Sudah sebulan Harraz bekerja di darat sejak kepulangannya dari Singapore. Kehidupannya bersama Nel semakin bahagia. Tiada kurangnya. Usia perkahwinan mereka juga hampir mencecah 4 bulan. Dia sejujurnya sangat bahagia.
Nel menyimpan laptop nya di dalam bag dan meja gurunya dikemaskan. Sekarang sudah pukul 6.30 petang. Sepatutnya dia pulang pukul 4.30 petang hari ini. Hanya dia dan seorang sahaja guru perempuan yang baru sahaja ingin pulang ke rumah. Nel terpaksa kerja lebih masa untuk siapkan kertas kerja untuk kursus bulan depan.
Ya Allah dia terlupa untuk bagitahu Harraz tentang kelewatannya balik kerja hari ini. Telefon nya digapai dan dibuka malangnya, bateri telefon nya sudah habis. Macam mana dia nak bagitahu suaminya itu?.
Ya Allah macam mana boleh terlupa untuk bawa kabel telefon ni. Detik hati Nel seorang diri.
Setelah masuk ke dalam kereta, Nel cepat-cepat keluar dari pagar sekolah oleh kerana rasa tidak sedap hatinya hari ini.
"Saya balik dulu ya." Ucap Nel sambil melambai sebelah tangannya ke arah Pak Mat iaitu pengawal keselamatan sekolah.
"Hati-hati puan drive nanti. Kalau boleh puan balik guna jalan simpang satu lagi ya. Pak Mat risau sebab jalan biasa Puan lalu sunyi sikit kawasan lagi-lagi bila nak dekat maghrib." Pesan Pak Mat prihatin. Betul juga apa kata Pak Mat itu. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 6.45 petang. Suaminya itu mesti risau.
"Okay, terima kasih Pak Mat."
Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, Nel sempat membuka roti strawberi yang dibelinya tadi. Dia tak sempat makan apa pun hari ini. Nasib sahaja gastrik tidak datang menyerang kalau tidak memang pengsan pula nanti.
Azan maghrib sudah berkumandang. Nel masih di jalan raya. Disebabkan dia mengikut kata Pak Mat jadi dia perlu lalu jalan yang agak jauh sedikit. Suasana juga sudah gelap. Hatinya gusar. Ya, Nel seorang yang takut untuk memandu malam.
Alhamdulillah tepat sahaja pukul 7.30 malam, dia sampai di rumah. Pintu pagar automatik itu terbuka menyebabkan dia ternampak Harraz yang tercegat menunggu di depan pintu rumah dengan riak wajah yang agak risau.
Enjin kereta dimatikan dan brek tangan di angkat. Nel turun dari kereta bersama beg tangan dan beg laptop.
Belum sempat apa-apa, tubuhnya di peluk kemas oleh Harraz. Suaminya itu hanya diam tanpa kata.
"I minta maaf balik lambat tak bagitahu you." Anak matanya cuba mencari anak mata hazel suaminya namun lelaki itu cepat mengalihkan pandangan.
"We will discuss later okay. Naik atas mandi dan solat maghrib. Nanti turun bawah makan. " Harraz melepaskan pelukan mereka. Beg tangan dan beg laptop isterinya di ambil dan dibawa masuk. Ya, dia juga pelik kenapa dia sebegini. mungkin disebabkan terlalu risau kan isterinya.
Nel hanya mengangguk. Salah dia hari ini kerana pulang lambat dan tidak menghantar sebarang mesej buat suaminya.
Selesai mandi, Nel menyarung sehelai baju tidur tanpa lengan berwarna merah jambu yang mempunyai satu set bersama cardigan satin nipis. Rambut panjang nya dibiarkan mengurai selepas dikeringkan.
Setelah selesai solat maghrib dan isyak, Nel membaringkan badannya di katil mereka. Selesanya. Dalam keletihan, Nel tertidur tanpa mengingati yang dia belum makan dan Harraz menunggunya di bawah.
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romance-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...