setelah memasukkan barang barang shopping tadi ke dalam bonet kereta mereka kembali ke dalam mall untuk menonton wayang .. mereka membeli tiket wayang bergenre horror kerana mereka amat meminati cerita seramwalaupun dia tahu kakaknya takut akan jumpscare namun itu tidak menghalang kakaknya untuk menonton cerita hantu .. habislah dia jerit dalam wayang nanti takpelah tebalkan muka je
humaira pergi ke tempat membeli makanan untuk membeli minuman dan popcorn .. tak lengkap rasanya tengok wayang kalau tak makan popcorn
kakaknya pula sedang bertelefon dengan encik suami nak inform dia balik lambat sikit maklumlah cerita ni 2 jam nokk
tak tahulah berapa banyak jumpscare yang akan keluar selama 2 jam ini . nanti dia kira
setelah selesai membuat pembayaran dan kakaknya pula sudah habis bertelefon mereka masuk ke dalam panggung wayang
keadaan yang gelap membuatkan humaira tidak dapat melihat dengan jelas . dah lah tangan penuh dengan makanan mata sibuk nak cari seat lagi
kesibukkannya itu menyebabkan dia secara tidak sengaja tersadung pada salah satu tempat duduk di sana dan terduduk di atas riba seseorang . OMG
"auch sorry sorry saya tak sengaja" katanya lalu dengan laju bangkit dari riba seseorang itu . duh dah lah dia ni berat . macam angkut beras 10 kg 5 karung
"it's okay" katanya ringkas dan terdengar seperti nafasnya yang ditahan tahan itu
alamak lelaki pulak tu "saya minta maaf sekali lagi ya" katanya buat kali terakhir lalu terus duduk di sebelah lelaki tersebut .. aduhh dah lah duduk sebelah mamat ni . tersangatlah sudah jatuh ditimpa tangga
ashraf yang berada di sebelah humaira cuba mengatur nafasnya sebaik mungkin .. pada mulanya dia marah dengan kesilapan yang dilakukan orang itu namun setelah menyedari itu suara humaira dia mula berasa berbunga hati dan pada masa yang sama berdebar kerana perkara yang berlaku itu
sudah bertahun tahun dia asyik terfikirkan humaira dan ingin menjadikan humaira miliknya agar dia sentiasa berada dekat dengannya
apa yang berlaku seketika tadi mebuatkan dia tidak senang duduk kerana cuba menahan rasa untuk menyentuh buah hatinya itu
cerita sudah bermula ashraf membetulkan duduknya untuk menonton genre cerita yang digemarinya itu .. humaira yang berada dekat dengannya itu membuatkan dia rasa selesa ditambah lagi dengan wangian lembut gadis itu
******************
cerita horror itu akhirnya tamat .. semua orang mula beransur keluar dari panggung tersebut .. ashraf hanya memerhati pemergian humaira .. dia masih tidak puas duduk berdekatan dengan humaira.. 2 jam berlalu seperti 2 minit baginya
ashraf mulai bangkit dari duduknya dan menuju ke motorbike miliknya
sebelum menghidupkan enjin ashraf mengelamun seketika mengingati detik dia berada dekat dengan humaira tadi .. perasaan selesa yang dia rasai ketika bersama humaira tadi meyakinkan lagi dia untuk menjadikan humaira miliknya
dia juga sedikit kagum dengan humaira yang tenang menonton cerita horror thriller tadi seperti tiada perasaan takut .. humaira bereaksi mirip dengannya .. walaupun menayangkan aksi tragis seperti pembunuhan dan penyiksaan humaira tenang menyaksikan semuanya dengan senyuman tipis
ya boleh dikatakan dia lebih banyak memerhati humaira daripada cerita yang ditayangkan tadi .. tak dia nafikan apapun yang dilakukan humaira tadi amat menarik perhatiannya lebih daripada cerita tersebut
menyedari dia yang sudah lama mengelamun di motorbike itu , ashraf mulai menghidupkan enjin dan menderum laju ke rumahnya
*********************
"uhh cerita tadi tu disturbing kan dik tak sanggup kakak tengok" kata kakaknya sambil berpeluk tubuh meremang bulu romanya
"haah tapi adik suka ending dia atleast main character dia tak lemah dan mudah menyerah" katanya sambil memandu kereta .. dia mengiyakan saja perkataan kakanya walaupun jauh di lubuk hatinya dia menyukai semuanya tentang cerita yang disaksikannya tadi
"tadi adik terduduk atas riba satu boy ni kan " tanya kakaknya teruja melihat drama yang berlaku di depannya tadi .. macam cerita novel pulak .. tapi gelap so tak nampak sangat
"haha iya tapi adik tak sengaja nasib baik dia tak marah" balasnya .. entah kenapa bau lelaki itu seperti dia kenali sebelumni .. semasa duduk bersebelahan dengan jejaka itu juga dia merasa selesa padahal dia tidak pernah berasa selesa duduk berdekatan dengan lelaki sebelum ini .. aneh padahal dia yakin dia tidak pernah menemui lelaki itu
apatah lagi dia tidak dapat melihat dengan jelas rupa lelaki itu tadi kerana keadaan yang gelap
apabila sampai sahaja di rumah humaira disambut riang oleh anak buahnya hayder
hayder terus berlari ke arah humaira apabila humaira turun dari kereta "yeay kak maii dah balik jom tengok moviee ! " ajaknya riang dan mendepakan tangan tanda ingin didukung oleh hot auntynya itu
humaira segera mendukung hayder dan mencubit pipinya lembut "nak tengok movie apa ?" tanyanya lalu membawa hayder ke dalam biliknya untuk menonton movie .. sempat juga dia memberi signal kepada kakaknya untuk membawa hayder ke biliknya tadi
"minion minion minion !" sorak hayder terus melompat ke atas katil humaira dan menyelimuti dirinya dengan comforter humaira
humaira hanya menganggukkan kepala .. remote dicapainya dan terus mencari movie minions .. ikut kaula budak aku pun suka tengok minions
hayder hanya diam menunggu bersama patung patungnya .. tak tahu bila budak tu angkut semua patung dia pergi bilik humaira pun dia tak tahu .. tak cuma begitu , turut tersedia dua kotak susu dutch lady bersama keropok corntoz di atas meja humaira .. prepare habis hayder ni
setelah menjumpai movie minions humaira berbaring di sebelah hayder dan menikmati snek di atas meja itu
macam biasala hayder hanya tengok separuh cerita kemudian tidur di pelukannya dia juga yang habiskan cerita minions ni .. lena betul budak ni tidur ye
tiba tiba pintu biliknya dikuak dari luar terjengul kepala kakak dari luar "hayder dah tidur ke" kata kakaknya separuh berbisik risau anaknya terbangun .. tengok tu dah tahu tanya lagi
humaira hanya menganggukkan kepala .. kakaknya segera membawa hayder ke bilik mereka kesian adiknya tak pasal pasal jadi babysitter
"thanks dik" kata kakaknya sebelum pergi
humaira hanya tersenyum nipis lalu menutup pintu
dia berbaring semula di atas katil sambil memikirkan perasaan selesanya terhadap jejaka di panggung wayang tadi
"macam mana perasaan macamni boleh ada dalam hati aku eh"
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...