~ chapter 49 ~

190 9 0
                                    



setelah tiba di sungai mereka meletakkan barang barang mereka di salah satu meja di sana . sempat juga yanie dan humaira membeli sedikit makanan sebelum tiba ke meja mereka tadi

" kau tak mandi ke mai ? " tanya haikal yang sudah mula membuka bajunya

" mandi . tapi kejap lagilah aku nak urus makanan ni dulu " kata humaira dia cepat cepat menundukkan pandangannya apabila dia dengan jelas dapat melihat badan haikal yang memperlihatkan sedikit auratnya

" okay mai " kata haikal lalu mencampakkan bajunya tepat ke arah muka humaira . humaira humaira menarik kasar baju itu dari mukanya . apa masalah dia ni

" jaga baju aku baik baik mai " kata haikal lalu mula berlari memasuki sungai yang sejuk itu

humaira membuat riak muka tidak puas hati . dia ingat aku ni bini dia ke ?

" yanie , perangai haikal tu dah pelik macam ni sejak bila eh ? " mereka semua memandang pelik haikal yang sudah berada di dalam sungai itu sambil mengenyitkan matanya kepada humaira

" perangai dia pelik sebab kau dah kahwinlah mai . dia mati mati fikir kau sukakan dia dan akan kahwin dengan dia " kata adam yang turut berasa aneh dengan tingkahlaku sepupu rapatnya itu

" benda ni berlaku bukan salah aku kan ? " tanya humaira lagi

" bukan mai . kau tak pernah janji atau luahkan perasaan kau pun pada dia . dia yang berperasaan sendiri " kata yanie lagi jelas berada pada pihak humaira

" parah doh dia . aku pun tengah usaha nak bagi dia syok dekat perempuan yang suka dia dari darjah tu " kata adam lagi sambil berpeluk tubuh . kepalanya turut diangguk anggukkan setuju dengan rancangannya sendiri

" tapi aku rasa kan mai . at some point nanti kau kena sound lah dia tu . takut melarat tau dia kalau kau layankan aje . nanti makinlah dia fikir yang kau pun sayangkan dia " cadang humaira

" yelah tengoklah macam mana " kata humaira dengan muka malas sambil memeluk lengan ashraf . macam mana dia nak marah sepupunya sendiri itu ? bagaimana jika hubungan ibunya dan ibu haikal merenggang kerana mereka ?

" dah nanti nantilah fikir . jom kita mandi dulu " ajak adam apabila sedar suasana serius seketika gara gara kelakuan haikal

adam dan yanie mula berjalan mendekati sungai . adam juga turut membuka bajunya

humaira menjeling ke arah ashraf seketika

" awak jangan nak mengada eh buka baju juga"kata humaira apabila sedar ashraf juga seperti ingin membuka bajunya . nak lawan badan siapa lagi cantik lah tu

tu nampak tu baju haikal saya campak . kalau awak buka baju juga saya buat benda yang sama " humaira menundingkan jarinya ke arah baju haikal yang dia lempar entah ke mana tadi

ashraf tersenyum kecil

" jealous ke , love ? " ashraf mendekatkan jarak mukanya dengan muka humaira

" tak ! awak tahu tak kalau awak buka baju nanti aurat awak nampak . awak tengoklah sepupu saya dua ekor tu " humaira menjuihkan bibirnya ke arah kedua orang sepupunya yang berada di dalam air itu

" jadi jangan mengada ngada nak buka baju "

" yes ma'am " kata ashraf seraya menarik humaira mendekati sungai

masuk sahaja ke dalam humaira mengeliat kecil . sejuknya air ni ! rasa macam mandi ais pula

humaira bermain air dengan yanie . semakin lama semakin kuat percikan yang mereka kenakan sesama mereka

ashraf dan adam yang melihat air percikan itu semakin mengganas mula melindungi pasangan mereka masing masing . risau ada yang memutuskan hubungan bersepupu nanti

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now