~ chapter 53 ~

178 6 0
                                    



" mind telling me what kind of workroom is this ? "

ashraf terdiam . sungguh dia tidak sangka hari ini akan tiba secepat ini . padahal dia sudah membuat rencana untuk menghapuskan bilik ini

tetapi humaira lebih laju darinya . dia tertunduk sungguh dia tidak tahu bagaimana dia mahu mejelaskan semua ini kepada humaira

di sisi lain humaira hanya diam menunggu ashraf membuka mulut sambil sambil itu dia mengambil gelang kesayangannya yang sudah lama dia tidak jumpa kerana telah diambil ashraf

herm mesti ashraf rajin bersihkan barang barang dia ni kan . sebab takde pula dia nampak habuk habuk dalam ni . gelang dia pun nampak macam masih baru

" aku boleh jelaskan "

" so explain " kata humaira lagi

ashraf sekali lagi diam cuba untuk menyusun kata matanya sesekali menjeling ke arah humaira yang sedang bermain main dengan gelang lamanya itu

tiba tiba humaira mengangkat tinggi gelang itu ashraf seperti dapat mendapat tangkap langkah humaira yang seterusnya

humaira tiba tiba melepaskan gelang itu
belum sempat gelang itu menjejak lantai ashraf dengan pantas menangkapnya sehingga membuatkan dia melutut di hadapan humaira

humaira meletakkan sebelah kakinya di atas bahu ashraf menghalang lelaki itu daripada berdiri

" explain , ashraf  " faham dengan perlakuan isterinya itu ashraf kekal melutut di hadapan humaira

" tell me when was the first time we met "

" 5th grade " ashraf menjawab laju . alang dah terkantoi ni , dia akan ceritakan sahaja semuanya kepada humaira

" it's so frustrating knowing you don't remember me anymore " kata ashraf lirih . humaira hanya diam mendengar kata kata ashraf

" aku suka kau sejak kita kali pertama berjumpa di sekolah rendah lagi . jejak sahaja kaki kau ke dalam sekolah aku sebagai budak baru aku dah taruh hati aku pada kau . aku ingat itu cuma cinta monyet tapi ia bukan bila aku tak boleh berhenti fikirkan kau sehingga sekarang "

" aku selalu pergi rumah kau senyap senyap untuk jumpa kau . bila ada barang kau tertinggal di sekolah atau di rumah pada waktu malam aku akan ambil untuk aku lepaskan rindu . gelang kau baju kau yang kau nampak tu semua hasil curian aku . tapi aku tak curi sebab benda tu berharga tapi sebab aku sukakan kau "

" kita lost contact masa naik form 1 kau pindah sekolah untuk balik ke negeri asal kau semula . aku dapat tahu kau masuk uni kau daripada media sosial kakak kau . aku senyap senyap ikut daftar dalam uni yang sama supaya aku dapat jumpa kau dengan lebih kerap "

" aku tak main main bila kata kau adalah penyemangat hidup aku . aku nekad nak jadikan kau milik aku tapi aku takkan biarkan kau hidup susah dengan aku . aku belajar bisnes aku nak buat syarikat aku sendiri  . aku nak pastikan kau dapat hidup senang dengan aku . kau tanya aku sebelum ni betul ke brendon cakap aku bina syarikat aku sendiri sebab kau . yes it is true . kau adalah sebab utama aku nak jadi kaya dan dihormati "

" kau hidup tenang tanpa rasa diekori sebelum ni membuktikan yang aku tak pernah tertangkap jadi stalker kau . aku gila . gilakan kau aku nak jumpa kau setiap masa aku nak sentuh kau tapi aku tahu kalau aku buat perkara itu akan buatkan makin susah untuk aku gapai kau "

" kau bagaikan bunga ros , suha . kau indah tetapi amat mustahil untuk digenggam tanpa cedera . melihat perlakuan dingin kau terhadap lelaki di uni membuatkan aku rasa mustahil untuk aku gapai kau tapi dalam pada masa yang sama aku perlukan kau . aku hidup untuk kau dan jika aku tak dapatkan kau itu seperti pengakhiran dalam hidup aku "

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now