malam itu humaira duduk santai di sofa ruang tamu sambil menonton tv sementara menunggu kepulangan suami belum dicintai 100 %matanya sahaja yang melekat pada tv namun fikirannya jauh memikirkan tentang ashraf
selama dia tinggal dengan ashraf ni , dia semakin selesa dengan ashraf . walaupun ashraf kelihatan dingin dan keras kepala sekurang kurangnya ashraf sentiasa menghormati keputusannya
1 bulan 2 minggu duduk serumah dengan aahraf tiada lagi dia merasa perasaan sedih atau menyesal berkahwin dengan ashraf . malah dia yakin tidak mustahil untuk dia mencintai ashraf sepenuhnya
sebenarnya best lagi bercinta lepas kahwin . boleh elak zina takdelah pegang pegang lelaki yang belum tentu jadi suami kita tu
orang selalu cakap dengan dia jangan jual mahal nanti jadi anak dara tua , nanti menyesal tak dapat rasa percintaan zaman sekolah , tiada pengalaman bercinta . alhamdulillah dia kahwin dulu daripada orang orang yang nasihat entah pape dengan dia tu
jodoh ajal maut itu kan semua ketentuan tuhan takpayahlah nak kejar kejar sangat nanti last last healing juga kat pantai
sedang dia mengelamun seorang diri , pintu hadapan rumahnya terbuka dari luar
terserlah wajah ashraf yang baru balik dari kerja itu . tadi dia cakap balik pukul 9 sekarang dah pukul 11 takkan dia tak penat daripada pagi asyik menghadap kertas kerja je
humaira mendekati ashraf . rambut dan pakaiannya sudah kacau . aduh rambut messy macam tu pun hensem
humaira membuka suit ashraf dan mengambil briefcasenya
" you must be tired . have you eaten ? " ashraf hanya menggelengkan kepala
" do you wanna eat ? " ashraf menganggukkan kepala . alahai bisu dah sama macam dia . dia pun kalau penat atau lapar terus jadi bisu
tetapi dia tak rasa ashraf penat . muka dia nampak neutral seperti hari hari sebelumnya cuma rambutnya sahaja yang sedikit messy tapi bila difikir fikir balik ashraf kan pernah cakap yang dia dah biasa berjaga sampai lewat malam sebab ada masalah tidur
" saya hantar ni naik atas jap awak duduk dulu kat sana " kata humaira seraya membawa suit dan briefcase ashraf ke dalam bilik
humaira kemudian turun semula ke bawah . dia melihat ashraf sudah pun duduk di kerusi meja makan sambil bermain telefon . aik tak penat ke dari pagi sampai malam menghadap kertas kerja je tiba tiba balik main telefon lagi
humaira hanya membiarkan ashraf dengan dunianya . dia mula menghidangkan makanan untuk ashraf
melihat makanan sudah siap dihidang ashraf mematikan telefonnya lalu mula menjamu selera . setiap kali selepas menyuapkan nasi ke dalam mulut ashraf akan melihat ke arah humaira yang berada di sofa ruang tamu . lagak ashraf seperti sedang menonton televisyen
humaira ralit bermain dengan telefonnya . tidak tahulah apa yang isterinya itu lakukan
sepatutnya memang ashraf sudah pulang pada pukul 9 tadi tapi alang alang kertas kerjanya tinggal 'sedikit ' sahaja lagi ashraf memutuskan untuk menyiapkannya malam itu juga sehingga tidak sedar bahawa jam sudah menunjukkan pukul 11 malam
habis sahaja makan ashraf mendekati humaira . dia nak juga tengok apa yang isterinya itu lakukan . kot kot dia berchat dengan brendon ke
jauh ek
ashraf menjeling ke arah telefon humaira . kelihatan humaira sedang bermain game chess online dengan fokusnya . lah ini ke dia buat dari tadi
" instead of playing there , why don't you try to beat me " ashraf yang tiba tiba bersuara di sebelah telinganya membuatkan humaira sedikit tersentak
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...