farriq menghirup air fresh orangenya tenang . sesekali dia menjeling ke arah haikal yang kelihatan bertentangan rasa dengannya . tidak tenang dan penuh kegelisahan" oh lupa pula aku nak tanya . kerja yang aku nak melamar ni bahagian apa eh ? " tanya haikal memecahkan kesunyian . dah lah restoran lima bintang ni memang sunyi diorang pun takde bercakap . double kill
farriq ternseyum kecil sebentar sambil meletakkan semula jus orennya
" sebenarnya , kerja yang aku nak tawarkan ni bukannya kerja di office . tapi kau jangan risau sebab gajinya lagi lumayan daripada kerja kerja di office tu " kata farriq dengan nada yang amat meyakinkan
" kerja apa ? " entah kenapa ada sedikit perasaan lega yang dia rasakan apabila farriq berkata begitu . maklumlah dia belajar bukannya pandai mana , sambung belajar pun tidak . mananya ada syarikat yang mahu menerimanya
" sebelum aku bagitahu aku nak tanya kau satu benda dulu " farriq menayangkan wajah serius menandakan isi perbualan mereka amat penting pada masa ini
haikal diam menanti soalan yang akan farriq sampaikan . tiba tiba jantungnya rasa berdebar pula . dia ni kena temuduga awal ke apa ?
" kau sukakan sepupu kau tu kan ? " farriq menjongketkan sebelah keningnya . melihat wajah farriq , haikal tahu dia pasti sudah mengetahui jawapan terhadap soalannya sendiri itu . dia cuma inginkan kepastian
walaupun haikal tahu farriq sudah tahu , entah kenapa dia tidak yakin mahu berkata jujur . apa yang lelaki ni akan buat kalau dia cakap iya ? nak bagitahu humaira atau ashraf ? nak ugut dia ?
lama haikal berdiam diri sebelum dia nekad untuk berterus terang sahaja
" iya . aku sukakan humaira "
" oh jadi betul lah kan , tekaan aku " balas farriq bangga dengan senyuman di bibir
" tapi apa kena mengena kerja yang kau nak bagi aku dengan perasaan aku ni ? takde kena mengena pun kan ? " farriq ni nak bagi dia kerja ke nak main main kan dia sahaja ?
" no , ofcourse ada kena mengena . sangat " haikal hanya melihat ke arah farriq dengan muka kosong . entah kenapa air muka farriq pada saat itu seperti penuh dengan muslihat dan niat jahat
" apanya yang ada kena mengena ? " tanya haikal sambil berpeluk tubuh
" kerja yang akan aku amanahkan kepada kau ni , berkaitan dengan humaira " kening haikal berkerut
" kau nak suruh aku buat apa dengan humaira ? kau nak aku cederakan dia ? tak akan pernah " mendengar hal itu farriq ketawa sinis
" bukan dia sasarannya , haikal " kata farriq dengan sisa ketawanya . apa benda yang lawak sangat ? namun dengan sekejap ekspresi wajahnya berubah serius kembali " husband humaira . ashraf "
" kenapa ? "
" kau mahukan humaira kan ? " tanya farriq kepada haikal . haikal mengangguk kecil . tipulah dia cakap taknak dia dah lama simpan perasaan dekat humaira tapi tidak tahu dimana silapnya lelaki lain pula yang dapat miliki humaira . si ashraf tak guna tu . " macam mana kau nak dapatkan dia kalau dia dah ada suami ? " tanya farriq dia membuat buat gaya seperti sedang berfikir . " tiada cara dah " katanya lagi sambil tersenyum sinis
" kecuali "
" kita pisahkan dia dengan suami dia dengan paksaan " haikal diam mendengar bait bait bicara farriq . dia mahu pisahkan humaira dengan ashraf tapi dalam masa yang sama mestilah ada rasa bersalah yang menumpuk dalam hati dia
" aku tak faham . kenapa kau nak aku buat semua benda ni " keliru haikal . apa kebaikan dan manfaat yang akan farriq peroleh ?
" bukan kah kau yang nak sangat dekat isteri orang tu ? aku nak tolong kau lah ni " balas farriq geram . bengap betul
![](https://img.wattpad.com/cover/343183418-288-k657901.jpg)
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romansbagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...