ashraf terbangun dari tidurnya . dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja malam . jam baru menunjukkan pukul 3:00 pagi ashraf menggosok gosok matanya lalu menoleh ke arah humaira yang sedang tidur pulasdia bersandar pada kepala katil . entah kenapa dia tidak mempunyai rasa untuk menyambung tidur lagi . kalau mereka berada di rumah sekarang pasti dia akan menyambung melakukan kerja ataupun bersenam di gym tapi apa boleh buat mereka sekarang berada di kampung
ashraf mengemaskan rambut humaira yang sedikit menutupi mukanya lalu dia mengusap lembut pipi gebu humaira
tiba tiba dia teringat perbualannya dengan sepupu humaira yang paling dia benci ketika mereka baru sahaja tiba di kampung ini
' jadi cuba kau jujur je dengan aku . korang ni apa . kahwin kontrak ? ke kau paksa dia ? ' tanya haikal penuh yakin sambil berpeluk tubuh ( paragraph terakhir chapter 45 )
" kami kahwin sebab kami mahu . kau ada masalah apa ? " balas ashraf pedas membuatkan haikal berasa sedikit tercabar
" kau tak payah nak tipu aku lah . aku kenal humaira aku tu . dia takkan kahwin dengan lelaki yang dia tak tahu pun asal usulnya " kata haikal lagi dengan muka mengejek . sengaja ingin menaikkan amarah lelaki itu
" nampaknya kau tak lah kenal dengan humaira 'aku tu' sangat " haikal berdecit kecil sungguh lelaki di hadapannya ini dengan tenang mengutarakan kata kata yang amat menyakitkan hati
" perangai kau jangan macam sial sangat eh . aku kenal humaira lebih lama dari kau jadi aku yakin dia tak sayang pun dekat kau dia mesti masih sayang dengan aku cuma kau ada ugut dia untuk kahwin dengan kau kan ? " tuduh haikal lagi . ashraf hanya memandang haikal dengan pandangan kosong seolah olah lelaki itu amat rendah darjatnya . dia ni bukan saingan aku . cakap main sedap mulut sahaja
humaira tak suka lelaki macam ni
" kalau dia sayangkan kau kenapa dia tak kahwin dengan kau ? " tanya ashraf selamba membuatkan lidah haikal terkelu tidak tahu akan jawapan untuk soalan itu
" kenapa bukan kau yang berdiri di sebelah dia masa bersanding ? "
" kenapa bukan kau yang tidur sekatil dengan dia tiap tiap malam ? "
" kenapa bukan kau yang dapat cium dan peluk dia bila bila masa sahaja yang kau nak ? "
" dan kenapa bukan kau yang bakal menjadi ayah kepada anak anak dia nanti ? "
DENG ! terasa seperti satu batu yang besar telah menghempap dirinya pada saat itu . sungguh bait bait perkataan yang keluar pada mulut lelaki ini amat menyakitkan hatinya
haikal yang tidak mahu lagi mendengar kata kata pedas dari mulut ashraf mula beredar dari situ
ashraf hanya memerhati pemergian haikal
mungkin sebab itu lah haikal berusaha untuk mendekat dengan humaira . haikal pasti mahu menunjukkan kepadanya yang humaira lebih selesa dengan dia daripada suaminya sendiri ini
ashraf membuka telefonnya untuk menyemak message . manalah tahu ada hal penting yang ingin disampaikan oleh brendon . tangan sebelahnya bermain dengan jari jemari mulus humaira . sesekali dia mengucup tangan itu
melihat tiada message penting yang masuk dia ashraf menyimpan kembali telefonnya di atas meja lalu dia berbaring semula
tangannya bergerak melingkar pada pinggang isterinya . ashraf membenamkan wajahnya pada ceruk leher humaira . bau wangian pada leher humaira membuatkan ashraf berasa tenang dan dengan perlahan dia mula terlelap
![](https://img.wattpad.com/cover/343183418-288-k657901.jpg)
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...