" cepat makan lepastu baru mandi " suruh humaira kepada haydertring tring !
telefonnya tiba tiba berdering . humaira segera mencapai telefonnya lalu menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil
" hello ? "
" ah adik , hayder dekat rumah adik kan ? " oh ibu dia rupanya yang call
" haah . kenapa ibu ? "
" esok kakak cakap dia balik sini lebih kurang waktu petang dia sampai . jadi besok malam adik datang sini lah bawa hayder sekali . lagipun ibu nak buat makan makan besok " balas ibunya panjang lebar
" makan makan ? untuk siapa pula ? " tanya humaira tidak faham kenapa ibunya tiba tiba nak buat makan makan
beza ya makan malam dengan makan makan dia tu . biasa kalau ibu dia cakap pasal makan makan itu maksudnya ada tetamu . tetamu tu siapa ? farriq tu lagi ?
" ni ibu baru tahu haikal datang sini jadi ibu pelawa lah dia tinggal kat sini semalam jadi besok malam nak buat makan makan untuk dia " humaira mengangguk faham tapi masih ada yang dia tak faham
" habis kenapa tak buat semalam je ? hari ni ke ? "
" ish kamu ni , ibu nak tunggu kakak sekali tu yang baru nak buat esok . nanti ibu nak jemput farriq sekali lah . lagi ramai lagi meriah " kata ibunya mengundang perasaan menyampah humaira . apahal lah mamat tu pun dijemput hadir
" yelah nanti besok maira pergi sana " akurnya
" eh ni kamu okay ke sekarang ? dah 9 bulan dah kan ? " huhu ibunya tak lupa dengan dia lahh
" haah dah 9 bulan . setakat ni okay je tapi baby kuat tendang tendang " humaira tersengih seorang diri . teringat pula dia masa pertama kali merasa baby kick bukan main terkejut ingatkan apa . dengan ashraf sekali ikut dia terkejut
" biasalah tu . tinggal tunggu masa je nak bersalin kan . ibu harap kamu selamat bersalin nanti lah semua berjalan lancar "
" aamiin . okaylah ibu adik nak breakfast dulu , bye "
" iyalah jaga diri . bye "
ibu mematikan dulu talian sebelum sempat dia mematikannya . telefon diletak tepi sekarang masa untuk makan
" siapa call ? " tanya ashraf laju . hek eleh padahal dia tahu je siapa call sebenarnya
" ibu . dia suruh kita datang besok sekali dengan hantar hayder dekat kakak saya " kata humaira seraya menyuapkan oat yogurt buatannya . sedap !
" makan makan untuk siapa ? " tanya ashraf lagi . jelas dia dengar perbualan dia dengan ibunya tadi
" haikal " ashraf hanya diam tidak membalas
" ibu pelawa dia tinggal sana sebab haikal kan kata nak cuti cuti kat sini lama sikit " ashraf hanya mengangguk
" tapii .. yang tak bestnya ibu jemput farriq sekali " tangan ashraf yang sibuk mencedok makanan itu terhenti seketika apabila mendengar nama farriq lagi disebut . hilang terus selera makan
" kenapa ibu jemput dia ? " tanya ashraf dengan riak muka kurang senang
" haih entah lah . ibu cakap lagi ramai lagi meriah "
" aku tak sukakan dia " kata ashraf jujur setelah beberapa saat tadi dia menyepi
" farriq tu yang datang rumah atok nenek haritu kan ? " tanya hayder . humaira mengangguk kecil . tahu pula dia " hayder pun tak suka dia "
" eh kenapa pula ? " terhibur pula dia tengok cara hayder bercakap tu . macam makcik makcik bawang
" dia tu penipu tak jujur macam abang hensem . kalau depan atok nenek dia layan hayder baik baik kalau takde atok nenek terus buat hayder macam takde kat situ . suka olok olok " cerita hayder bersungguh sungguh . lama dah dia pendam benda ni sebenarnya , cerita kat nenek dia , nenek tak percaya
![](https://img.wattpad.com/cover/343183418-288-k657901.jpg)
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...