~ chapter 50 ~

210 10 0
                                    



humaira mencelikkan matanya . buka buka sahaja matanya humaira dapat merasakan tangan kanannya yang suam akibat digenggam lama oleh ashraf  . sejak bila lagi ashraf genggam tangan dia ni

matanya beralih pula ke jalan raya yang sesak dengan kereta itu . oh dah sampai bandar ya ?

humaira mencapai air mineral yang berada pada sisi pintu kereta lalu meminumnya beberapa teguk

" awak nak air ? " tanya humaira kepada ashraf yang hanya mendapat gelengan daripadanya

" tak susah ke awak bawa kereta ashraf pegang tangan saya macamni " ashraf sekali lagi menggelengkan kepalanya

" lebih kepada terapi bagi aku " humaira membuat muka pelik . terapi ?

" terapi apa ? "

" terapi hilangkan ngantuk " kata ashraf seraya mengucup lembut tangan humaira yang berada dalam genggamannya

humaira membuat muka jelik . terapi hilangkan ngantuk konon . bangun bangun dah kena suap dengan kata kata manis suaminya ini

" kita nak pergi mana ni " tanya humaira apabila sedar ashraf tidak menuju jalan ke arah rumah mereka

" makan " jawab ashraf ringkas

" aik tapi ken-"

" takkan aku nak suruh kau masak masa tengah penat penat ni , love ? " humaira diam . memang betul pun dia penat dan dia yakin ashraf lagilah penat . dia yang drive kereta daripada pagi

tapi tak sangka pula ashraf peduli sehingga membawanya makan di luar . sayang suami kita ketat ketat

mereka makan dengan senyapnya di restoran hotel 5 star itu . tapi tidak lama apabila humaira mula membuka cerita

" ashraf " panggil humaira

" yes , love ? " sahut ashraf pula matanya yang tertancap pada makanan tadi kini beralih pula pada humaira

" kerja awak tak berlambak ke pergi balik kampung ni ? " tanya humaira . dia risau juga kalau ashraf sanggup membiarkan kerjanya menumpuk hanya kerana ingin memenuhi keinginannya untuk ke kampung

tahulah dia ashraf tu suka sangat bersusah demi kesenangan dia dan tidak pernah sekali pun mengeluh kepada dia apatah lagi orang lain

" tak . everything is under control " kalau pun kerjanya bertumpuk bukan masalah besar bagi dia . setakat kerja pejabat ni satu malam sahaja dia boleh selesaikan

" ye lah tu nanti balik ni awak stay up juga kan . nak siapkan kerja awak macamlah saya tak tahu " kata humaira tahu sangat ashraf akan hilang ke bilik kerjanya pada waktu malam jika ada kerjanya yang belum siap akibat mahu menempel dengannya

salah siapa ? salah sendiri

ashraf hanya diam tidak membalas kata kata humaira . itu maksudnya betul lah tu apa yang dia cakap

" tak penat ke ashraf ? kita dah lah baru lepas jalan jauh "

" tak kalau kau teman aku " haa datang dah mengada dia tu

" tak nak saya nak tidur . awak buatlah kerja sorang sorang " ashraf tu kalau dah suruh dia teman bukan suruh duduk kat kerusi dah . duduk kat riba dia . selesa ke buat kerja ada benda berat dekat badan ?

" nanti kau tidur aku angkat kau pergi bilik kerja aku juga " kata ashraf selamba membuatkan muka humaira berubah riak

" tak fair lah macam tu . nanti macam mana saya nak tidur . awak bukan angkut plushie saya sekali pun " ingat dia boleh lena ke tidur tak peluk patung

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now