Sejak pagi tadi, Nel hanya membisukan diri. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Tuan Nadhir hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai anak perempuannya seorang itu. Tahulah dia antara Nel dan Harraz ada sedikit salah faham, mana tidaknya, sejak tadi dua orang ini diam sahaja.
Nel bukan tidak nampak yang Harraz cuba untuk bercakap dengannya sejak pagi tadi namun, dia pura-pura sibuk. Dia tengah marah jadi lebih baik diam sebelum mulutnya ini akan menyakiti hati mana-mana pihak. Dia pun tidak tahu apa yang dia patut rasa sekarang. Dia bukan marah tapi lebih kepada kecewa disebabkan oleh Harraz yang selalu menyorokkan semua perkara daripada dirinya termasuklah tembakan di bahu suaminya itu.
Dia tahu daripada Uwais disebabkan Uwais terkantoikan pagi tadi.
"Sayang.. Sampai bila nak diam dengan abang macam ni?"
Harraz mengambil tempat di sebelah isterinya. Masalah mereka perlu diselesaikan sebelum mamanya membebel di telinganya nanti. Dia juga tak suka bergaduh dengan isterinya. Baru pulang dari Singapura, sudah lah dia belum hilang penatnya lagi.
Nel hanya diam. Nel bangun dan menuju ke arah sinki untuk mencuci gelas yang digunanya untuk minum susu. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi meninggalkan ruangan dapur tersebut, tangannya di sambar dari belakang.
"Apa tarik-tarik orang ni. Kalau jatuh macam mana?." Marah Nel.
"Kalau jatuh abang ada untuk sambut. Kenapa marah-marah ni sayang? abang ada buat salah ke?"
"Ish lepaslah. Jangan pegang la tangan i."Nel buat tidak dengar sahaja soalan Harraz. Ya dia nak Harraz sendiri mengaku tanpa perlu dia sendiri nak tanya atau jawab.
"Kita dah janji untuk communicate bila ada sesuatu yang menganggu kita sayang." Kata Harraz lembut. Jemari Nel masih di dalam genggaman Harraz. kemas.
"Ouh, communicate. 2 bulan you tak angkat satu pun panggilan i. I call tapi satu pun tak berjawab. I understand maybe internet dekat sana tak okay tapi tak boleh ke you sekurangnya update dekat i?. You are the one who started this war between us." Nel melepaskan segala yang terbuku di dadanya.
Harraz hanya diam memberi ruang untuk sang isteri berbicara segala yang terbuku di dada.
"Lagi satu, kalau Uwais tak terbagitahu i tentang tikaman di bahu you, i rasa you akan sorokkan daripada i sampai bila-bila. i tak nampak pun good communication dalam hubungan kita Haz. "
Harraz menarik nafas sedalamnya. Dalam keadaan mereka sekarang ini, dia perlu berjaga-jaga sedikit kata-kata yang dia keluarkan. Salah dia juga sebenarnya.
" Sayang.." lembut intonasi yang digunakannya. tangannya naik meraih dagu isterinya supaya memandang mukanya. Nel terus mengalihkan pandangan ke arah lain.
"I agree with everything you have said about me. Abang minta maaf sebab tak angkat call sayang. Abang tak boleh angkat call sayang sebab setiap kali abang cuba nak angkat selalu sahaja terputus rangkaian. im really sorry sbb tak update sayang semua benda. Abang tahu salah abang. Tentang tikaman di bahu abang, Im really sorry for keeping it as a secret. Abang tak nak sayang risau tentang abang. Sometimes, you worried too much sayang. Papa tahu sebab orang kanan abang yang bagitahu. Abang minta maaf sebab selama sayang jadi isteri abang sayang selalu rasa abang berahsia." Harraz meraih telapak jari Nel dan dicium nya lama.
Nel hampir goyah dengan pujukan Harraz. Dia tidak nafikan Harraz sangat tenang dalam menyelesaikan konflik antara mereka.
"I tak tahu Haz. I cuma nak you tahu yang you sekarang dah ada isteri. You're not a single man. You buat i macam tak wujud. I tak tahu. I perlukan masa sendirian." Ego. namun dia juga perlu mengajar Harraz supaya selepas ini mereka tidak berahsia sesama sendiri.
"Okay. Take as much time as you want but please.. Jangan layan abang macam ni depan papa dan Haider."
"Papa dah tahu Haz. So what's the matter?"
"Abang faham sayang marah. Nanti mama nak datang makan sama-sama. Hopefully, sayang boleh bagi kerjasama." Nel cuba mengawal dirinya apabila dipandang oleh mata hazel Harraz yang semakin lembut renungannya seakan berharap. Mata Harraz sama sahaja dengan Haider, dia tidak mampu menolak.
Ouh nak pura-pura bahagia konon. Nel pun tidak faham kenapa dia begitu marah dengan Harraz walaupun jauh di sudut hatinya dia kesian juga dengan Harraz lagi-lagi apabila mendengar tentang berita tikaman di bahu suaminya. Cuma dia kecewa. Dia sepatutnya orang pertama tahu benda sebegini bukannya semua orang turut serta dalam menyorokkan hal besar sebegini.
"fine. But no touching and hugging me ." Nel membuat syarat demikian padahal dia juga yang merana nanti disebabkan rindu. Dia sengaja ingin memprovok Harraz.
"Sayangggggggg.." Panggilan Harraz semakin manja seakan merayu. Lemah lutut Nel dibuatnya.
"I cant do it. I need to hugs you more and touch you. i cant stop myself sayang. Abang rindu la sayang."
Harraz merenung lembut ke dalam anak mata isterinya. Cuba meraih simpati. Tak pegang Nel selama beberapa jam pun boleh gila dia dibuatnya jika dia sebumbung dengan isterinya namun jika dia kerja itu berbeza. Tidak peluk isterinya lagi la boleh buat seorang Harraz Al-Qadri meroyan macam kucing hilang anak.
"No. You nak i maafkan you atau tak?." Nel memandang ke arah luar jendela.
Harraz menghembus nafas lemah. Terpaksa la dia mengalah kalau tidak memang ke sudah bergaduh nya. Salah dia juga.
"Baik. Abang akan menurut perintah. Take as much time as you want sayang. I have tried my best to tell you everything. Tapi sayang, awak pilih untuk ego lebih daripada memaafkan abang. Abang faham awak perlukan masa. This is not a big deal compared to what had happened to me 4 weeks ago. Abang naik dulu. " genggaman jari nya yang bertaut dengan Nel dilepaskan jua. Dia tidak marahkan isterinya cuma dia sedikit penat atas beberapa faktor. Minggu depan juga dia akan ke hospital untuk membuang ikatan pada bahunya.
Nel terduduk di kerusi meja makan. Salah dia juga ke. Salah ke dia nak rasa kecewa?. Atau dia yang terlebih sensitif. Niatnya bukanlah sehingga seminggu ingin menghukum Harraz cuma dia tidak boleh berada dekat dengan suaminya pada waktu ini walaupun jauh di sudut hatinya dia rindu.
Air matanya yang keluar dikesat sebelum dia cepat-cepat bangun untuk naik ke bilik apabila mendengar tangisan Haider. Namun. baru sahaja dia bangun, matanya gelap dan terasa dirinya juga rebah ke bumi.Faktor darah rendah.
"Abang Haz!!! Kak Nel.. Kak Nel pengsan." Laung Umar dari ruang makan supaya Harraz mendengar.
"Allahuakbar.." Harraz berlari ke arah dapur sambil mendukung Haider di dukungan.
"Umar tolong dukung Haider sekejap. Abang nak angkat Kakak." Umar hanya menurut. Haider telah bertukar tangan.
"Sayangg.. Hey wake-up.." pipi isterinya ditepuk perlahan seakan menyedarkan wanita itu.
Tubuh Nel dibaringkan di bilik mereka. Nombor doktor peribadi keluarganya didail.
"Nanti aku send dekat kau location rumah. Datang sekarang tau." Lalu panggilan telefon ditutup.
To be continued.
hi sayang saya semua. sorry lambat update sebab terlalu busy ya. in sha allah raya nanti ada update hehe. Selamat berbuka puasa semua❤️
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romance-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...