Di meja makan Datuk Xyan dan Datin Sofea makan bersama dengan Zyan dan Louis."Louis ada sesuatu nak cakap."Kata Louis tiba-tiba.
"Cakap apa?"Tanya mama.
"Louis nak minta maaf dengan mama dan papa kalau selama ini Louis ada salah dengan mama dan papa dan adik abang minta maaf sebab abaikan adik selama abang janji tidak akan buat lagi maafkan abang."Kata Louis meminta maaf kepada keluarganya.
"Tak apa adik tak ambil hati pun adik maafkan abang."Balas Zyan dengan gembira.
"Mama dengan papa maafkan segala kesalahan kamu Louis."Balas mama pula.
"Macam ni bagus adik beradik tidak elok bergaduh apa lagi membenci satu sama lain."Balas papa pula gembira anaknya kembali berbaik.
Mereka sekeluarga ketawa gembira.
Datuk Xyan menaiki bersama Zyan ke pejabat manakala Louis menaiki kereta sendiri.
Di dalam kereta Datuk Xyan dan Zyan berbual.
"Akhirnya abang kamu berbaik juga dengan kamu."Kata Datuk Xyan dengan gembira anak mereka berbaik itu adalah doanya setiap malam.
"Zyan pun tak percaya awalnya tapi Zyan gembira kerana abang tidak benci Zyan lagi."Balas Zyan dengan gembira dia sangat gembira hari ini.
Datuk Xyan dan Zyan bergelak ketawa bersama manakala di dalam kereta Louis merancang sesuatu.
"Hello,malam ini jam 9.00 malam aku nak buat pastikan dia mati duit jangan risau kerja bagus ada bonus."Kata Louis kepada seseorang di dalam telefon.
"Baik,bos."Balas orang yang itu.
Louis menutup panggilan dan tersenyum licik *Nasib baik aku guna nombor palsu polis tidak akan dapat mencari keberadaan nombor ini lurus bendul betul kau ni Zyan bodoh pula kau ingat aku nak ke berbaik dengan kau memang tak la aku buat semua ini sebab jawatan tu je dan sebab utama aku adalah Luna* dan dia kembali memandu.
Tak lama kemudian Louis sampai di pejabat bersama papa dan Zyan.
Mereka masuk ke pejabat bersama-sama.
Luna yang berada di bilik pelik apabila melihat Louis berjalan bersama papa dan Zyan *Mata aku ni rabun ke apa tiba-tiba sahaja Louis berjalan bersama papa dan Zyan setahu aku Louis tidak suka sengan adik dia pelik betul la dah la baik aku siapkan kerja aku sebab hari ini aku terakhir aku berkerja di pejabat ini* dia kembali membuat kerjanya.
Louis masuk ke dalam bilik dan duduk di kerusi *Zyan tunggu nasib kau malam nanti* dia tersenyum gembira.
Zyan gembira kerana abangnya tidak bencikan dia lagi dan mula berbaik dengannya *akhirnya abang tidak bencikan aku lagi gembiranya aku* dia membuat kerja dengan senyuman.
Balik dari pejabat terus Luna balik ke mansion begitu juga Louis dan Zyan terus balik ke rumah bersama Datuk Xyan.
Louis turun ke bawah di melihat mamanya sedang melalukan sesuau.
"Untuk apa semua ni mama?"Tanya Louis.
"Mama nak meminang Luna untuk adik kamu."Jawab mama yang sedang melihat barangan hantaran.
"Luna dah terima ke mama?"Tanya Louis lagi.
"Belum lagi tapi Zyan nak mama pinangkan Luna untuk dia."Jawab mama lagi.
"Kalau Luna tidak tahu,kenapa mama masuk meminang Luna?"Tanya Louis lagi.
"Sebenarnya adik kamu dah putus dengan Luna 2 hari lepas Luna yang memutuskan hubungan mereka tapi adik kamu pasti yang Luna cintakan adik kamu sebab itu adik kamu ingin masuk meminang Luna."Jawab mama yang asyik dengan barangan hantaran.
Louis hanya mengganguk faham dan dalam diam dia tersenyum licik *Dah putus lagi senang kerja aku patut la Zyan dan Luna tidak bertegur sapa bagus* dan dia naik ke atas.
"Nak pergi mana tu?"Tanya mama pula.
"Nak naik atas penat nak rehat mama buat la kerja mama dulu."Jawab Louis dan naik ke atas.
"Suka hati kamu la Louis."Balas mama pula dengan geleng-geleng kepala *macam-macam hal betul la anak aku nk ingatkan nak tolong aku tadi bertuah punya anak.*
Zyan yang berada di dalam bilik tidak sabar untuk masuk meminang Luna *tak sabarnya aku aku pasti yang Luna cintakan aku* dan dia kembali memilih baju untuk dipakai malam ini.
"Amboi,gembiranya adik abang ni."Usik Louis yang berada di depan pintu.
"Eh,abang tak perasan abang ada di sini."Balas Zyan dengan malu.
"Mananya tak perasan dari tadi berangan sahaja abang ada depan pintu pun tak perasan."Usik Louis lagi dan masuk ke bilik adiknya.
"Mana ada cuma berfikir sesuatu sahaja."Nafi Zyan dan menghampiri abangnya itu.
"Abang dengar adik nak masuk meminang Luna betul ke?"Tanya Louis.
"Betul."Balas Zyan singkat.
"Tapi mama kata adik dah putus dengan Luna."Kata Louis lagi.
"Kami dah putus tapi adik yakin yang Luna cintakan adik sebab itu adik nak masuk meminang Luna."Balas Zyan dengan yakin.
"Baiklah,semoga berjaya."Kata Louis yang memberi semangat.
"Terima kasih,abang."Balas Zyan.
"Abang masuk bilik dulu la penat."Kata Louis dan keluar dari bilik adiknya.
Zyan hanya mengganguk dan kembali memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai malam ini.
Louis masuk ke dalam bilik dan menutup pintu terus Louis ke bilik mandi untuk segarkan badan dia mandi dan melepaskan kemarahannya dengan membiarkan air mengalir di kepalanya dengan deras *aaargh aku benci kau Zyan aku benci kau* beberapa minit kemudian dia keluar dari bilik mandi dan bersihkan badan.
Di bawah Datin Sofea dan Datuk Xyan serang memunggu Zyan yang sedang bersiap.
"Mama papa."Panggil Zyan turun dari tangga.
"Perfect dah macam putera dah anak mama ni."Kata mama dengan senyuman.
"Betul ke?"Tanya Zyan ingin kepastian.
"Betul."Balas mama dengan singkat.
"Dah,jom pergi nanti lambat."Kata papa pula dan keluar dari rumah.
Datin Sofea dan Zyan hanya mengikuti Datuk Xyan dari belakang.
"Mama Zyan naik kereta sendiri malam ini."Kata Zyan tiba-tiba.
"Tadi bukan ke kita dah sepakat nak naik kereta sama-sama."Balas mama pula.
"Tapi malam ini Zyan nak naik kereta sendiri dah lama Zyan tak naik kereta sendiri."Kata Zyan pula.
"Baiklah,kamu naik kereta dulu nanti kami ikut kamu dari belakang."Balas papa pula.
"Baiklah,papa."Balas Zyan dengan gembira dan terus masuk ke dalam kereta.
Semasa Zyan memandu Zyan mencari fail kerja yang berada di dalam kereta dan dia melihat fail itu berada di seat belakang dan dia mencuba mengambil fail itu tetapi dia tidak sedar lori yang berada di depannya ingin melintas dan fail itu Zyan berjaya mengambil tetapi dia tidak sempat mengelak dari berlanggar dengan lori itu dan mereka berlanggar.
Datin Sofea dan Datuk Xyan melihat kejadian itu terus keluar meluru ke kereta Zyan.
"Abang!telefon ambulans!"Jerit Datin Sofea yang sedang memangku anaknya itu.
Datuk Xyan menelefon ambulans dan mencuba menenangkan isterinya tidak lama kemudian ambulans sampai dan mereka membawa Zyan ke hospitak begitu juga dengan pemandu lori itu.
Datin Sofea dan Datuk Xyan masuk ke dalam kereta dan mengikuti ambulans itu.
YOU ARE READING
2 Heart 1 Love [IN EDITING]
Bí ẩn / Giật gânSeorang perempuan memiliki 2 kekasih hati yang manakah pilihan hatinya? LOUIS-You love my first and will be my last love I am not obsessed I just afraid of losing you we will get married and have a child together and I will never let you fall into t...