~ chapter 56 ~

199 7 0
                                    




ashraf menjeling ke arah humaira yang sedang duduk di birai katil sambil memakan coklat . berapa banyak coklat dah dia lahap dari tadi ?

" love jangan makan coklat banyak sangat " larang ashraf apabila sedar sedari tadi humaira tidak henti henti menyumbat coklat ke dalam mulut

" hm kejap satu lagi " kata humaira . dia mengambil satu paket kecil coklat cadbury dan membukanya lalu memasukkan ke dalam mulutnya dengan laju . sebelum ashraf rampas kena sumbat laju laju

humaira curi curi menyimpan beberapa paket coklat dan memasukkannya ke dalam slingbag

humaira memerhati ashraf yang sibuk dengan beg bagasi mereka . kakaknya mengadakan hari jadi hayder lusa ini jadi sekalian mereka akan bermalam di rumah keluarganya selama beberapa hari . dah lama tak tidur dekat rumah family huhu

" tak penat ke ? sinilah saya tolong " humaira menawar diri . takkan nak packing barang sendiri pun boleh jejaskan kandungan ashraf oi

" duduk situ diam diam . aku boleh handle " ashraf berkeras tidak mahu menyusahkan humaira

" yelah " humaira akur . ashraf juga yang susah dia dah offer diri dah

seketika kemudian humaira keluar dari bilik untuk menuju ke tingkat bawah . nak tengok tobyy

nampak sahaja kelibat humaira toby terus berbunyi . alahai rindu dia ke

" hai baby " humaira membuka pintu sangkar lalu membelainya manja . disebabkan mereka mungkin dalam tiga empat hari di sana  jadi mereka akan membawa toby sekali . bolehlah hayder dan hayat bermain dengan toby hihi

" love stop playing with him " kata ashraf dengan nada cemburu . penat dia angkat beg beg ni turun bawah lepastu dijamu pula dengan pemandangan kurang menyenangkan itu

" ye ye saya simpan saya simpan " humaira akur nanti kang ashraf cancel pergi rumah parents dia . ni pun nasib baik hari ni ashraf tak muntah muntah macam sebelum ni . kalau tak dia pun tak nak susahkan ashraf pergi rumah ibu bapanya

humaira mengikuti langkah ashraf dari belakang . semasa ashraf membuka bonet kereta humaira mengambil kesempatan untuk mengangkat beg itu . nak tolong ashraf angkat beg lah kononnya

" love kau buat apa " tanya ashraf lebih kepada amaran . baru lepas pandang sekejap laju je dia ni

" tolong awak lah " ashraf menggelengkan kepala lalu memberi isyarat supaya humaira masuk ke dalam kereta

hok aloh nak tolong sikit pun tak boleh . lambat lambat humaira masuk juga ke dalam kereta . dia hanya memerhati ashraf melakukan semua kerja dari mengangkat beg sehinggalah mengurus toby . naik kesian juga dia tengok suaminya itu . dah lah dia yang dapat alahan tapi gigih juga tak nak bagi dia penat

selesai mengurus semua , ashraf menutup bonet kereta dan mula bergerak masuk ke dalam perut kereta

ashraf memulakan enjin lalu mula mengurut urut dahinya . humaira memerhati tingkah ashraf

" pening ke ? " tanya humaira yang hanya mendapat anggukan dari ashraf

" nak air ? ubat ? " tanya humaira lagi prihatin . patut ke cancel je pergi jalan ni ?

ashraf menggelengkan kepalanya

" jadi saya boleh buat apa " tanya humaira lagi . ashraf sudah mula mengalihkan kepalanya ke arah humaira

" give me a kiss " humaira membuat muka pasrah . dah agak dah macam dia tak biasa dengar ayat tu sebelum ni . asal pening je nak kiss asal mual je nak kiss . tak boleh tidur ? pun minta kiss juga

humaira mula meraih muka ashraf lalu dikucupnya dahi ashraf kemudian turun pula ke pipi dan hidungnya dan akhir sekali pada bibir ashraf

baru sahaja humaira ingin menjauhkan jarak mereka ashraf menarik kembali kepala humaira mendekatinya untuk mendapatkan kucupan bibir yang lebih lama dari humaira

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now