~ chapter 15 ~

247 9 0
                                    



selepas makan malam seperti yang dijanjikan dia akan menjawab segala pertanyaan ibunya

dan ditambah lagi dengan soalan si penyibuk itu iaitu dayang

tiba tiba sahaja petang tadi dayang memberitahu bahawa dia mahu bermalam di rumahnya

jadi di sinilah mereka sekarang menumpukan sepenuh perhatian terhadap cerita humaira yang baru habis dating petang tadi

"yeehee maii dah ada boyfriend " sorak dayang gembira nampaknya boleh lah impiannya dilaksanakan tak lama lagi

"kau ni apa pulak baru jumpa sekali lagipun aku baru nak test test si ashraf tu nak tengok dia tahan ke tidak dengan perangai aku" pelbagai plan telah difikirkan oleh humaira tak sabar nak test mamat tu

"maira jangan mainkan anak teruna orang teruk sangat .. kalau rasa rasa tak suka dia cakap je terus terang" pesan ibunya macam dia tak kenal anaknya yang cruel dengan semua lelaki itu

"maira memang tak suka dia tapi dia yang macam taknak lepaskan maira .. tu yang maira nak test dia biar dia menyesal sendiri" humaira berpeluk tubuh dia dah cakap dah tak suka tadi ashraf tu yang beria nak jumpa lagi dengannya

"kau nak test dia macam mana maii ? " tanya dayang sambil mengunyah keropok
lagaknya macam tengok wayang

"bukan test teruk teruk pun aku cuma layan dia dingin je sampai dia bosan dengan aku lepastu suruh dia buat apa yang aku suruh "

"oh macam kau buat kat lelaki lain jugalah ni layan dingin "

"eexacty" humaira menunjukkan thumbs up kepada dayang

"ada ada je plan kamu ni maira .. yang penting jangan teruk sangat kalau tak ibu kahwin kan je kamu berdua nanti" kata ibunya lalu terus naik ke bilik

"eh macamtu pulak" humaira mula cuak aduh tak boleh buat teruk teruklah ni

dayang di sebelah sudah ketawa terbahak bahak melihat riak muka kawannya itu

"tapi aku setuju dengan cakap ibu kau"

"yang mana satu"

"jangan buat anak teruna orang teruk sangat"

"kenapa pula"

"nanti berbalik pada diri sendiri baru tahu"

"maksudnya ?"

"kau cakap kau nak layan dia dingin dan suruh dia buat apa je yang kau suruhkan ? macam mana kalau terbalik .. tiba tiba mamat tu yang dingin dengan kau dan suruh kau buat apa yang dia nak macam boyfriend yang mengongkong tu .. tapi kau cakap kau tak kesah kan kena kongkong boyfriend ? jadi okaylah tu "

"eh boleh pula terbalik macam tu .. kalau dia buat macam tu aku reject jelah dia "

"kau yakin ke kau boleh reject dia nanti"

"apa maksud kau ? " lain macam je cara kawannya bercakap ni

"hati kita ni kan Allah yang jaga macam mana kalau Allah dah takdirkan kau dengan dia tak ke susah kau nak reject dia nanti "

humaira terdiam seketika sebenarnya dia pun takut perkara tu berlaku

"dahlah aku nak naik tidur cauu" dayang berlalu naik ke bilik humaira amboi buat macam rumah sendiri nampak

lepas bagi ayat savage dia naik tidur cenggitu je ?

melihat dayang sudah naik humaira juga turut mengikuti dayang

" semoga ashraf jodoh yang baik buat kamu , maira " bisik ibunya sambil matanya mengekori langkah humaira yang menaiki tangga


***********************

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now