hari ini humaira bersiap siap untuk pergi kerjadia memakai dress vintage berwarna coklat bersama tudung coklat gelap dan dipadankan dengan kasut wedges berwarna coklat gelap
ye serba coklat dia harini macam dark academia core dah
setelah siap dia terus menghidupkan enjin dan menuju ke library tempatnya bekerja
setibanya di sana dia terus meletakkan begnya dan pergi ke rak rak buku untuk menyusun buku
suasana pagi itu amat sunyi kerana hanya ada beberapa sahaja orang yang datang
yelah sekarang kan waktu sekolah mana lah ramai orangsedang dia sibuk menyusun buku ke dalam rak tiba tiba ada satu tangan yang menghalangnya daripada bergerak
dia hanya dapat memusingkan badan sahaja dan langsung melihat seorang lelaki yang memandangnya dengan riak muka yang nakal hah sudah datang dah bala
"hai gorgeous" sapanya dengan mesra
humaira hanya memasang riak kosong menunggu masa sahaja untuk dia menendang titik vital lelaki itu"boleh tak carikan I buku yang bertajuk" dia berhenti seketika lalu mendekatkan mulutnya ke telinga humaira yang berlapik tudung
"can I get your number" bisiknya menggoda .. dah aku tak boleh tahan dah ni dah melampau betul
humaira menendang titik vital lelaki itu lalu memusingkan tangannya sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh menghempap lantai library
"cakap dengan perempuan biar beradab sikit ye tak tahu hukum agama lagi ke " suaranya ditekan namun perlahan agar tidak mengganggu orang di dalam library
"adu duh sakit sakit" lelaki itu mengadu sakit apabila tangannya masih lagi dilipat lama oleh humaira
"lagi sekali kau datang sini dengan perangai yang sama " humaira berhenti bercakap seketika lalu mendekatkan mulutnya ke telinga lelaki itu sama seperti kelakuan lelaki itu terhadapnya tadi
"I will break every single bone on your body" sambungnya dengan nada psycho lalu melepaskan lelaki itu
lelaki itu segera bangkit dan berlari lintang pukang kerana takut diapa apakan gadis itu
duh the table has been turn
lelaki itu silap kerana mengganggu gadis itu .. rupa paras dan cara pemakaiannya mengandaikan gadis itu seorang yang lemah namun pemikirannya jauh terpeleset
inikah yang dimaksudkan diskriminasi gender ? dia pun tidak pasti
humaira memandang kosong lelaki yang berlari keluar tadi
humaira mengemaskan bajunya yang sedikit kusut itu lalu menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi
***********************
setibanya di rumah dia terus naik ke atas untuk merehatkan diri
dia juga sudah memaklumkan ibunya bahawa dia sudah makan di luar tadi
jadi bolehlah dia terus naik mandi dan solatbuka saja pintu bilik terlihat dayang yang berada di atas katilnya sambil bermain game tak balik lagi rupanya minah ni
"hai maii dah balik dah" sapanya tanpa memandang humaira
"ye terkejut aku kau ada dalam bilikni .. nak buat skincare sama sama lagi ke" tanya humaira sambil tangannya membuka pin tudung
"haah aku tunggu kau sebab nak buat together gether" balasnya kali ini dia sudah mematikan gamenya
"yelah tunggu aku mandi solat dulu" kata humaira lalu mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air
selepas selesai mandi dan solat humair berjalan ke meja soleknya dia mula mengeluarkan skincare yang ingin dipakai mereka nanti
dayang hanya memerhati di sebelah dulu dia mana pandai pakai skincare skincare ni kawan dengan humaira baru dia pandai sebab humaira sangat menjaga mukanya
pada zaman sekolah dahulu humaira mempunyai masalah kulit seperti breakout oleh itu dia mula berjinak jinak dengan skincare sehingga kulitnya bersih seperti sekarang
mereka mula memakai moisturizer "maii apa type kau " tanya dayang secara tiba tiba
"type lelaki ke maksud kau ?" tanya humaira ingin kepastian
"yezz" jawab dayang singkat type apa lagi yang ada keyboard ?
"aku tak tahu kenapa ,tapi aku minat lelaki yang obses dengan aku" jawab humaira jujur
"lain macam kauni .. kenapa kau suka lelaki macamtu nanti dia kongkong kau" dayang mula menakut nakutkan humaira
"kongkonglah aku bukan bergaul dengan lelaki pun" jawab humaira selamba "lagipun aku rasa aku pun akan jadi girlfriend yang obses nanti jadi adil lah" dia kesian dengan orang yang dia jatuh cinta nanti sebab dia jenis yang cepat cemburu dan menganggap pasangannya itu cuma miliknya sahaja
"ohh faham .. biasa lelaki yang ada sifat macam kau .. ni first time aku jumpa girl yang macam kau sangat langka" dayang terkejut dengan type dan sifat humaira sendiri ni kalau humaira ada pasangan ni aduhai macam cerita novel
****************************
ashraf merenung sekeping gambar yang berada di tangannya ia merupakan gambar dia dan humaira yang duduk bersebelahan 10 tahun yang lalukawannya yang mengetahui perasaan ashraf terhadap humaira mengambil gambar mereka senyap senyap
di gambar itu humaira dan ashraf sedang bersembang mesra sambil terseyum manis terhadap satu sama lain
masih dia ingat humaira seronok menceritakan game kesukaannya yang juga merupakan game kesukaan ashraf
mata humaira yang berwarna coklat gelap bersinar memandang tepat ke arah matanya manakala bibirnya yang merah bak delima tersenyum manis ke arah ashraf
tak dapat dia lupakan detik bersama humaira yang langka itu
dia tidak dekat dengan humaira hanya pada waktu itulah mereka bersembang kerana mereka mempunyai minat game yang sama
humaira tidak pernah tahu perasaannya terhadap gadis itu . humaira hanya menganggap remeh perasaan lelaki yang menyukainya pada waktu itu
kerana mereka baru darjah jadi sudah pastilah semua itu hanya cinta monyet
ashraf sudah merancang masa depannya dengan humaira . semuanya ada di dalam kepala otaknya
dia akan dapatkan humaira dengan cara yang betul kerana dia tahu menculik atau memaksa gadis itu hanya akan membuatkan humaira membencinya sahaja
ashraf meletakkan kembali sekeping gambar itu di sisi meja komputernya lalu menyambung kerjanya di komputer
nak dapatkan humaira dia kena berjaya dahulu barulah humaira selesa mahu duduk dengannya nanti
takkan sesekali dia bagi gadisnya itu hidup susah jika bersama dengannya
![](https://img.wattpad.com/cover/343183418-288-k657901.jpg)
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romantizmbagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...