~ chapter 37 ~

226 12 4
                                    



humaira membuka matanya perlahan lahan cahaya yang menusuk matanya melalui celah langsir mengganggu tidurnya

humaira bangun lalu menyandarkan kepalanya di atas katil . dia menoleh ke sebelah dan menyadari ashraf sudah tiada

humaira menghembus nafas lega . alhamdulillah ashraf tidak melakukan apa apa kepadanya tetapi di mana lelaki itu sekarang ?

dia memutuskan untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mencari keberadaan ashraf

selesai mandi humaira berjalan ke almari baju untuk memilih baju yang akan dipakainya . dia mencapai gaun maroon gelap paras betis lalu memakainya 

dia memang suka memakai dress tetapi disebabkan dia wajib menutup auratnya ketika berada di luar dia hanya berkesempatan untuk memakai dress ketika di rumah sahaja

selesai merapikan rambut dan memakai skincare humaira turun ke tingkat bawah

memandangkan dia belum menjelajah rumah ini jadi sia sialah jika dia ingin mencari ashraf akhirnya dia pergi ke dapur untuk membuat sarapan nanti mestilah ashraf akan turun juga untuk bersarapan kan

humaira bercadang untuk membuat menu sarapan biasanya iaitu oat yang dicampur dengan yogurt dan buah buahan beserta dengan madu untuk menambah rasa manis

dia tidak tahu jika ashraf mahu memakan makanan seperti itu jadi dia akan menunggu kehadiran ashraf terlebih dahulu dan bertanyakan makanan yang dia ingini

humaira menuangkan susu ke dalam segelas cawan untuk diminumnya

sedang dia menikmati sarapan paginya humaira disapa oleh ashraf yang baru turun entah dari mana

" good morning love " sapa ashraf lembut lalu mula mendekati humaira

" morning . awak nak breakfast apa ? " tanya humaira mula mendekati peti sejuk untuk mengambil makanan

" that you eat " katanya sambil memandang humaira yang cantik mengenakan gaun paras betis itu

humaira pun mula membuatkan ashraf sarapan yang sama dengannya tanpa menyedari renungan ashraf

ashraf terpegun melihat humaira . ternyata inilah kelebihan mengahwini wanita bertudung dia dapat melihat dua sisi humaira yang berbeza

" nah bon appetite " katanya memberikan semangkuk oat kepada ashraf lalu menyambung memakan sarapannya

ashraf menyuapkan satu sudu ke dalam mulutnya kemudian dia berhenti dan merenung ke arah humaira atau lebih tepatnya sudu humaira

humaira yang menyedari akan hal itu memandang ke arah ashraf " kenapa ? "

ashraf merampas sudu humaira lalu menukarnya dengan sudunya 

" let's change spoon " humaira hanya akur dia pun tidak faham motif ashraf yang dia tahu dia mahu makan

sejak dulu lagi dia suka makan melalui bekas mulut humaira itulah sebabnya dia ingin bertukar sudu dengan humaira

" tadi awak dari mana ? " tanya humaira ingin tahu

" gym " oh rumah ni ada gym ke ? hebat !

" awak tak pergi kerja ke ashraf ? " tanya humaira lagi hari ni kan hari isnin tak kerja ke ?

" no I work at home "  boleh pula macamtu kan ingatkan dia bos pun dia kena datang office setiap hari

" then you must be busy " kata humaira lalu menuju ke singki untuk membasuh pinggan

" yeah but if you need me , just call me "
humaira menganggukkan kepalanya . dia sebenarnya nak jelajah rumah ni tapi dia taknak ada ashraf

" no it's okay you need to do your work " ada lah chance dia nak tengok tengok rumah ni sendirian nanti semasa ashraf sedang buat kerja

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now