~ chapter 38 ~

201 10 5
                                    




humaira duduk termenung di ruang tamu sofanya . sudah pukul 10 malam tetapi ashraf masih tidak keluar daripada bilik kerjanya
mungkin masih banyak kerja yang belum selesai

humaira kemudian menuju ke dapur untuk membuat air untuk ashraf . dia mahu menjenguk ashraf yang sudah lama tidak berganjak dari kerusi kerjanya itu jadi sambil sambil itu bagus dia buatkan air sekali

siap sahaja air bancuhan kopi itu humaira mula mendaki anak tangga dan menghampiri bilik kerja ashraf

tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu humaira terus menerjah masuk bilik tersebut

kelihatan ashraf yang masih menaip pada papan komputernya dengan fokus

merasa seperti ada seseorang yang berdiri di pintu bilik itu ashraf menoleh ke belakang dan melihat isterinya sedang berdiri kaku sambil membawa secawan air

" oh you're here . why aren't you sleeping yet ? " tanya ashraf yang kini menumpukan seluruh perhatiannya kepada humaira

" awal lagi . ni saya ada buatkan awak air kopi "
humaira meletakkan cawan itu di sisi meja kerja ashraf

humaira hairan melihat ashraf hanya memerhati sepi air itu . tak nak ke ?

" can you drink some of it first ? "

humaira tersenyum mendengar permintaan ashraf . dia ingat aku letak racun ke

" kenapa ? awak ingat saya letak racun eh dalam ni " humaira pun meminum beberapa teguk air kopi itu walhal dia tidak menyukai kopi

" aku suka makan dan minum dari bekas mulut kau " kini barulah ashraf mahu meminum air kopi tersebut setelah humaira meneguknya sedikit

humaira hanya diam mendengar balasan dari ashraf . tak tahu nak react macam mana mungkin sudah biasa dengan mulut manis ashraf

" dan aku tak kesah kalau kau yang racun aku "
setelah meminum air itu sehingga setengah ashraf kini kembali menghadap komputernya

" kau buat apa kat sini suha , kau tak boleh tidur ke ? " tanya ashraf yang matanya masih tetap fokus pada skrin komputer

" bukan . saya bosan takde kawan tu yang pergi sini "

ashraf yang mendengar ucapan humaira terus memberhentikan ketikan pada papan komputernya  dan menghadap semula ke arah humaira

" kau nak aku teman kau ? " 

" errr rasanya -"

" jom " tanpa menunggu humaira menghabiskan ayatnya ashraf sudahpun mematikan komputernya lalu mencapai air kopi yang dibuat oleh humaira tadi dan berjalan keluar dari bilik kerjanya

humaira membuat muka tetapi dia masih mengikuti lamgkah ashraf dari belakang . orang tak habis cakap lagi

" kita nak pergi mana " seingat dia tiada pula ashraf bagitahu dia nak buat apa dia cuma cakap nak teman sahaja

" bilik "

" buat apa ? " humaira bertanya . kau jangan macam macam husband

" kau rasa aku nak buat apa dengan kau ? " melihat pandangan yang diberikan ashraf kepadanya membuatkan humaira sedikit was was . macam lain je dia ni

" oh faham " humaira mula berjalan mendekati ashraf . berdiri sahaja di hadapan ashraf humaira mendekati muka ashraf seolah olah ingin menciumnya

aahraf tersenyum menunggu perbuatan humaira . merasa sahaja hembusan nafas humaira di kulit mukanya ashraf menutup matanya perlahan

tiba tiba humaira menjauhkan jarak badannya dengan ashraf dan mencapai remote tv

" awak nak ajak saya tengok movie sama sama kan ? jomlah saya pun dah lama tak tengok movie " humaira pun berlari ke arah katil dan berbaring santai di sana . dia sengaja 'play dumb' begitu dengan ashraf siapa suruh gatal

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now