" kamu berdua sibuk ke ashraf ? kalau tak marilah makan malam di sini sekali " pelawa ibunya mesraashraf tersenyum nipis lalu menoleh ke arah brendon seketika
" tak ibu . boleh je " brendon yang mendengar ucapan ashraf mula mengeluarkan pini ipadnya dan segera membatalkan meeting ashraf pada malam itu . fahamlah dia dengan pandangan ashraf tadi yang dia mahu makan malam di sini . lagi lagi mesti humaira turut menolong memasak di dapur nanti . dia juga tahu ashraf amat gemar dengan air tangan masakan humaira
" baguslah kalau macam tu kamu tunggu di sini dulu ye dengan ayah . ibu dan maira nak masak makan malam dulu di dapur "
ibunya segera pergi ke dapur bersama humaira untuk memasak makan malam nanti
" maira ashraf suka makan apa ? " tanya ibunya secara tiba tiba membuatkan humaira tak boleh duduk tenang . aduh manalah dia tahu ashraf suka makan apa
" eh ibu sekejap eh ada orang call " tepis humaira berpura pura seperti ingin mengangkat panggilan
" ada ada jelah budakni " ibunya menggeleng gelengkan kepalanya
humaira berlari anak ke dalam tandas lalu mengunci pintu . dia segera menghubungi nombor ashraf apabila sedar ayahnya tiada di ruang tamu bersama ashraf tadi bolehlah dia menghubungi lelaki itu terus
ashraf yang sedang duduk berbincang dengan brendon terganggu dengan deringan di telefonnya . ashraf pun mencapai telefonnya di dalam poket seluar
melihat sahaja nama yang tertera di skrin telefonnya ashraf tersenyum . brendon yang duduk bersebelahan dengannya memasang riak muka pelik . scandal call ke ?
ashraf menyambut panggilan tersebut " yes , love ? " ceria sahaja suara ashraf di pendengaran humaira
"ashraf awak suka makan apa " tanya humaira yang seperti terkejar kejar itu
ashraf tersenyum kelucuan . alahai nak tanya itu jeke ?
" why do you ask ? " humaira seperti ingin menarik narik rambutnya sendiri . ish jawab jelah mamat ni
"saya nak masak makanan favourite awaklah . cepat bagitahu " gesa humaira apabila mula mendengar ibunya memanggil manggilnya di luar tandas
" i love everything that you make " ashraf ketawa kecil apabila dia juga turut mendengar ibu humaira memanggil manggil nama humaira
" masak merah nak masak merah ? "
" boleh " tutt ..
mendengar sahaja jawapan ashraf humaira terus mematikan talian dan bergegas keluar dari tandas
" ye ibu ? " tanyanya membuat riak neutral
" kamu bercall dengan siapa maira . lama betul tu mari tolong ibu masak " ibunya melangkah ke dapur semula
humaira pun mengikuti langkah ibunya ke dapur dan mula mengambil bahan bahan untuk membuat ayam masak merah
" kamu masak apa untuk ashraf ? " tanya ibunya yang sedang menggoreng ikan
" ayam masak merah " ibunya hanya menganggukkan kepalanya
" dah siapkan semua jom hidang kat meja makan " ibunya mula membawa lauk pauk ke meja makan manakala humaira sedang mencedok nasi ke dalam mangkuk besar
siap sahaja menghidangkan makanan kini semua orang telah berkumpul di meja makan
ashraf membacakan doa makan untuk semua manakala brendon membaca doa sendiri sian ek
" ashraf suka makan ayam masak merah ke " tanya ibunya kepada ashraf
" ya ibu " jawab ashraf sambil mencedokkan ayam masak merah itu ke dalam pinggannya
![](https://img.wattpad.com/cover/343183418-288-k657901.jpg)
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...