~ chapter 26 ~

188 9 2
                                    



badan afiq mulai kaku , lidahnya kelu dan jantungnya berdetak laju . sungguh dia tidak menyangka humaira akan merakam suaranya ketika itu . dia sangka gadis itu seorang yang lemah dan dungu sama seperti gadis lain . afiq melirik ke arah ibu dan ayahnya yang sedang melihatnya dengan muka yang marah bercampur kecewa

"kenapa afiq buat ibu macamni nak " ibunya bersuara lirih tidak menyangka afiq akan memperlakukannya sebegitu rupa

"kamu betul betul dah malukan kami afiq" giliran ayahnya pula menyuarakan isi hatinya

"kami sekeluarga memohon maaf kepada encik dan puan serta humaira ya . kami betul betul tak sangka afiq akan berkelakuan tidak matang begini" pohon ayah afiq dengan sungguh sungguh manakala ibu afiq masih lagi terkaku tidak percaya dengan sikap anaknya itu

"afiq minta maaf dengan humaira dan keluarganya sekarang" perintah ayahnya tegas . anaknya itu betul betul sudah melampau . memalukan !

afiq terlihat seperti orang tidak betul . entah kenapa dia seperti kalah dengan permainannya sendiri . "sa - saya minta maaf pakcik , makcik dan umai" afiq sedikit menundukkan kepalanya

afiq yang sedikit insaf tadi kini diselubungi dengan bisikkan syaitan

kau tunggu humaira . macam macam aku boleh buat lagi kat kau

"saya harap awak dah insaf afiq . ingat , bila bila masa sahaja saya boleh report polis dengan rakaman suara awak di dalam telefon saya ni "

"awak better berharap tiada apa apa perkara buruk yang berlaku kat saya lepas ni sebab kalau ada , awak akan jadi suspek utama saya " humaira memeluk tubuh . walaupun afiq menundukkan kepalanya dia masih dapat membaca riak wajah penuh dendam lelaki itu . oleh itu , sebelum perkara buruk berlaku kepadanya selepas ini baik dia ugut lelaki ini awal awal

dia juga sudah membuat salinan rakaman suara tersebut ke dalam komputernya jadi jika telefonnya menjadi sasaran selepas ini bukti tersebut masih ada di dalam komputernya

lelaki di hadapannya ni berdendam bukan main . dia perlu pastikan bahawa dia dapat memegang kelemahan lelaki tersebut

afiq diam mendengar kata kata humaira
dia kini pasrah . humaira bijak mengatur strateginya . tiada lagi cara yang tinggal untuk dia membalaskan dendamnya setelah mendengar kata kata terakhir daripada humaira tadi malah , dia merasa seperti dia perlu menjaga humaira daripada diserang lelaki asing agar dia tidak dianggap dalang disebaliknya

"kalau dah takde apa apa kamu sekeluarga pulanglah dulu ya isteri encik pun nampak tak sihat dah tu" ibu humaira mula bersuara . dia risau melihat keadaan ibu afiq yang kelihatan shock itu

"baiklah kami minta diri dulu" ayahnya berpamitan buat kali terakhir kemudian mula meninggalkan rumah milik keluarga humaira itu

******************

malam itu humaira duduk bersantai di kerusi di luar rumah sambil meminum air koko panasnya

ibunya yang baru keluar itu melihat humaira yang sedang termenung jauh . ni mesti anaknya itu sedang memikirkan hal siang tadi

siapa aku nak bawa pergi reunion nanti eh ? ke aku pergi sorang je ? bukan orang kesah pun asal aku present cukuplah

sedang humaira termenung memikirkan reunionnya minggu hadapan tangannya diusap lembut oleh ibunya

"eh ibu . bila ibu ada kat sini ni ?" tanyanya terkejut . tak perasan pula ibunya datang tadi

"kamu termenung jauh sangat sampai tak perasan ibu datang . teringat peristiwa siang tadi ke ? " humaira hanya tersenyum nipis . tak .

My Childhood Friend Became My HusbandWhere stories live. Discover now