~ chapter 5 ~

241 6 1
                                    



tinggal lima hari lagi baki cuti semesternya humaira berniat untuk pulang ke rumah sewanya itu pada hari ini sekalian dengan kakaknya yang akan pulang ke rumahnya juga

"kak maii hari ni hayder nak balik dah tau jadi lama lagi lah nak dapat jumpa kak maii lagi " katanya manja sambil memeluk leher kakak kesayangannya itu

"alah takpe nanti kak maii cuti semester lagi kita tengok movie sama sama ye " pujuk humaira lembut .. pandai pulak budak ni berdrama

"okay kak maii jangan lupakan hayder tau" tu dia drama sudah mari

"iya kak maii tak lupakan hayder jom kita selfie" ajak humaira lalu mengeluarkan iphonenya dan membuka mode 0.5

estetik siott habis ibu bapanya pun jadi gen z haha

hayder pun mula memasuki kereta diikuti baba dan mamanya selepas menyalami ibu dan ayah serta humaira

kami melambai mereka yang mulai jauh dari pandangan mata

"kamu balik pukul berapa maira" tanya ayahnya

"nanti tengahari dalam pukul 12 macam tu" jawapannya hanya di balas anggukan dari ayahnya

"jom masuk panas kat luar ni" ajak ibunya yang sudah berpeluh peluh itu .. aduhh puteri lilin betul

"nanti sebelum balik makan tengahari di sini dulu ye maira takdela kamu kena masak nanti di sana" kata ibunya sebelum berlalu ke dapur

                    ********************

humaira mula mengangkat turun begnya dan dibawa naik ke bilik rumah sewanya

"hahh I'm homee" jerit humaira sendirian lalu mencampakkan badannya ke atas tilam

sunyi pula rumah ni tiada si dayang .. maklumlah dayang masih berada di rumah ibunya

katanya besok pagi baru dia pulang sini .. tinggal soranglah nampaknya kita malamni

humaira merehatkan matanya seketika nanti petang dia plan mahu pergi berjogging bosan bosan kita healing laa

                   ********************

humaira membentuk tudung bawalnya di cermin biliknya

dia hanya memakai tudung bawal biru gelap dipasang dengan jersey berwarna biru dan seluar tracksuit longgar .. ketat ketat nak buat apa

setelah puas melihat penampilannya humaira turun ke bawah dan mengisi air untuk dijadikan bekalannya nanti bekalan untuk berjogging la bukan untuk ke akhirat  masya allah

humaira mengunci pintu dan berlalu dengan keretanya

setelah tiba di sana humaira terus berjogging dua round tanpa henti sebab kalau dia berhenti henti satu round pun tak lepas

apabila sudah penat humaira duduk di kerusi yang disediakan di sana .. dia memasang headphonennya dan mendengar lagu lana del rey aduu sangat kena dengan vibe

tanpa dia sedar dia sudah pun terlelap di bangku itu

ashraf yang baru sahaja berjogging di sana terpandang gadis yang dia kenali sedang tidur di bangku itu

ashraf pun langsung duduk berhadapan dengan humaira

dia akan duduk disana sehingga humaira terbangun untuk menjaga humaira .. risau jika ada orang yang berniat tidak baik terhadap gadisnya itu nanti

ashraf memerhati segenap wajah humaira dengan penuh minat ..tak dia sangka pertemuan pertama mereka pada 30 oktober 2012 dimana humaira baru berpindah ke sekolahnya membuatkan dia cinta mati terhadap humaira walaupun hanya berumur 11 tahun

dia tidak dapat bersemuka dengan humaira lagi pada umur 13 tahun kerana humaira telah berpindah ke tempat asalnya semula

dia hanya mengetahui khabar berita humaira melalui media sosial itupun tidak banyak kerana gadis itu pandai menjaga privacynya

dia juga turut mendaftar ke universiti yang sama dengan humaira .. dia mengetahui universiti humaira pun daripada ig storynya itupun hanya dalam beberapa minit lalu dipadam kembali

tak lupa juga open house yang diadakan ibu bapa humaira juga diketahui oleh ashraf melalui ig story humaira .. katalah dia obses atau stalker sekalipun dia tak kisah yang penting dia dapat melihat humaira

ashraf diminati oleh ramai wanita namun tiada yang boleh menandingi humairanya .. oleh itu ashraf tidak bergaul dengan mana mana perempuan kerana layanannya hanya untuk humaira nasuha sahaja .. dia juga takut jika humaira marah kalau dia bergaul dengan wanita lain

walaupun humaira mungkin sudah lupa akan kehadiran dirinya

sedang galak ashraf merenung wajah humaira , humaira tiba tiba terjaga dari lenanya membuatkan ashraf segera bangkit dari duduknya dan meneruskan berjogging

10 minit bermakna

humaira yang tidak sedar akan kehadiran ashraf  , hanya meregangkan badannya selamba

"aduh macamana boleh tertidur pulakni"
gumamnya sedikit mamai

melihat hari yang mulai gelap humaira segera mendekati keretanya untuk pulang solat maghrib

selesai solat maghrib humaira membaringkan badannya di sejadah

dia hanya diam membisu di situ

hanya allah sahaja yang tahu akan isi fikirannya

kadang kadang dia tidak tahu mahu mengadu apa dengan Allah jadi dia hanya berbaring sahaja di sejadah sehingga dia puas

setelah beberapa minit berlalu akhirnya humaira bangkit dari sejadah dan melipat sejadah serta telekungnya lalu disidai di tempat yang dia sediakan

humaira turun ke bawah untuk menyiapkan makan malam lalu solat isyak dan terus tidur

esok nak bangun awal nak jumpa dayang  hihaw

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now