21 | 🔗

664 51 1
                                    

Suasana malam yang kian sunyi terasa ditambah pula dengan tiupan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa. Nel memandang sekali lagi ke arah telefon bimbitnya. sudah sebulan setelah pemergian Harraz ke Singapura namun, tidak sekali pun lelaki itu menelefonnya.

Jika mahu sedih pun dia tak mampu. Dia yang menerima keputusan untuk mengahwini lelaki itu.

Tidak rindukah Harraz terhadapnya?. Kerana seorang Nel sangat merindui Harraz. Sibuk sampai tiada masa untuk seorang isteri?. terasa? ya memang dia terasa.

Dia selalu menelefon lelaki itu tapi satu pun tidak dijawab. hatinya sering berkata mungkin internet suaminya tidak elok di kapal. tetapi tak akan la selalu tidak elok. pasti akan ada hari yang elok.

"amaaa..hikss hikss.." Nel bingkas berjalan masuk ke dalam biliknya apabila terdengar suara Haider menangis. Sliding door balkoni biliknya ditutup dan dikunci.

"Ya sayang. kenapa ni Haider. " Plushie lotso nya yang kini menjadi kegemaran Haider diletak di tepi. Badan Haider diambil dan dipeluk. Digosok perlahan-lahan belakang budak tembam itu.

"Sayang mama kenapa ni. Haider takut ya tidur sorang? " Melihatkan Haider yang seperti tidak mahu berhenti menangis menyebabkan Nel juga turut risau. Risau dan penat bercampur-baur. Setiap malam Haider menangis mahukan Harraz.

Dia juga terpaksalah menipu yang Harraz sibuk kerja.

"Babahhh.. nak babahhh.. babah cakapp pergi sekejap..babah tipuuu." Haider menangis seperti tiada hari esok.

"Haider sayang mama tak? "

"Hikss haider sayangg amaa." balas Haider sambil tersedu-sedu.

"Kalau Haider sayangkan mama. no more crying okay. Babah tak suka Haider menangis. Nanti babah sedih kalau dia tahu Haider menangis. "

"Otay mama. im sowwyy." Leher Nel dipeluk kemas oleh Haider. Memandangkan sekarang sudah masuk cuti sekolah jadi Nel juga berfikir lebih baik untuk dia tinggal terus di rumah puan Qaseeh. Ada la juga Haider peneman untuk bermain iaitu Datuk Haziq. Datuk Haziq sering bermain bersama Haider terutamanya pada waktu cuti.

"Jom tidur. mama dodoikan ya. " Kebiasaannya dia akan menceritakan cerita-cerita daripada buku kanak-kanak tak pun dia akan menyanyikan lagu. Tetapi haritu Puan Qaseeh cakap jika mahu Haider lebih mudah tidur kena mengalunkan zikir kerana Harraz selalu berbuat demikian untuk menidurkan Haider.

Tidak mengambil masa yang lama untuk Haider kembali ke alam mimpi.

Air mata Nel sekali lagi menitis. Peritnya menanggung semua beban di bahu seorang diri. Dia tidak menyesal menjaga Haider kerana dia sendiri sudah menganggap Haider seperti anak kandungnya sendiri. Pelik sejak kebelakangan ini dia semakin emosi. Dia yakin ini salah satu faktor dia mahu datang bulan.


Singapura.

"Tuan menurut anak kapal di sebelah barat , mereka sudah diserang oleh kumpulan lanun. Jadi bagaimana dengan platform pelabuhan kita sekarang Tuan?." Soal Ghafir salah seorang anak buahnya merangkap naib penolong komersial perkimpalan laut.

"Kumpulkan semua di tengah-tengah platform sekarang kerana saya akan memaklumkan apa persediaan kita jika perkara tersebut berlaku. " Arah Harraz dengan tegas. Dia begitu gusar jika platform mereka ini dicerobohi oleh lanun. Pasti nanti ada yang tercedera dan dia akan disalahkan. Pembaikian paip di bawah laut juga sudah selesai. Jika mereka selesai maka, cepatlah misi kali ini selesai dan dapatlah dia berjumpa dengan isterinya.

Otaknya melayang memikirkan isterinya. Sudah sebulan dia tidak mendengar suara Nel dan Haider. Rindu yang membuku dan semakin memberat di dada menyebabkan dia mahu menghabiskan kerja dengan secepat mungkin.

Bukan dia tidak mahu mengangkat panggilan telefon isterinya namun, keadaan di laut yang tiada capaian internet sering kali menjadi masalah utama di sini. Hanya voicemail isterinya yang menemani tidur malamnya di sini. Suara Nel yang terkadang serak seperti menangis menyebabkan hatinya lagi tersentuh dan tidak keruan jika boleh dia mahu terbang pulang ke Malaysia sekarang juga.

"Tuan semua dah berkumpul seperti yang diarahkan." Ghafir datang kembali untuk memberitahu tentang perjumpaan mereka.

"Baik. Jom ke sana." Harraz membetulkan coverall yang membaluti tubuhnya itu dan melangkah ke tengah platform yang telah menempatkan lebih kurang 60 orang.

"Selamat pagi semua. Pagi ini kita telah digemparkan dengan berita pencerobohan lanun terhadap anak kapal kita di sebelah barat. Saya mohon semua bertenang dan bersiap sedia kelengkapan kita kerana platform kita akan berlayar tengah hari nanti menggunakan tenaga enjin yang kuat. Enjin yang kuat dan berkuasa tinggi ini bertujuan untuk menghasilkan ombak laut yang kuat dan sekali gus dapat menghalang lanun untuk mendekati platform kita."  Terang Harraz panjang lebar. Menjadi ketua bukanlah sesuatu yang mudah. Dia perlu berfikir panjang sebelum membuat sesuatu keputusan.

"Ada sebarang bantahan atau cadangan?"

"Tuan, Pelayaran kita ke mana selepas ini? Adakah kita akan terus ke tempat pelabuhan?."

"Ya. memandangkan kerja sudah selesai jadi kita akan pulang ke darat buat masa sekarang. Ombak juga semakin kuat sekarang dek kerana musim tengkujuh yang kian tiba."

Semua di kapal bersorak kerana dapat pulang ke darat. Mereka juga risau untuk bekerja pada waktu sekarang. Ombak kian mengganas dan laut yang seperti mahu menelan isi bumi.

"Jika tiada pertanyaan atau bantahan. Perjumpaan ini selesai. Saya mohon semua membuat persediaan sebelum platform kita ini berlayar." Pesan Harraz sekali lagi sebelum kakinya diorak ke dalam biliknya.

Sedikit lagi masa untuk dia pulang ke darat. Walaupun tidak pulang ke Malaysia, Namun dia tetap suka kerana di darat ada capaian internet yang bagus.

Di Pantri platform.

"Kacak kan Tuan tadi." Kata seorang perempuan kepada perempuan satu lagi. Hanya 4 orang perempuan yang berada di kapal ini memandangkan bidang pekerjaan ini sangat sukar untuk menjumpai seorang wanita.

"Kacak tu memang lah kacak tapi aku ada dengar Tuan cakap dengan Ghafir yang dia rindukan isterinya."

"Sejak bila Tuan kahwin? kenapa tak dijemputnya kita ke kenduri kahwinnya."

"Mungkin ada lah tu sebab kenapa."

"Tapi kan baru kahwin seorang maksudnya aku boleh la. jadi yang kedua pun tak mengapa asalkan suami aku tu Tuan. Dah lama aku sukakan dia sejak mula-mula dia dipindahkan ke unit kita."

"Kau jangan nak buat kerja gila Farah. Dia tu dah kahwin."

"Lelaki boleh kahwin empat kan?. kuota masih ada tiga."

"Berangan lah selagi boleh. Tuan tu pandang kau pun tidak apatah lagi nak bercakap dengan kau."

i'll make sure i will get him one day



terima kasih semua yang sudi menunggu saya untuk update cerita ini. minggu ni in sha allah ada 2 update. Thank you semua. jangan lupa untuk vote gaiss❤️🤭

SURI HATI HARRAZ AL-QADRIWhere stories live. Discover now