~ chapter 60 ~

182 6 1
                                    



ashraf mengeluarkan semua beg kertas dari dalam bonet kereta lalu dibawa masuk ke dalam rumah

kepala ditolehkan ke arah humaira yang sedang duduk santai di atas sofa sambil memakan ayam mcd

ashraf tersenyum kecil melihat isterinya . comel je dia makan dengan perut besarnya

mereka baru sahaja pulang daripada shopping mall . selepas sahaja mengetahui mereka mendapat baby boy semasa check up tadi , ashraf terus membawa humaira membeli baju baby

nampak tak excited dia tu ?

" sedap ke makan benda tak sihat ? " tanya ashraf penuh sindiran kepada humaira

" sedappp . awak nak satu ? " humaira buat buat tak tahu dengan sindiran itu . nak buat macam mana dia nak makan

ashraf memandang humaira geram . daripada masa di mall lagi humaira memintanya untuk membelikan dia ayam mcd tapi dia enggan . sebab flavour yang dia minta tu bukan original tapi yg 3x pedas tu . memang tak lah dia nak belikan

tapi masa dia ke tandas isteri degilnya ni pergi pandai pandai beli sendiri . nak marah pun tak guna sebab dah dua ketul dah dia sumbat dalam mulut dia masa tu

haih lah

" ni semua barang ni awak nak simpan mana ? " tanya humaira mengalihkan topik

" letak dalam bilik baby lah , love " dah lupa agaknya humaira ya yang dia dah buat bilik untuk baby mereka

" oh ye kan haah "

" baru makan ayam pedas dah mabuk macam ni " sindir ashraf lagi sambil mencuit hidung humaira

" saya tak mabuk lah . terlupa je " balas humaira sedikit marah . mana ada orang makan ayam jadi mabuk

" tu dah berani marah marah dekat aku , mabuk lah tu " humaira merenung ashraf dengan geram

" ye saya mabuk saya marah dengan awak . tak payah cakap dengan saya " kata humaira sudah mula ingin bangkit sambil membawa ayamnya

ashraf dengan pantas menarik humaira duduk di sebelahnya semula

humaira tidak mampu melawan jadi dia pasrahkan sahaja badannya terduduk di situ . badan dihadapkan membelakang ashraf

" love " panggil ashraf namun humaira tidak melayan

" humaira nasuha binti saharuddin "

" apa " sudah disebut nama panjangnya barulah dia menoleh

ashraf merenung ke arah humaira lama . humaira turut membals renungan itu dengan kening yang sedikit terjongket . apahal pandang pandang

" senyum " suruh ashraf . humaira mengukir senyum dengan mulut yang masih penuh dengan ayam

" kau memang mabuk " hilang senyum humaira mendengar kata kata ashraf

" tapi yang mabuk mabuk ni lah yang aku sayang " bisik ashraf lalu mengucup dahi dan pipi humaira . humaira tersenyum suka

" kalau macam tu nanti awak belikan saya ayam mcd lagi eh " muka ashraf kembali ketat mendengar bicara humaira

" no "

" alaa kenapa pula tadi kata sayang "  rungut humaira sambil menggoyang goyangkan badan ashraf

" sebab sayang lah aku tak nak " 

" eh macam tu pula . tapi takpelah nanti saya beli lah sendiri " balas humaira berani

" apa kau cakap love " humaira sudah mula berundur . takut

" hah ? takde "

" apa kau cakap tadi " ashraf menyucuk pinggang humaira

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now