~ chapter 12 ~

215 6 0
                                    



selepas solat subuh humaira terus menyiapkan diri untuk membuka cafenya

dia mengenakan baju sweatshirt berwarna merah bersama seluar jeans straightcut dan dipasangkan dengan tudung shawl hitam

"pakai biasa biasa jelah nak duduk cafe je pun" humaira bergumam sendiri lalu memakai kasut berwarna putihnya

setibanya di cafe humaira masuk mengikuti pintu belakang

sepatutnya cafenya dibuka pada pukul 9 pagi .. dia saja nak datang awal sebab nak breakfast di cafenya dan membaca novel

humaira juga bercadang untuk membuat resepi kek baharu untuk dijual nanti

sedang dia menunggu keknya di dalam oven pikirannya menerawang mengingati perbualannga dengan ibunya semalam

"adik .. adik dah jumpa  lelaki yang adik berkenan ? " tanya ibunya secara tiba tiba mengundang kerutan kening humaira

"takde pulak kenapa bu ?" jawab humaira dia memang tidak pernah berfikir pun untuk mencari pasangan apatah lagi dia sedang sibuk menguruskan cafenya yang baru dibuka itu

"yeke kalau kamu takde jumpa ibu boleh kenalkan dengan anak anak kawan ibu" offer ibunya teruja hmm nak suruh dia kahwin cepat cepatla ni padahal dia baru 24 tahun lek ah

"tak apalah ibu maira tak minat lah" tolak humaira sopan takit ibunya terasa

jawapan humaira mengundang riak sedih daripada ibunya

"kamu dah 24 tahun dah maira ibu rasa ini masa yang sesuai untuk kamu cari pasangan kamu .. ibu pun taknak suruh suruh kamu kahwin paksa ni ini bukan zaman dulu" pesan ibunya sambil mengusap belakang tangan humaira

"tapi kalau kamu ambil masa yang lama sangat nak cari boyfriend ibu akan kenalkan kamu dengan anak kawan  ibu" putus ibunya

humaira hanya tersenyum nipis .. ibunya cuma nak yang terbaik untuknya .. matilah aku aku taknak jumpa anak kawan ibunya

TINGG bunyi oven yang sudah siap itu menyentakkan lamunannya humaira segera memakai sarung tangan tahan panas dan mengeluarkan kek yang dibuat nya tadi

"mhmm sedapnya bau nanti dah hias mesti cantik kek ni" puji humaira lalu meletakkan kek tersebut di atas meja tempat menghias

"eh kak umai awalnga datang" sapa pekerjanya yang baru sahaja tiba di dapur

"haah akak nak buat resepi kek baru tu ada lebih cuba ikha rasa" humaira memuncungkan mulutnya ke arah kek lebihan tersebut kepada ikha pekerjanya itu

"hmm sedapnya kak apa nama kek ni " tanya ikha lalu mengambil satu sudu kek itu lagi

"tu kek dalgona coffee akak tak suka kopi tu yang suruh ikha rasa .. mesti ikha suka kopi kan tu yang rasa sedap kalau tak minat kopi mesti kurang suka rasanya" kata humaira sambil menghias kek dalgona coffee itu

"oh kak umai tak suka kopi ke ? baru tahu .. kalau orang macam ikha yang suka kopi ni mesti ramai beli sebab sedap " katanya lagi aduh macam tak boleh berhenti makan je

"eh sudahlah melantaknya tu pergi buka kedai ikha dah nak pukul 9 dah ni " suruh humaira tergelak kevil melihat ikha yang tak henti henti menyuapkan kek itu ke dalam mulutnya

"eh hihi sorry kak umai sedap sangat yela ikha buka kedai sekarang juga" ikha segera ke hadapan untuk membuka kedai

                ************************

sedang cafe tengah lengang humaira berehat di library seketika bersama dayang yang tak henti makan kek dalgona coffee baharu itu .. duh yang ni pun macam ikha juga

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now