la ~ chapter 66 ~ st

347 7 3
                                    



puan azarian menunggu di kerusi menunggu hospital dengan gusar . tiba tiba sahaja ashraf menghubunginya tadi mengatakan bahawa humaira sudah mahu bersalin . yang mengganggu fikirannya pada saat ini adalah apabila kedengaran siren polis dan ambulans semasa ashraf bercakap tadi . mengapa ada siren polis . apabila bertanya kepada ashraf , ashraf hanya menjawab " nanti ashraf akan jelaskan " ditambah pula dengan haikal yang tak pulang pulang sedari tadi . sepatutnya dia berada dengan humaira kan sekarang ?

seringkali puan azarian menjeling ke arah jam .  mengapa begitu lama ?

" kenapa diorang lama sangat ni bang ? " tanya puan azarian dengan gusar kepada encik saharuddin

" bawa bertenang . takkan kamu tak ingat dulu kamu masa bersalin pun lama lebih kurang macam ni " ayah humaira sebaik mungkin cuba menenangkan isterinya . sesungguhnya dia juga risau lagi lagi apabila mendengar cerita tentang bunyi siren polis semasa ashraf call tadi

selang beberapa minit seorang doktor perempuan keluar dari bilik yang dimasuki ashraf dan humaira beserta jururawat jururawat tadi

" ini keluarga puan humaira ke ? " tanya doktor itu sopan

" ya betul . saya ibu humaira " balas puan azarina laju

" tahniah puan dan sekeluarga . humaira selamat melahirkan seorang bayi lelaki " mendengar berita baik itu mereka semua mengucap syukur

" alhamdulillah . bila kami boleh jumpa dengan anak kami ? " tanya encik saharuddin pula lebih teruja ingin berjumpa anaknya daripada cucunya pada saat itu

" oh lepas humaira sudah di pindahkan dalam bilik vip nanti baru encik dan puan boleh jumpa dia ya " pesan doktor itu lalu meminta diri

mesti ashraf yang masukkan humaira dalam bilik vip tu kan



" kamu ni pelik lah maira " kata ibunya sambil mendukung bayi humaira yang sedang tertidur pulas itu . penat baru sampai di bumi

" hah ? kenapa pula ? " kata humaira sambil menyuapkan sushi ke dalam mulutnya

" ibu lepas aje bersalin terus rasa nak tidur sebab penat . tapi kamu ni pula bukan main bertenaga siap order sushi lagi " kata ibunya pelik

" mana lah maira tahu . tiba tiba je rasa nak makan sushi " humaira menjongket bahu tidak bersalah

" ni ashraf mana ? kesian ayyan kena tinggal kan sayang kan ? " kata ibunya kepada anaknya muhammad aryan xavier 

" ashraf pergi lawat haikal " lirih sahaja nada suara humaira mengutarakan ayat itu . kening puan azarina dan encik saharuddin berkerut . mereka tak salah dengar kan ?

" apa maksud kamu lawat haikal ? oh dan lupa pula ibu nak tanya kamu . kenapa ada bunyi siren polis masa ashraf telefon ibu tadi ? " terlepas juga persoalan yang mengganggu fikirannya sejak sebelum aryan keluar dari perut humaira itu

" rasanya better kalau ashraf yang ceritakan sendiri dekat ayah dengan ibu . sebab sebenarnya maira pun tak faham dan tertanya tanya tentang keadaan haikal sekarang " terimbau kembali disaat matanya dihiasi dengan keadaan parah haikal yang berlumuran darah akibat ditikam oleh farriq itu

mereka dua diam sambil memandang ke arah satu sama lain . melihat reaksi humaira , helas perkara yang berlaku ini merupakan suatu hal yang buruk . jadi lebih baik jika mereka menunggu ashraf yang menceritakan sahaja . tidak mahu membebani fikiran humaira yang baru lepas bersalin itu . nikmatilah sushi mu sebaiknya anakku

selamg beberapa minit , ashraf masuk ke dalam bilik humaira bersama riak wajah yang sedikit sayu ? dia menghampiri humaira lalu mencium dahinya lembut

" ashraf " panggil ibunya apabila ashraf seperti tidak menyedari kehadiran mereka berdua dan seperti ingin menenangkan humaira

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now