15 | 🔗

1K 88 6
                                    

Nel mengikat tali baju mandi nya dan rambutnya yang basah itu disebakkan ke belakang.

Pengering rambut diambil dan suis dibuka. Memandangkan harini dia sudah mula bercuti, jadi dia berkira-kira untuk tidur lewat sedikit untuk membaca novel.

Nel teringat dengan Harraz yang begitu lembut dengannya semalam. Sebelum dia pulang bersama Uwais dan Umar, sempat juga Harraz bungkuskan kek coklat untuknya. Katanya dia buat kek coklat tersebut sudah dua hari dan dia juga menghantar kek tersebut di rumah mama berharap bahawa Nel datang untuk makan tetapi apa kan daya Nel sibuk di sekolah.

"Jadi you buat kek untuk i la ni ya?" Soal Nel sengaja ingin melihat reaksi Harraz.

"Yes, of course la untuk you. I tahu yoi suka kek coklat moist and i did it for you. Lepastu i tanya mama yang you makan atau tak kek tu tapi mama cakap you tak datang rumah dia. "

"I'm sorry Haz. I terlalu sibuk minggu ni disebabkan budak sekolah tengah minggu peperiksaan akhir semester. "

"Its fine. I masih simpan kek untuk you. Sekejap i ambilkan."

Nel mengiringkan badannya ke kiri dan ke kanan. Dia tidak dapat tidur lagi. Entah apa yang mengganggu fikirannya.

Ah esok cuti juga.Namun bukanlah soal kerja yang dia begitu runsingkan akan tetapi ada sesuatu yang berat di mindanya.

Adakah dia benar-benar bersedia untuk menjadi seorang isteri dan juga seorang ibu kepada anak-anak mereka nanti?. Ukail juga bagi green light apabila tahu mengenai perkara tersebut setelah Uwais yang bocor rahsia semalam. Harraz juga rakan baik Ukail jadi pasti abangnya itu sangat mengenali Harraz.

Tanggungjawab yang begitu berat bertambah pula dengan pekerjaan Harraz yang akan meninggalkannya dengan begitu lama tanpa mengira waktu. Mampukah dia kuat tanpa suami di sisi? mungkin tidur malam bertemankan air mata namun, tiada sesiapa yang akan memujuknya malah mendodoikannya tidur.

Akhirnya Nel terlelap dengan persoalan yang bermain di mindanya.

••••••••••••

Nelysa hanya membiarkan ketukan yang bertalu-talu di pintu biliknya. Pasti Uwais tak pun Umar yang diarahkan oleh Tuan Nadhir untuk mengejutnya bangun.

Awal lagi la. lagipun hari ini Cuti kan, of course la nak qada tidur yang tertunda.

"Kak Nel cepat la bangun. Dah pukul 9 pagi ni. Tak elok la anak dara tidur sampai naik matahari." Bebel Umar di luar pintu.

Nel menarik comfoter yang agak tebal berwarna hijau lembut itu untuk menutup tubuhnya. Lantak kau la Umar, Kakak nak sambung tidur.

Namun baru sahaja dia ingin menyambung semula tidur nya, Suara tegas Tuan Nadhir kedengaran di luar pintu.

"Nelysa Haura binti Tuan Nadhir, lebih baik Nel bangun sebelum papa buka pintu bilik Nel dengan kunci pendua dan biarkan Haz tengok bakal isteri dia ni macam mana. " Tegas suara Tuan Nadhir tidak mampu menggerunkan seorang Nelysa Haura namun, yang membuatkan dia bingkas bangun ialah apabila papanya menyebut nama Harraz.

"Nel, papa kira sampai 3, kalau Nel tak buka pintu bilik ni then, im sorry dear. " Kedengaran juga gelak tawa Uwais dan Umar. Celaka punya adik. Sempat kau gelakkan aku eh. Siap kau nanti aku kerjakan dekat dapur dengan bawang biar menangis terus.

klakk. Nel cepat sahaja membuka pintu biliknya dengan keadaan dirinya yang masih berbalut comforter. Dia terpaksa membalut dirinya dengan comforter disebabkan dia hanya memakai night gown yang pendek.

"Yes, paa. Nel dah bangun dah ni. "

"Sekarang pergi mandi dan bersiap pakai baju yang agak sopan sebab kita ada tetamu nanti."

"Tetamu?. Hari ini cuti kan papa. Siapa nak datang pula ni."Rungut Nel.

"Haz ada dekat bawah dengan Haider. Apa nak jadi la dengan kamu ni Nel. pukul 9 pagi tapi masih lagi terbongkang. Haih sayangku intan payung papa, pergi mandi cepat-cepat dan turun bawah."

Hah!! Harraz datang rumah papa? Kenapa pula ni ya allah. Jangan lah Harraz bawa apa-apa dugaan atau bencana buat dirinya. Eh. Dia hampir terlupa lamarannya semalam. Ya allah. Lupa lagi.

"Baik papa. Nel minta maaf dah menyusahkan papa. Lepas ni Nel dah tak sambung tidur lepas subuh. Janji." Tangan diangkat seperti tabik hormat sambil tersengih-sengih menghadap Tuan Nadhir. Tuan Nadhir hanya menggelengkan kepalanya. Apa nak jadilah dengan anak perempuannya ini. Kadang-kadang perangai kebudak-budakan itu masih ada.

"Okay papa pegang janji Nel. Sudah cepat bersiap. Papa turun bawah dulu ." Kepala Nel digosok perlahan tanda sayang dan berlalu pergi daripada bilik itu.

Pintu biliknya ditutup dan comforter dikemaskan bersama cadae di atas katilnya. Rambutnya disanggul tinggi sebelum dia masuk ke dalam bilik mandi.

Nel mengenakan sepasang dress yang kelihatan sangat simple bercorak bunga kecil. Rambutnya dilepaskan sahaja harini. Tidak berniat untuk mengikat mahupun menyanggul kerana rambutnya berhak untuk bernafas juga. Makeup juga hanya nipis sekadar menaikkan seri di muka.

Kakinya dituju ke ruang tamu rumah agam tersebut memandangkan papa cakap ada tetamu. Tidak manislah kalau dia terus ke dapur dan melantak.

Papa tiada pula tetapi yang ada hanya lah Harraz yang duduk di sofa bersama sekeping surat khabar. Surat khabar papa mungkin?.

"Erm Hi. " tegur Nel sekadar berbasa-basi sambil mengambil tempatnya di hadapan Harraz.

"Well hi my beautiful sleepyhead. Kesian jugak i tengok si kembar kejut you bangun tidur dari pukul 8.30 pagi. Lepas kahwin nanti kalau nak kejutkan you tidur, tahulah i nak buat apa nanti."

"You nak buat apa? simbah air ke ? Memang you tempah maut Haz." Jawab Nel geram. Ish malu lah depan bakal suami macam ni. Soal tidur pun dia sudah gagal.

"No, of course not. I akan buat lembut-lembut je. Sebagai contoh, maybe i will kiss your luscious lips or gigit sikit my favourite part of your body ." You didnt know how well i am with waking up a pretty little thing like you. Surat khabar ditutup.

Meremang bulu roma Nel melihat sisi Haz yang ini. Sisi Harraz yang menggoda dan dia juga hampir tergoda. Ah jangan ternoda sudah nanti. Pipinya juga sudah seperti tomato ketika ini.

"Haz.. i..i .. Apa kata kalau kita pergi luar rumah. I nak tahu juga apa yang papa dan babah , mama you bincangkan. i think we should be there. "Nel melarikan topik. Ya! dia tidak sanggup berhadapan dengan Harraz yang menggoda ini. Mahu dia jatuh lagi sekali.

Nel bangun dan diikuti oleh Harraz di belakangnya. Belum sempat Nel membuka pintu rumah, Pinggangnya ditarik rapat sehingga belakang nya bersentuhan dengan dada Harraz. Rapat. Dia tidak pernah serapat ini dengan mana-mana lelaki yang bukan muhrim. Dadanya berdegup kencang.

"I betul-betul maksudkan apa yang i cakap tadi munchkin. I would do everything just to get a taste with your luscious lips, baby." Harraz yang menggoda.

Nel akui dia tidak pernah melihat Harraz seperti ini. Lain macam sahaja. Selama ini tidak pula Harraz menggoda lebih-lebih. Hari ini boleh lemah lututnya. Nakal. Berada sedekat ini dengan Harraz membuatkan hatinya tak keruan.

Selepas daripada itu Harraz melepaskan rangkulannya pada pinggang Nel dan bergerak keluar ke arah beranda terlebih dahulu.

Harraz tersenyum kemenangan. Jarang Nel hanya akur padanya. Kebiasaannya pasti bergaduh ataupun sedikit melawan. Mungkin selepas kahwin nanti dia akan menggunakan taktik lembut ini untuk meruntuhkan benteng Seorang Nelysa.

Nel cepat-cepat berpegang kepada tombol pintu. Dia tidak kuat untuk menahan godaan seorang Harraz Al-Qadri. Habislah aku lepas kahwin nanti. Baru sedikit godaan Harraz namun dia sudah terketar-ketar. Apatah lagi nanti kalau... Ah kepala kuning dan biru dia sudah jauh ni.

Entah-entah Harraz boleh menjadi lebih menggoda selepas kahwin nanti. Mati lah dia sebab sesak nafas digoda suami.

Ah dia benci Harraz yang menggoda ini. Ek suka je la cuma simpan dalam hati.


Hehe here Harraz yang menggoda for my lovely readers 🫶🏻🫵🏻
vote tau and komen la ya sebab saya suka la baca komen yall 😂

to be continued

SURI HATI HARRAZ AL-QADRIWhere stories live. Discover now