Harraz memberhentikan keretanya di garaj kereta. Dia memandang ke sebelah tempat duduknya. Tidur dah Haider. Cepat betul anaknya tidur. Persis arwah abangnya Han.
Tanpa Harraz sedar, Nel sudah tercegat di depan pintu dengan riak muka yang agak risau. Mana tidaknya. Dia keluar sejak tengah hari pulang maghrib.
Harraz mendukung Haider dengan berhati-hati supaya budak tembam sorang ni tak terjaga daripada tidurnya. Kalau tak mahu menangis dan bahunya juga menjadi sasaran gigitan Haider. Haider ni kalau menangis mahu satu rumah pening kepala nak pujuk. Nasiblah jarang menangis . Sejak ada Nel dalam rumah itu, Haider mudah dipujuk lagi-lagi apabila Nel yang memujuknya.
"Ouh Sayang dekat sini. Kejap jangan tanya apa-apa lagi. abang nak letak Haider kejap. "Harraz senyum tipis dekat isterinya. Tahu Nel belum sejuk lagi.
"Okay." Nel hanya mengangguk. Dalam kepalanya penuh dengan tanda tanya.
Harraz mengambil barang dapur yang dibelinya dalam bonet kereta.
"Sayang boleh tak tolong abang ambilkan barang dekat bahagian belakang kereta?."Tanya Harraz berhati-berhati kerana antara mereka berdua masih belum berdamai.
"Okay." hanya perkataan itu yang bermain di mulut Nel. Hisy keluar sampai malam tapi dia pula yang disuruh untuk keluarkan barang.
Nel bergerak menuju ke kereta Harraz yang diparkir bersebelahan dengan keretanya.
Eh bunga tulip tapi untuk siapa?. Harraz beli untuk siapa?. kek red velvet sedapnyaa. desis hati kecilnya. Untuk siapa semua ini?. Terkejut Nel dibuatnya apabila ada tangan melingkar di pinggangnya.
"For you, Sayang."
"I tak minta pun." balas Nel menyorokkan senyumannya. Dia tak boleh cair lagi.
"Abang yang nak bagi dekat awak. Abang minta maaf untuk semuanya. Abang tahu abang tak mampu putarkan balik masa untuk tak sakitkan hati sayang. Tapi abang tak mampu. I want to make it up to you." Matanya memandang tepat dekat isterinya. Mengaharapkan kemaafan isterinya. Dia tidak sanggup tidur tanpa memeluk isterinya.
Bahu Nel dipusingkan menghadapnya sebelum jarinya bertaut rapat dengan jari isterinya. kekura tangan isterinya dicium lembut.
"Bunga ni untuk i juga ke?."
"Yes.. Tulips putih melambangkan kesetiaan kepada seseorang dan juga kesucian cinta. hehe."
"Eii merapu la you ni." Nel hala pandangan ke arah lain. Segan bertentangan mata dengan Harraz. Perasaan malu bercampur baur.
"Mana ada abang merapu. Abang baca dalam pakcik google tau sebelum beli. Sayang suka?." Pandangan Harraz penug pengharapan.
"Hmm.. wangi."
"Betul-betul la sayang. Sayang suka tak?."
"Ya i suka. puas hati you?. Kenapa bawa Haider keluar sampai malam?." Sengaja Nel cari jalan cerita lain untuk menghilangkan rasa gugup di hati. Harraz memang tahu cara memikat hati wanita.
"Abang pergi beli barang dapur sikit. Haider tu kalau abang tinggal nanti kesian awak nak jaga dia. Sayang kan sakit. How do you feel now?." Genggaman jemari Harraz dan Nel bertaut kemas. Harraz membawa kotak berisi kek menggunakan tangan sebelah kirinya.
"Much better. Thank you."
"My pleasure sayang."
"Erm i pergi letak kek dulu dekat dapur dan panaskan lauk. You pergi naik mandi dan solat maghrib dulu sebab maghrib dah nak habis ni takut tak sempat pula. Nanti turun makan."
"Baik sayang. kanda menurut perintah adinda. "
Sunyi sahaja rumah Tuan Nadhir disebabkan Umar dan Uwais keluar katanya ada urusan. Puan Qaseeh dan Datuk Haziq juga telah pulang petang tadi ke rumah mereka. Sekarang tinggal lah Nel, Harraz, Haider dan papanya. Tuan Nadhir macam biasalah ke Masjid pada waktu maghrib begini. Selepas isyak baru papanya pulang.
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romance-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...