humaira bersama dengan sepupu sepupunya kini sedang duduk bersantai di dalam pondok kecil sambil memakan buah rambutan hasil jolokan mereka tadi" sedapnya dah lama aku tak makan buah rambutan " kata yanie dengan mulutnya yang penuh dengan sebiji rambutan itu
" kan aku pun dah lama tak makan rambutan " balas humaira pula . di bandar ada sahaja kedai buah buahan yang menjual rambutan tapi semuanya tidak fresh dan manis seperti rambutan di kampungnya itu
" aku tak sangka laki kau pandai jolok rambutan eh mai " kata adam . kepalanya terarah pada ashraf yang baru sahaja muncul dengan sebakul rambutan itu . waih banyak banyak nak bagi siapa lahap
" bapa banyak dia dapat . ish ish maknanya ashraf dah dapat kalahkan kau lah ni ye haikal " kata yanie sambil tersenyum mengejek kepada haikal
sebelum ini haikal lah yang paling handal dan rajin menjolok buah rambutan untuk mereka . namun kini semua telah berubah apabila ashraf dengan mudah dan cepatnya mampu memperoleh buah rambutan yang banyak dalam masa yang singkat
haikal hanya tersenyum walhal dalam hatinya hanya dia sahaja yang tahu betapa geram dan menyampahnya dia terhadap ashraf pada masa itu
" awak ambil banyak banyak ni nak bagi siapa ? " tanya humaira . takkan semua ni mereka berlima sahaja yang akan makan
ashraf menjuihkan bibirnya kepada humaira tanda dia mahu humaira memakan buah itu
" tapi kalau tak boleh habiskan bagilah yang lain dekat kampung " kata ashraf seraya melabuhkan duduknya di sebelah humaira
humaira hanya meng'oh' kan sahaja kata kata ashraf
" eh mai kau mesti dah lama tak mandi sungai kan ? jom kita mandi sungai nanti " ajak haikal yang membuatkan mereka yang lain memasangkan riak pelik . gaya dia ni macam nak ajak humaira sorang je
" e ehm bagus juga idea kau tu kitorang pun dah lama tak mandi sungai ni " kata adam cuba menghilangkan suasana kekok itu
" haah nanti kita pergi sama sama lah kan " kata humaira kepada ashraf seperti ingin meminta izin sekaligus memastikan ashraf turut serta dalam aktiviti ini
ashraf hanya menganggukkan kepalanya kepada humaira sambil menyelitkan rambut humaira yang sedikit terkeluar dari tudung
haikal mengetap rahang . tak payah lah nak tunjuk mesra sangat depan orang
" ah kalau macam tu besok petang petang sikit kita pergi . okay tak mai " tanya haikal lagi kepada humaira . haih mamat ni memang tak sorok sorok yang dia hanya mementingkan kedatangan humaira sahaja
" petang ? okaylah kan ? " tanya humaira pula kepada ashraf . ashraf tersenyum kecil dan sekali lagi menganggukkan kepalanya
haikal menghembuskan nafas geram . apa apa semua nak tanya suami paksa rela dia tu
" korang dua okay ? " tanya humaira pula kepada yanie dan adam
" eh kami okay je tak kesah pukul berapa janji kena ajak " kata adam sarkastik membuatkan yanie memukul pahanya tanda menegur
humaira terketawa kecil faham sangat dengan maksud yang cuba disampaikan oleh adam itu
" eh jomlah balik . sekarang rasanya yang lain mesti tengah ramai kan kat ruang tamu . jadi baguslah kalau kita hantar buah ni sekarang " kata humaira menyuarakan pendapatnya
" haah betul juga tu jomlah " kata yanie seraya bangun dari duduknya
ashraf mula bergerak ke arah bakul yang berisi buah itu untuk mengangkatnya . belum sempat dia mencapai bakul itu satu tangan sudah pun mendapatkannya terlebih dahulu . ashraf mendongak ingin melihat gerangan itu
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...