~ chapter 63 ~

163 4 2
                                    



ashraf memandang budak kecil di hadapannya atas bawah . apahal lagi budak ni boleh ada kat rumah dia ni

" haah sebab pakcik putra meninggal so kitorang memang nak cepat ni " kata kakak humaira sambil menghulurkan beg pakaian hayder kepada humaira

" innalillah wa inna lillahirojiun . aik hayat mana ? " tanya humaira yang tidak melihat kelibat anak bongsu kakaknya

" hayat nak tinggal dengan ibu so aku tak hantar sini . lagipun kesian pula kau kalau tolong jagakan dua budak ni . dah lah tengah pregnant . ni kau betul ke boleh tolong ni ? " risau kakaknya . yelah rasa macam menyusahkan pula nak jaga diri lagi nak jaga anaknya lagi

" boleh . kalau setakat jaga budak hayder ni senang je . lagipun aku dah biasa dengan dia . dah kau pergi cepat " kakaknya menganggukkan kepala seraya berlari memasuki kereta

pin ! pin !

putra menghonkan kereta sebelum berlalu pergi

" jom hayder kita masuk dulu " ajak humaira membawa hayder masuk . suaminya yang berdiri di sebelahnya tadi dipinggirkan begitu sahaja . pandailah kau masuk berjalan sendiri

ashraf memerhati mereka berdua dengan ekor mata . ni lah dia tak suka budak hayder tu dekat dengan isteri dia . habis jadi invisibile dah dia dalam rumah ni lepas ni

ashraf berjalan mengekori mereka ke arah dapur

" hayder lapar tak ? dah sarapan ? " tanya humaira sambil membuka peti sejuk . kalau hayder belum makan dia boleh je buatkan sarapan ada je ni cereal dengan susu

" belum lagi . hayder baru je bangun lepastu terus mandi . lepastu terus kemas barang " hayder menepuk bepuk beg belakangnya yang dia maksudkan kemas barang itu

" oh yeke tak sempat sarapan lah ni ? "

" haah . hayder ada bawa buku dengan toys juga . jadi hayder tak akan kacau kak maii masa buat kerja " kata hayder dengan senyuman comelnya

" baiknya hayder nanti lepas makan baru main ya . simpan dulu beg tu dekat kerusi sebelah tu " humaira menggosok kepala hayder lembut

hayder akur . dia membuka begnya dari bahu lalu meletakkannha di sebelah kerusi meja makan

humaira bercadang untuk membuat scramble egg untuk mereka bertiga terus . nanti kalau bagi hayder makan cereal je takut tak kenyang

" kak maii abang hensem ni tak kerja ke ? " tanya hayder sambil melihat ke arah ashraf atas bawah . jauh perjalanan matanya memandangkan ashraf seorang yang amat tinggi

" tak harini abang hensem cuti . kenapa tanya ? " balas humaira tanpa memandang ke arah dua orang itu

" kalau abang hensem takde boleh lah kita main berdua je . lagi best lepastu kita main dengan toby sekali " adu hayder dia mula melilaukan matanya ingin mencari kelubat kucing humaira

" apa pula macam tu . makin ramai makin best lah main " humaira menyimpan senyum . haih lah suami dia dengan hayder ni memang tak sebulu masing masing saling membenci

" tak best . abang hensem ni cuma hensem je tapi tak suka main dengan budak budak . kesian baby kak maii nanti . dapat daddy macam abang hensem " ashraf  membuat muka tidak percaya . daripada mana budak ni belajar cakap macam ini ni ?

meletus juga ketawa humaira apabila mendengar bait bait perkataan hayder . bijak sungguh lah budak ni berkata kata . apa kakak dia bagi anak dia tengok hari hari ni

" betul juga kata hayder tu . kesian baby kak maii kan " kata humaira sambil mengusap usap perutnya

" love what do you mean " ashraf berlari memeluk humaira . pedih hatinya mendengar humaira berkata begitu

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now