humaira dan dayang berjalan berpegangan tangan memasuki panggung wayang . masing masing gembira tanpa mengira gegaran dunia yang akan berlaku jika hal ini diketahui oleh ashraf" aku rasa macam dah lama sangat tak jumpa kau " kata dayang memeluk lengan humaira
" kan . macam last kita jumpa masa aku kahwin itu pun aku busy sebab kita bukan tetamu wak kita pengantin " kata humaira mengusap lembut kepala dayang
" ni nanti kita double date lagi nak tak " ajak dayang teruja . tak tahulah kenapa dia suka double date dengan humaira . mungkin sebab dapat meluangkan masa dengan humaira dan dapat melihat kemesraan pasangan itu
" hmm tengoklah aku rasa buat masa sekarang ashraf busy sebab yelah lama kan dia cuti sebelumni . mesti banyak kerja yang dia kena siapkan " kata humaira tidak mahu mengganggu masa bekerja ashraf lagi
" faham . ni aku perasan korang belum honeymoon kan ? " soalan cempumas dayang membuatkan humaira sedikit gelisah . haha kantoi eh
" nanti nanti lah tu . aku tunda sebab aku belum cinta dia sepenuhnya ? "
" ya allah maii . belum lagi ? " melihat kemesraan dan keselesaan humaira ketika bersama ashraf membuatkan dayang bingung . dah comfortable macam tu pun sebenarnya belum fall in love lagi ?
" aku tak pasti . yang aku tahu aku tak menyesal dia jadi suami aku "
" maii aku nampak yang kau selesa dengan dia . percaya aku , buka hati kau untuk dia "
" yelah yelah . tapi mungkin selepas aku buka bilik tu " kata humaira . tangan diseluk di dalam poket seluar . memastikan sama ada kunci itu masih berada dengannya
" bilik apa ? " humaira diam seketika
" lepas tengok wayang aku story " dayang menepuk lengan humaira sedikit kuat . geram !
" kau ni sengaja nak buat aku curious kan time time nak tengok movie ni " humaira ketawa tidak bersalah . sengaja sebenarnya
**********
selepas menunaikan solat maghrib humaira mula menyiapkan diri untuk menonton wayang buat kali kedua pada hari ini
humaira mengenakan baju sweatshirt berwarna biru gelap bersama seluar bootcut hitam
tudung shawl hitam dililit kemas di atas kepala . dia suka memakai sweatshirt jika menonton wayang . takdelah rasa sejuk sangat masa dalam wayang
humaira mencalitkan sedikit lipstick dan memakai mascara . inilah combo yang selalu dia kenakan jika berjalan . kalau nak pakai eyeshadow semua tu kalau ada majlis je
sedang dia bergaya gaya di hadapan cermin telefonnya berdering
melihat nama ashraf tertera pada skrin telefon humaira segera menyambut panggilan itu . kalau scammer kita tak layan sorry
" ellow "
" you ready , love ? " tanya ashraf straight to the point
" sikitttt lagi " kata humaira walhal dia sudah siap dari tadi lagi . cuma masih fikir nak pakai kasut apa je
" I'll be there in 10 minutes . don't rush take your time " kata ashraf lalu mematikan panggilan
dia ni memang habis cakap terus matikan telefon . kalu orang tak kenal dia ni mesti dia dipandang biadap . tapi siapa kesah dia kan orang dihormat
selesai membuat pilihan kasut selama 5 minit dia mula mengikat tali kasutnya . macam comel pula kalau pakai sweatshirt dengan kasut
humaira seperti terdengar bunyi enjin kereta di hadapan rumah . dia mula melangkah ke arah tingkap untuk melihat ke luar
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...