4 | 🔗

1.4K 60 2
                                    

Selepas sahaja menghantar Nel ke hotel,Harraz terus pulang ke rumah mummynya.

Fikirannya runsing mengenai Nel. Dia sendiri tidak pasti mengapa. Tetapi sedikit sebanyak gadis itu berjaya menyuntik satu perasaan di dalam hatinya. This is not love. It just i want to be near her, protecting her at all cost. Perkenalan yang begitu singkat mampu membuatkan seorang Harraz Al-Qadri yang beku berubah.

Di dalam kereta tadi pun Nel hanya mendiamkan diri. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Maka dia memilih untuk berdiam diri kerana malas mengeruhkan lagi air yang keruh.

Kopi di atas meja disisipkan. Percutiannya juga bakal habis. Dia perlu pulang ke Dubai. Menjadi seorang commercial diver bukan mudah walaupun gaji tersangat tinggi namun risiko nya terlalu tinggi. Dia bukan seperti adik beradiknya yang lain meminati bidang bisnes . Ayahnya iaitu Datuk Haziq Al-Qadri tidak habis-habis menyuruhnya menggantikan tempat nya di syarikat.Namun, dia tidak mahu. Dia lebih meminati pekerjaan yang mencabar.   Dia sukakan laut.

"Haz fikirkan apa ? Daripada tadi babah dengan mama tengok mengelamun je tak sudah. " Datuk Haziq dan Datin Qaseeh mengambil tempat di beranda yang Harraz duduk. Ibu bapanya memang 24 jam berkepit walaupun sudah tua. sweet je selalu.

"Tak.. Haz terfikirkan Haider. Cuti Haz masih berbaki lagi sebulan sebelum mula kerja balik. Haz tak mahu bebankan sesiapa untuk jaga Haider."

"Haz.. Babah dah cakap dengan kamu yang ganti tempat babah bukannya pilih pekerjaan yang terlalu berisiko itu. Nanti kalau babah sakit siapa nak gantikan babah. Babah dah tua Haz. Abang dan kakak kamu Hafiya dan Haq dah ada syarikat sendiri Haz. Abang sulung kamu Han dah meninggal dunia Haz. Babah hanya boleh harapkan kamu Haz. "

"No Haz tak nak. Ma, babah tolong faham Haz kali ni je. Haz tiada pilihan lain. "

"Kamu kena fikir Haz. Nanti one day kamu beristeri dan mungkin ada anak . Kamu mahu ke tinggalkan your wife and your child sampai 3 bulan atau 5 bulan. Kerja you berisiko Haz. Mama tak nak hilang you lepas mama dah hilang Han."Datin Qaseeh sebak meluahkan segala yang terbuku di dada. Berharap bahawa anaknya akan memahami mereka. Mereka sudah kehilangan Han Al-Qadri disebabkan oleh kapal terbang yang dibawa oleh anak mereka hilang kawalan. Kakak iparnya juga telah meninggal dunia selepas melahirkan Haider si tembam comel Paksu.

"Babah bagi kamu masa untuk fikir Haz." Jika dahulu dia hanya membiarkan anaknya memilih kerjaya pilihan mereka namun tidak sekarang mereka sudah tidak mampu menanggung risiko untuk kehilangan seorang lagi putera mereka.

"Baik babah." Haz sudah mula buntu. Adakah dia akan mengikuti apa yang kedua ibu bapanya mahukan atau pilihannya sendiri.

"Haz tadi mama nampak Haz dengan seorang perempuan dekat rumah Maklang. Kenapa tak kenalkan mama dengan dia?" Tiba-tiba sahaja bertukar topik ya.

Haz hanya tersenyum apabila teringatkan Nel. Muka bujur sirih, kening pula lebat dan cantik terbentuk berserta alis mata yang agak garang. Badan yang tidak berapa tinggi dalam 160 membuatkan gadis itu lebih sempurna . Nel bukan la kategori yang kecil tetapi sederhana namun baginya sangat cantik. She's not hourglass but pearl body which is more attractive.

"Ouh Nel ke yang mama maksud kan?."

"Berapa ramai lagi perempuan yang Haz bawa? haih sudah gaharu cendana pula anak you ni abang." Datin Qaseeh seakan mengadu dengan Datuk Haziq.

"Only her maa. Haz pun tak tahu. Mula-mula tu Haider yang hilang time Haz bawa dia keluar 5 hari lepas and then Haz jumpa Haider dengan Nel. Guess what?? Haider called her mummy untill now. semalam Haider meragam maa nak jumpa mummy dia. Haz pun ajak la Nel keluar but it turn out Nel ada majlis that need to attend by her so i ikut dia bimbang Haider meragam. Rupa-rupanya majlis Eskandar maa."

SURI HATI HARRAZ AL-QADRIWhere stories live. Discover now