mereka kini sedang duduk bersarapan bersama sama agar dapat mengumpulkan tenaga untuk menjalani hari yang baru ini" kamu ada nak pergi mana mana ke hari ni maira ? " tanya ibunya kepada humaira
humaira berfikir sejenak . rasanya takdelah kot lagipun ashraf pun macam mual mual lagi hari ni jadi better kalau stay je dekat rumah
" takde kot . rasanya nak stay kat rumah je hari ni " ni tanya ni ibu dia nak keluar jalan ke ?
"oh sebab lepasni ibu dengan ayah nak keluar jap nak beli barang decoration birthday hayder " humaira hanya men'oh'kan sahaja kata kata ibunya
" kakak pula nak pergi datinggg " sambung kakaknya pula dengan riang
" jagakan anak akak boleh ? " tangannya disatukan seperti sedang memohon
" boleh . akak balik pukul berapa ? "
" ermm tak pasti mungkin sampai petang " humaira menganggukkan kepala tanda faham . senang je nak jaga anak anak buahnya itu lagi pun diorang kan memang dah biasa dengan dia . easy peasy je ni
" jangan layan sangat budak hayder tu adik . kena rehat juga lagipun malam ni kita nak hias birthday dia jadi besok tak kelam kabut sangat "
" yelah ibu nanti adik suruh budak budak tu tidur petang "
ibunya menunjukkan thumbs up kepada humaira . haa bagus bagus
" okaylah ibu nak naik siap dulu ya korang sambunglah makan " kata ibunya kemudian mula bangkit dari duduknya
lama kelamaan manusia yang berada di meja makan semakin berkurangan sehinggalah tinggal mereka berdua sahaja
" love kau jaga aku je lah tak payah jaga budak kecil tu " pujuk ashraf . dia dah lah masih tak sihat lagi lepastu nak kena kongsi kasih sayang dengan dua ekor budak tu hish . potong line betul
" eh apa pula macam tu . patutnya saya jaga budak budak tu je tau awak saya tak payah jaga . awak tu dah besar dah boleh jaga diri sendiri "
" no . aku membesar tanpa ibu bapa tau , love so I need your love for me desperately now . " suara ashraf kian mengendur seolah olah sedang bersedih
" ye ye saya gurau jelah . but still budak budak tu sekarang tanggungjawab saya so kena jaga juga " kata humaira sambil mengusap usap rambut ashraf lalu mengucup pipinya laju . humaira kemudian tanpa mengatakan apa apa terus berlalu menaiki tingkat atas . lantak you lah husband takkan naik atas pun nak kena dukung kan
bukan terus memasuki bilik , humaira sebaliknya melencong ke bilik dimana hayder dan hayat tidur . bagus kakaknya sudah biasakan anak anaknya tidur berasingan dengannya
pintu dikuak dengan perlahan bimbang akan mengejutkan dua manusia kecil itu
kepala dijengulkan ke dalam bilik . terlihat dua beradik itu masih lagi lena diulit mimpi . alahai comelnya tidur peluk peluk macam dia dengan kakaknya dulu tapi sekali dah bangun bergaduh juga berebut barbie
" diorang masih tidur ke ? " tanya ayahnya yang tiba tiba muncul dibelakangnya . nasib baiklah dia bukan jenis yang cepat terkejut dan
melatah kalau tidok erm" masih lagi tu . semalam diorang tidur pukul berapa ? biasanya diorang bangun awal kan "
" kamu tak tahu rupanya ya maira . diorang semalam sampai lewat malam dok tenung aje kucing kamu yang tidur dalam sangkar tu . kucing pun dah tidur dua budak ni tak tidur tidur lagi . suka sangat dengan kucing kamu "
humaira tersenyum kecil mendengar cerita ayahnya
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...