ashraf asyik merenung penampilan humaira sambil memakan bubur yang disuapkan oleh isterinya ituhumaira memakai baju sweatshirt berwarna khaki bersama seluar pendek paras peha . rambutnya yang diikat messybun menambahkan lagi aura kecantikannya
disebabkan dia tidak mahu lama berjauhan dengan humaira alhasil humaira memakai baju sembarangan sehingga dia hanya sempat membuat gaya rambut messybun sahaja
" lepas makan bubur ni awak makan ubat " kata humaira satu suapan lagi dimasukkan ke dalam mulut ashraf
genap 4 hari sejak ashraf mengalami demam panas . panas badannya semakin surut cuma perangai manjanya sahaja yang tak kunjung sembuh . dia nak pergi naik atas ambil ikat rambut pun dah menjerit jerit panggil dia
dia sedar ashraf asyik merenung ke arahnya yelah ini pertama kali dia memakai baju singkat sebegitu rupa dan mengikat rambutnya malas . salah siapa kan ?
stres jugalah dia jaga si ashraf ni macam macam ragam . makan nak kena suap , rambut nak kena sikatkan , selang 5 minit nak minta peluk , main telefon pun nak pegang tangan . lepastu tiba tiba request untuk memandikan dia !? no no not yet ashraf
habis sahaja bubur di dalam mangkuk humaira bangkit ingin meletakkan mangkuk itu ke dalam singki
" nak pergi mana ? " haa tengok tu dia nak jalan pergi mana mana pun sibuk nak tahu
" nak ambilkan awak ubatlah ashraf " kata humaira seraya berjalan menuruni anak tangga untuk ke arah dapur . dia meletakkan mangkuk kosong itu ke dalam singki kemudian beralih pula ke peti sejuk untuk mengambil ubat
humaira membawa pil ubat demam bersama segelas air suam kepada ashraf
" nah makan ni lepastu baru awak rehat " ashraf mengambil pil pada tangan humaira lalu menelannya laju . dengan pantas dia meneguk sehingga habis segelas air suam itu
ashraf mula berbaring semula di atas katil
humaira mengambil sapu tangan di atas meja yang baru sahaja diperah tadi lalu diletakkan pada dahi ashraf
humaira mencapai novelnya lalu mula duduk di birai katil berdekatan dengan ashraf
" tangan " pinta ashraf ingin tidur sambil menggenggam tangan isterinya
humaira pasrah dia menghulurkan tangannya kepada ashraf . ashraf kemudian meletakkan tangan humaira pada dadanya dan mula melelapkan mata
humaira hanya diam membaca novel . nanti ashraf sudah lena tidur barulah dia akan merayau rayau di sekeliling rumah . itu sahajalah masanya dia dapat melakukan kerja tanpa diganggu oleh ashraf
beberapa minit kemudian humaira menutup novelnya . dia melihat ke arah ashraf sedikit lama . saja nak pastikan betul betul dah tidur ke ashraf ni
mendengar dengkuran halus yang keluar dari mulut ashraf membuatkan humaira puas . okay line clear ashraf dah tidur
perlahan lahan humaira menarik tangannya yang berada pada genggaman ashraf
aduh macam susah pula nak tarik kuat sangat dia genggam
humaira menarik nafas seketika . kemudian sekali lagi dia mencuba menarik tangannya kali ini percubaannya berjaya
humaira berjalan keluar daripada bilik kerja ashraf . ya sepanjang ashraf sakit dia hanya berkurung di dalam bilik ini . macamlah dia tak tahu dia mahu di sini kerana diam diam dia ingin menyambung membuat kerjanya
tetapi humaira sudah mengugutnya . jika ashraf memegang komputer lagi dia akan mengunci komputer itu di dalam bilik stor biar dia tak dapat jumpa langsung komputer kesayangan dia tu
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...