~ chapter 30 ~

208 8 2
                                    



humaira baring terlentang di karpet biliknya sambil merenung siling

" dayang dah kahwin nokk aku dah takde kawan lepak " dia mengeluh sendiri . sehari selepas majlis perkahwinan berlangsung zafril terus membawa dayang untuk honeymoon di korea . tercapai juga cita cita dayang yang mahu ke korea itu

humaira bangkit dari baringnya lalu mendekati meja solek . dia membuka laci pertama di mana semua skincarenya di letakkan kemudian mengeluarkan moisturizer serum sunscreen dan memakainya . tengah bosan bosan ni baik dia main makeup makeup

setelah skincarenya meresap ke dalam kulit humaira membuka pula laci kedua di mana dia meletakkan semua barangan makeupnya

sedang dia melakukan eyeshadownya telefonnya berdering . humaira pun meletakkan pallet eyeshadownya lalu mencapai telefon untuk mengangkat panggilan

"hellow ? " sapa humaira sambil menilik mukanya di cermin

" suha " humaira melihat ke skrin telefonnya . oh mamat ni ke yang telefon dia

" yep "

" I just want to tell you that I'm busy at this moment and we can't go out "

oh. " okay . happy working "

"before I get more busy I want to hear your voice"

" yeah you just did . anyway feel free to call me when you're not busy . now do your work "

" okay love , bye " ashraf mematikan panggilan

humaira membuat muka jelik . apa love love

humaira kemudian meletakkan telefonnya di meja solek dan menyambung kerjanya yang tergendala tadi

alang alang dah pakai makeup ni bagus dia pergi keluar . lagipun dia memang bercadang untuk ke cafenya untuk membaca novel

humaira segera menukar baju dan memakai tudung lalu terus menaiki kereta untuk mendatangi cafenya

sampai sahaja di sana dia ditegur oleh pekerja pekerjanya . humaira menyuruh mereka untuk mengendahkannya sahaja kerana dia cuma mahu membaca buku
sempat juga dia mengorder strawberry milkshake tadi sebelum masuk ke ruangan mini library di sana

humaira membaca novel itu dengan tekun . kadang kadang keningnya berkerut kerana tidak berpuas hati dengan sikap watak utama perempuan di dalam buku itu . dia terlalu baik dan mudah dimanfaatkan oleh orang lain . jika bukan kerana dipertahankan atau dibantu oleh watak utama lelaki wanita itu pastinya sudah meletup kerana sudah sering disakiti

humaira yang sedang membaca novel itu tiba tiba diganggu oleh suara suara di dalam kepalanya

entah kenapa tiba tiba dia teringat akan prinsipnya tentang 1 bulan itu . lagi 2 minggu 4 hari lagi waktu itu akan tamat . dia masih lagi tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu berkahwin dengan ashraf ataupun tidak . walaupun ashraf jarang mengingatkannya tentang keinginannya untuk mengahwini humaira namun dia tahu lelaki itu sering membawanya keluar agar humaira sedikit demi sedikit mahu menerimanya . humaira juga tahu bahawa ashraf tidak akan mengalah . lelaki itu bukan jenis yang mudah mengalah oleh itu sebenarnya sejak awal dia tahu tiada pilihan lain selain menerima lelaki itu tetapi jika dia dapat menerima lelaki itu kerana cinta dan bukan paksaan kenapa tidak

humaira menghela nafas berat . dia pun tak tahu nak cakap apa . dalam keadaan begini hanya ada satu cara sahaja iaitu solat istikharah . biarlah tuhan yang memberikan dia petunjuk

humaira yang tidak ingin terlalu memikirkan tentang hal itu menyambung bacaannya . nanti nantilah tu fikir kita baca novel dulu

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now