alarm yang berdering itu mengganggu tidur humaira yang lena"huahhh malasnya nak pergi kelas" gerutunya apabila teringat bahawa ada kelas yang harus dihadirinya pagi itu
humaira pun lekas bangun dan membersihkan diri untuk pergi ke kelas
setelah bersiap humaira segera turun ke bawah . aroma bau nasi goreng yang enak melajukan lagi langkahnya menuruni anak tangga
terlihat kawan serumahnya merangkap kawan rapatnya sejak di bangku sekolah lagi baru sahaja siap menyediakan sarapan pagi iaitu nasi goreng .. macam tahu tahu je dia tengah lapar
"hai dayang kau takde kelas ke pagi ni " tanyanya sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya .. tak sabar nak lahap semua nii
"takde... besokkan dah cuti semester jadi prof kitorang bagi cuti awal huhu" balas dayang dengan nada yang ceria .. yelah bukan selalu profnya baik begini biasanya buat kelas hampir setiap hari
"ee bestnya kenapa prof aku tak macam kau " adu humaira dengan mulut yang penuh dengan nasi .. tak semenggah betul
"kau ni cuba telan dulu baru bercakap" humaira hanya sengeh tak bersalah dengan teguran kawan rapatnya itu.. salah dia juga
"kau makan cepat nanti lambat pergi kelas.. aku nak sambung tidur bye " katanya sambil melambaikan tangan kepada humaira lalu berlalu ke dalam bilik.. hmm nak tidur sampai ke tengahari la tu
humaira yang baru tersedar itupun segera menyuci pinggan dan mengunci pintu dari dalam .. nanti tak pasal pasal kena rompak pulak kawannya yang satu itu..
******************
setelah habis kelas humaira singgah sekejap di kantin bersama rakan sekelasnya yang lain .. kawan offer nak belanja ,mana boleh tolak rezeki..
rugilah dayang tak dapat kena belanja makan sebab takde kelas haha . tapi sebenarnya syok lagi dia boleh tidur puas puas hari ni
sedang dia menikmati milo panasnya ,datang seorang jejaka yang tidak dia kenali berdiri di sebelah mejanya
"hai awak nama saya afiq awak umai kan ?" tanya jejaka itu dengan senyuman buayanya
"ye" balasnya singkat setahu dia tak pernah dia bagitahu mana mana lelaki namanya apatah lagi nama panggilannya iaitu umai
"oh jadi betulla .. saya sebenarnya nak bagitahu awak yang saya dah lama perhatikan awak dan saya tertarik dengan awak ..." katanya sambil menggosok tengkuk tanda dia gemuruh apatah lagi ditenung tajam oleh humaira
"boleh tak saya nak minta nombor telefon awak " tanyanya selafaz lalu tersenyum manis ke arah humaira
humaira membalas senyuman jejaka itu
lalu sedetik kemudian memasang riak kosong sambil menggeleng kepala tanda tidak mahu
afiq malu . mengapa gadis di hadapannya ini begitu dingin terhadapnya
"oh sorry sebab ganggu awak" katanya kemudian berlalu pergi kerana tidak tahan ditenung orang lain dan reaksi humaira yang tidak dijangka begitu .. ingatkan senyum tadi dia cair silap rupanya duhh malu
kawan sekelasnya mula tertawa dengan tindakan humaira yang terlihat comel di mata mereka
macam tu je dia tolak lelaki tu
"kenapa kau tak bagi je nombor telefon kau ? kesian pulak dia " tanya salah satu rakannya
humaira hanya tersenyum tanpa mengatakan apa apa .. sebenarnya sebelum dia ke kantin tadi dia sempat pergi ke tandas dan mendengar perbualan afiq dan kawannya
mereka rupanya sedang bermain truth or dare dan mencabar afiq untuk mengorat humaira yang dikatakan seorang yang cantik dan mysterious girl itu lalu mempermainkannya seperti mana yang dilakukan mereka terhadap perempuan lain
tipu lah kalau dia tak marah apabila mendengar perbualan sekumpulan lelaki itu apa mereka fikir mereka hebat mempermainkan gadis naif begitu ? sungguh kolot cara mereka berfikir
kalau ikutkan mahu saja dia simbah lelaki tadi dengan air milonya itu tapi seberapa berharga lelaki itu untuk disimbah dengan air milo yang enak ini .. lebih baik dia minum dan bertenang sahaja
inilah kenapa dia tidak mahu berteman dengan orang yang berlainan jantina dengannya .. semua tak boleh percaya
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...