humaira memcelikkan matanya . sedar sahaja dari tidur humaira dapat merasakan benda berat yang melingkar pada pinggangnya . humaira melihat ke pinggangnya . dah agak dahashraf masih lagi lena diulit mimpi . tidurnya begitu lena kerana mempunyai bantal peluk cantik yang dipeluknya sepanjang malam itu
humaira menghela nafas . aduh sabar jelah nasib baik suaminya . dia mula mengalihkan tangan ashraf namun tidak berjaya ish berat betul lah tangan dia ni
kemudian dia tersedar tangan itu tidak boleh dialih bukan kerana berat tetapi ashraf yang menahan . dah bangun rupanya dia ni
" get off me , ashraf it's morning already " kata humaira tangannya masih lagi mencuba mengalihkan tangan ashraf itu
" 5 more minutes " katanya dengan suara serak pelukan pada pinggang humaira semakin diketatkan
ashraf memusingkan badan humaira menghadapnya lalu menyelitkan tangannya di dalam baju humaira . hal itu membuatkan humaira mengeliat kecil . apa benda sejuk dekat belakang badan dia ni
" ashraf awak buat apa " tanya humaira bengang . sejuk tahu tak
" I'm cold and your body is warm so " kata ashraf selamba . tapi memang betul pun aircond dia tu sejuk sangat . tak sangka pula kat kampung humaira ni pun ada pasang aircond
" ee kenapa awak tak suruh saya matikan aircond je " kata humaira menjelingkan matanya ke atas seraya mencapai remote aircond dan mematikannya . boleh pula dia tak perasan yang aircond tu masih terbuka . bazir bil elektrik je
ashraf ketawa kecil melihat humaira yang bengang dengan dia itu
humaira tiba tiba diam . dengan suara serak serak basah dia tu boleh pula dia ketawa . tahu tak hot . tanpa menunggu lama humaira menepis tangan ashraf lalu mula bangkit dari katil . bahaya beb baring lama lama dengan ashraf kalau dia baru lepas baru bangun tidur
selesai mandi humaira duduk di meja solek . dia mula memakai skincare dan menyikat rambutnya . dapat dia lihat ashraf merenung ke arahnya dari pantulan cermin
" kau tak pernah salin baju depan aku kan , love ? " kata ashraf sambil melihat ke arah rambut humaira yang sedang disikat itu . kalau ikutkan mahu saja dia belai rambut itu selalu tapi takut nanti rambut dia pula yang kena tarik
" so what ? " humaira menjongketkan sebelah keningnya . memang dia sengaja pun tak salin baju depan ashraf . badan dia tak lah cantik sangat tapi kalau dia dengan selambanya salin baju depan ashraf dia yakin manalah lelaki itu dapat menahan nafsunya lagi
" can you do it ? I wanna see your body so bad "pinta ashraf separuh merayu tanpa segan silu . humaira dengan pantas berpaling ke arah ashraf dan membuat muka tidak percaya . aku salah dengar ke ?
" ashraf do you realize that you sound like a pervert right now "
" so what ? " ashraf menjongketkan keningnya sambil tersenyum mengejek . haa nak sindir dia lah tu
humaira meminggirkan ashraf . dia mula mengikat sanggul rambutnya lalu mula memakai tudung shawl jersey
" kenapa kau pakai tudung dalam rumah ? " tanya ashraf apabila melihat humaira mula menyarungkan tudung berwarna coklat muda itu
" awak nak bagi sepupu sepupu saya termasuk haikal nampak rambut saya ke , dear ? " humaira berkata sambil menyengetkan kepala . dia tak tahu ke sepupu dia termasuk haikal tinggal di sini sekali ?
mendengar hal itu ashraf membuat muka ketat . dia mula mendekati humaira . humaira hanya diam menunggu perbuatan ashraf
ashraf mula menyelitkan rambut humaira yang terkeluar sedikit dari tudung dan memastikan tudung humaira menutup dadanya
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...