hari ini merupakan cuti semester jadi humaira bercadang untuk pulang ke rumahnya .. "ahh rindunya dengan ibu ayah dah lama tak jumpa " gumamnya sendirian sambil membelek frame gambar berisi gambar keluarganya itutak lupa juga kakaknya yang kini sudah berumah tangga dan dikurniai satu cahaya mata .. nanti dia akan singgah di rumah kakaknya juga sambil sambil bermain dengan anak buah kesayangannya itu ~
humaira pun mula memeriksa ulang barangnya yang ingin di bawa ke rumahnya .. takut pulak nanti ada yang tertinggal
dia tak perlu pun bawa banyak banyak lagipun pakaiannya masih banyak yang dia tinggalkan di rumah ibu bapanya itu
dayang yang baru sahaja berada di dalam biliknya sambil mengunyah keropok corntoz hanya diam memerhati kawannya itu
tiba tiba dia bersuara "kau kat rumah kau berapa hari" tanyanya dengan mulut yang penuh keropok itu .. hek eleh kelmarin tegur orang harini dia pun buat juga dua kali lima je sepuluh
humaira hanya menjelingnya sekilas "tak pasti nanti aku rasa nak balik aku baliklah" katanya sambil menzip beg bagasinya "lagipun rumah family aku dengan rumah ni bukan jauh sangat masih satu daerah pun "
dayang hanya menganggukkan kepala . samalah kita
"kau tak balik rumah kau ke" tanya humaira menyentakkan lamunan dayang .. kuat betul berangan kawannya ni
"aku balik petang sikit sebab alang alang aku nak habiskan drama korea aku yang tinggal sikit tu" balasnya dengan senyuman apabila teringatkan lee jong suk nya yang kacak tu
"yelah dayang .. aku dah nak gerak ni kau jaga diri eh nanti apa apa kau call je aku" kata humaira lalu memeluk kawan rapatnya itu .. lama ni nak tinggal
"okay byee" katanya sambil melambaikan tanggal dan membuat muka comel
" nanti sebelum kau balik rumah petang ni pintu jangan lupa kunci . lepas aku keluar ni pun sama " pesan humaira lagi . dayang hanya mengangguk faham
prihatin juga humaira dengan dia ya
humaira pun mengangkat barangnya masuk ke dalam bonet kereta dan mula bergerak meninggalkan rumah sewanya
******************
setibanya di perkarangan rumah , humaira di sambut gembira oleh kedua ibu bapanya
" assalamualaikum "
humaira segera menyalami tangan mereka dan memeluk ibunya manakala ayahnya segera mengeluarkan barang humaira dari bonet kereta .. dah cakap dah tak apa rajin juga ayahnya tu mahu menolong
" waalaikumsalam . anak ibu okay kat sana ? belajar macam mana" tanya ibunya sambil membelek belek badan anaknya takut takut kalau ada tercalar
humaira tersenyum suka melihat perbuatan ibunya itu rasa disayangi sangarttt "okay je belajar pun okay cuma kadang tu ada lah penat sikit buat assignment " katanya sambil membuat muka penat
"takpe harini ibu masakkan makanan favourite maira lepas makan nanti terus naik rehat ye " kata ibunya lalu menarik lembut tangan anaknya untuk di bawa ke meja makan
"ayah jom makan biar je barang maira kat situ nanti maira bawa naik sendiri" kata maira sebelum hilang di sebalik pintu ruang tamu aduu ibunya tak sabar betul nak bagi dia melantak
*******************
pada malam itu humaira dan ibu bapanya sedang bersantai di ruang tamu sambil memakan buah epal yang dipotong oleh humaira sendiri tadi
ibunya menoleh ke arah humaira yang sedang ralit menonton televisyen
cantik anaknya ini . tak dia nafikan kedua dua anaknya mempunyai rupa paras yang cantik .
tapi si humaira ni tak pernah mempunyai teman lelaki tak seperti gadis cantik di luar sana yang mudah sahaja mendapatkan pasangan oleh kerana mempunyai rupa paras yang indah
habis dah kalau anak bongsunya ini tidak pernah berapat dengan lelaki macam mana nak ada pasangan haih
"maira kamu masih tak berkawan lagi ke dengan lelaki di Uni kamu tu" tanya ibunya memecahkan kesunyian
"tak bu apatah lagi kejadian yang berlaku kelmarin lagi buat maira taknak bergaul dengan mereka" kata maira sedikit sayu .. kecewa dengan perbuatan afiq itu sekaligus menambahkan rasa bencinya terhadap lelaki
"apa jadi kelmarin !?" tanya ayahnya khawatir dengan keadaan anak bongsunya itu
humaira pun dengan berat hati mula menceritakan perkara yang berlaku kelmarin
" kelmarin lepas habis kelas , ada kawan maira nak belanja makan dekat kantin . maira pun mestilah tak nak tolak rezeki so join lah sekali "
" lepastu tengah borak borak tu tiba tiba ada lelaki ni datang tempat maira dia cakap dia sukakan maira dan nak minta nombor telefon . humaira tak bagi sebab maira tahu niat dia "
" niat ? niat apa tu ? "
" sebelum ke kantin maira pergi tandas dulu lepastu dengar lelaki tu dengan geng geng dia tengah main permainan . diorang cabar lelaki tu untuk dapatkan maira lepastu nanti mainkan maira"
" ish ish tak patut betul budak tu buat macam tu "
" macam lah maira tak tahu ini bukan pertama kali diorang buat macam ni . ramai dah perempuan lain kena dengan diorang . benci betul dengan lelaki macam tu"
"maira apa yang budak tu buat memang salah tapi kamu tak boleh anggap semua lelaki sama ye nak" pesan ayahnya terhadap humaira risau jika anaknya langsung tidak mahu membuka hati terhadap mana mana lelaki kelak
"betul tu maira ibu yakin masih ada lelaki baik di luar sana yang layak dapatkan maira" sambung ibunya lagi yang turut risau dengan kepercayaan humaira
"yelah ibu ayah jangan risau adik masih percaya apa yang ibu ayah cakap tu cuma tunggu masa yang sesuai je" kata maira dengan senyuman "okaylah maira naik dulu nak rehat " katanya lalu menghadiahkan flying kiss kepada ibu ayahnya
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Dragostebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...