencuri dengar perbualan mereka *nak ambil hati mama dengan papa la tu berlagak handsome konon ingat aku kisah hah mama dengan papa balik lewat ni la kesempatan aku* dengar mama dan papanya balik lewat terus Louis naik ke atas dia masuk ke bilik mama dan papanya dan terus mencari sesuatu.

"Mana ni?"Tanya Louis kepada diri sendiri dia sudah cari di laci dan almari tapi tetap tidak jumpa.

"Ish,tak ada la dekat sini dekat mana mama sorok fail ttu."Keluh Louis yang letih mencari.

"Mungkin dekat bilik tu."Kata Louis sendirian dan keluar dari bilik mama dan papa dengan perlahan-lahan.





Kemudian Louis masuk ke bilik itu dengan perlahan-lahan.

Ohk!ohk!

"Berhabuk!"Kata Louis dan tutup hidung dengan baju.

"Dekat mana ni."Kata Louis sambil mencari fail itu.



Tak lama kemudian dia ternampak sesuatu di belakang bingkai gambar.

"Apa tu?"Tanya Louis kepada diri sendiri dan dia mengambil gambar yang digantung dan ambil sesuatu di belakang bingkai gambar itu.



Louis membuka fail itu dan dia terkejut dan dia juga gembira kerana dia berjaya mencari fail itu dia keluar dari bilik itu dan dia terus masuk ke dalam biliknya.



Di dalam bilik Louis membuka fail itu dia membaca fail itu dengan teliti.

SAYA DATUK XYNAL BIN DATUK RYNAL MEWASIATKAN SYARIKAT RYXYNAL DAN RUMAH BANGLO KEPADA ZYAN ZYNAL BIN DATUK XYAN XYNAL DAN BERSYARAT ZYAN ZYNAL PERLU BERCINTA DENGAN TENGKU LUNA CAMELIA BINTI PUAN SRI CAMELIA ROSE' SELAMA 4 TAHUN SELEPAS 4 TAHUN MEREKA PERLU BERKAHWIN DAN DENGAN ITU SYARIKAT RYXYNAL DAN RUMAH BANGLO AKAN JADI MILIK ZYAN ZYNAL SEPENUHNYA.



SAYA DATUK XYNAL BIN DATUK RYNAL MEWASIATKAN 2 BIDANG TANAH DI PERAK KEPADA LOUIS LYNAL BIN DATUK XYAN XYNAL DAN TIADA APA-APA SYARAT UNTUK LOUIS LYNAL UNTUK MEMILIKI TANAH ITU.



SYARAT HANYA HANYA DIPENUHI OLEH ZYAN ZYNAL BIN DATUK XYAN XYNAL DAN TENGKU LUNA CAMELIA PERLU IKUT SYARAT INI ATAU ZYAN ZYNAL TIDAK DAN LOUIS LYNAL TIDAK DAPAT APA-APA DALAM WASIAT INI.



SAYA DATUK XYNAL BIN DATUK RYNAK BERJANJI KEPADA TENGKU LUISE BIN TENGKU LUES UNTUK SATUKAN TENGKU LUNA CAMELIA DAN ZYAN ZYNAL MEREKA BERDUA AKAN MENGURUS SYARIKAT BERSAMA.



Selepas membaca semua yang tertulis di fail itu dia hanya diam sebab ini dia benci Zyan *Syarikat dan banglo ini diberi kepada Zyan aku hanya diberikan 2 bidang tanah hanya tanah dan Zyan akan perlu berkahwin dengan Luna tak aku tidak akan benarkan tak adik aku hanya diberikan tanah aku tak terima Luna hanya milik aku dia tidak akan jadi milik orang lain* Louis mengambil gambar fail itu dan menghantar messages itu kepada seseorang.



Semasa memegang fail itu dia teringat dia bertanya tentang PERJANJIAN kepada Luna sekarang dia faham apa yang cakap.





5 Jam Lepas

"Honey."Panggil Louis yang berada di depan Luna yang sedang makan.

"Yes."Jawab Luna yang sedang makan.

"I nak tanya tentang PERJANJIAN itu."Balas Louis pula dia ingin tahu apa isi PERJANJIAN itu.

"Tanya la."Balas Luna pula dan berhenti makan dan memandang Louis yang berada di depannya.

"Apa isi PERJANJIAN?"Tanya Louis dia tertanya-tanya apa isi PERJANJIAN itu.

"Kenapa you nak tahu?"Tanya Luna pula tidak menjawab soalan Louis soalan dibalas soalan.

"I nak tahu jujur i cakap pelik sebab you perlu bercinta dengan dia selama 4 tahun."Jawab Louis dengan jujur.

"Sebenarnya sebab i bercinta dengan Zyan memang sebab PERJANJIAN tu tapi i tak nak pun sebenarnya bercinta dengan Zyan tapi i terima sebab ibu dan mama pujuk i dan yang tahu tentang ini hanya i,ibu dan mama sahaja papa dengan Zyan tak tahu mama cakap ni juga sebab harta macam wasiat la dan PERJANJIAN itu atas kertas simpan di dalam fail dan fail itu ada di rumah you tapi i tak tahu dekat mana yang i tahu dekat you je."Jawab Luna dengan panjang dan kembali sambung makan.



Louis hanya mengganguk faham *Aku perlu cari fail tu aku perlu tahu apa isi fail itu* dan kembali makan.



Dia bernasib baik kerana mama dan papanya keluar awal dapat dia cari fail ini *Aku pasti papa akan tanya mama nanti tentang PERJANJIAN itu dia pasti papa tak setuju tentang ini hahaha dan aku dapat miliki Luna* dia berdiri dan dia ke bilik rahsianya sampai di bilik rahsia dia membuka pintu besi dan menyimpan fail itu di dalam peti besi sebagai langkah berjaga-jaga dan dia keluar dari bilik rahsianya sambil tersenyum licik.





Zyan yang ingin masuk ke dalam rumah dia ternampak abangnya pegang fail dan masuk ke dalam bilik *Fail apa tu?Kenapa abang dari bawah?* dia tertanya-tanya fail apa yang dipegang oleh abangnya itu dia melihat fail itu seperi fail lama.

"Mungkin fail tu fail kerja."Kata Zyan sendirian cuba sangka baik.



Zyan naik ke atas dan masuk ke dalam bilik dia mula membuka kertas yang dia bawa balik dari pejabat dan dia kembali siapakan kerjanya yang tertangguh di pejabat.

"Aku perlu fokus."Kata Zyan kepada diri sendiri dia tidak mahu gagal dalam projek ini.







Datuk Xyan dan Datin Sofea balik dan terus masuk ke bilik dan rehat penat berjalan seharian.

"Saya mandi dulu."Kata Datuk Xyan dan masuk ke bilik mandi.



Datin Sofea hanya mengangguk dan baring di katil sambil menunggu suaminya selesai mandi.

2 Heart 1 Love [IN EDITING]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang