~ chapter 41 ~

216 10 1
                                    



suasana di dalam kereta hanya dipenuhi dengan suara radio

namun tidak lama apabila ashraf mula membuka mulut ketika berhenti di lampu isyarat

" bawakan aku bekal makan tengahari nanti " bukan bertanya malah ashraf terus memberikan ayat perintah

" dah tu macam mana saya nak bawa bekal tu pergi tempat awak nanti ? saya tak bawa kereta "

" there is brendon . aku sendiri pun boleh ambil kau " kata ashraf bersahaja . kalau untuk humairanya apa apa pun boleh

" tengok tu dah susahkan awak berdua . ke awak datang cafe saya  " kalau ashraf datang cafe dia takdelah diorang makan berdua je dalam office . seram

" tak . aku nak makan berdua dengan kau " haa sudah sorang taknak makan berdua sorang lagi nak makan berdua . hampehhh

" yelah yelah nanti saya hantar tempat awak " kata humaira pasrah

sampai sahaja di depan cafe , humaira terus keluar dari perut kereta dan melambai kecil ke arah cermin kereta ashraf yang gelap . walaupun tak nampak ashraf , dia yakin lelaki itu sedang melihat ke arahnya

tiba tiba dia teringat pula peristiwa hayder berkata kepadanya semasa berada di cafe bahawa terdapat 'abang hensem' yang merenung ke arahnya dari luar cafe

mungkinkah itu ashraf ?

humaira memandang dinding di hadapan cafenya itu lama . tak silap dia hayder cakap abang hensem tu bersandar kat sini

dia ketawa kecil apabila teringat akan kelakuan hayder yang mencuba untuk meniru aksi abang hensem itu

humaira menggeleng gelengkan kepalanya sebelum berlalu masuk ke dalam cafe

***********

tengahari itu kelihatan sebuah kereta berwarna hitam berhenti di hadapan cafenya

ni brendon ke ? tanya humaira sendirian . kalau terus terjah masuk kereta tu pun tak boleh juga

pintu belah pemandu dibuka dari dalam . terserlah wajah brendon yang segak mengenakan suit berwarna biru gelap . ni kalau ashraf tahu dia cakap macam ni , habis silap silap hilang dara

" hai mrs humaira . your husband told me to take you to the office " kata brendon yang kini sudah berdiri di hadapan humaira

" oh kejap " humaira berjalan ke kaunter untuk mengambil bekal ashraf yang baru dimasaknya tadi

" okay let's go " humaira mengekori langkah brendon dari belakang . sampai di pintu penumpang belah belakang brendon membukakan pintu untuk humaira

" thankyou gentleman " kata humaira dengan senyuman tipis . kadang kadang dia rasa brendon dengan ashraf ni macam mempunyai personaliti yang mirip . mungkin sebab diorang selalu sama sama

ketika dalam perjalanan ke office ashraf , tiba tiba humaira merasa bosan . bawa brendon boraklah

" brendon sejak bila awak kerja dengan ashraf ? " melihat brendon yang kenal benar dengan ashraf membuatkan dia yakin yang brendon sudah bekerja dengan ashraf sejak lama

" sejak mula lagi . sebenarnya dulu saya orang susah sir ambil saya bekerja kerana belas kasihan dan sanggup ajar saya tentang dunia perbisnisan ini dari A sampai Z "

" tak saya nafikan sir memang orang yang hebat . pada usia yang muda sudah banyak ilmu tentang bisnes yang dia kuasai . seperti orang berpengalaman yang sudah bertahun tahun menjalankan syarikat "

" tapikan brendon , semakin tinggi pangkat semakin banyaklah masa yang akan mereka habiskan di pejabat kan "

" yes mrs "

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now