Seusai Harraz menyuapkan bubur ayam bersama isi ketam kepada Haider, dia menidurkan Haider di sofa tersebut. Mata Haider juga sudah kuyu. Entah apa yang dicakapkan Nel kepada Haider tapi budak itu harini senang sahaja untuk makan ubat. Kebiasaannya liat . Pernah juga Haider cakap ubat tu akan buat dia lagi sakit. Haih sumber daripada mana kau ambil ni Haider.
Punggung Haider ditepuk perlahan seperti menidurkan seorang bayi. Tidak mengambil masa yang lama untuk Haider tidur nyenyak di atas sofa tersebut. Badan Haider diselimutkan dengan selimut tebal.
Dulang yang berisi mangkuk itu dibawa ke dapur. Matanya dihalakan ke arah jam pada dinding rumahnya. sudah pukul 5.15 petang. Rasanya sudah setengah jam Nel menggunakan tandas. Lamanya.
Tiba-tiba hati Harraz tidak tenang. Baru dia teringat wajah Nel yang pucat tadi. Adakah Nel juga sakit?. Dulang diletakkan di tepi sinki dan kakinya laju bergerak naik ke tangga menujuk ke bilik solat.
Pintu bilik solat ditolak. Mata nya melilau mencari kelibat Nel sehingga lah dia sampai di depan pintu tandas. Astaghfirullah Nel.
"Nel... Open your eyes.. "Pipi Nel ditepuk perlahan.
"Nel jangan buat i risau macam ni..Sayang open your eyes."Melihatkan Nel yang kaku tanpa sebarang reaksi Harraz terus mencempung tubuh Nel ke biliknya.
Perlahan-lahan tubuh Nel diletakkan di atas katilnya. Dia buntu sama ada mahu menelefon doktor atau tunggu sahaja sehingga Nel sedar. Nombor telefon Uwais didail. Mahu ditelefon Ukail tetapi dia yakin Ukail tengah berkursus lagi.
Mata Harraz ralit memerhati raut wajah Nel. Terlalu cantik untuk dia ungkapkan menggunakan mulut. Alis mata yang garang dan tebal. Bibir yang mungil seperti memanggil dia untuk menggigit bibir tersebut. Namun, dia masih ada iman. Dia tak akan sentuh Nel selagi Nek belum menjadi haknya.
"Assalamualaikum Uwais."
"Waalaikumusalam abang Haz. Kenapa call Uwais ni. Nak tanya tentang kak Nel eh?" sempat lagi si Uwais ni bergurau.
"Tak, bukan macam tu. Abang nak minta tolong Uwais datang rumah abang sekarang. Kak Nel pengsan. Abang pun tak tahu kenapa ni."Sungguh Harraz buntu.
"Hah!! okay baiklah Uwais dan Umar datang sekarang . Abang jangan apa-apakan kak Nel."Sempat lagi Uwais berpesan.
"Ye baiklah Uwais. " panggilan ditutup.
Wajah Nel kembali direnung oleh Harraz. Pengsan pun cantik. Kenapa ayu sangat ni dengan berbaju kurung nya . Ini lah yang makin buat dia jatuh cinta. Namun, cintanya tak terbalas. sakit hanya Allah yang tahu.
3 minggu, dia hanya memandang Nel daripada jauh. Kadangkala dia hanya memerhati Nel yang bermain dengan Haider di rumah mama dari tingkat atas. Hatinya semakin tidak kuat untuk berdepan lagi sekali dengan Nel selepas 3 kali cintanya ditolak.
Istikharahnya terjawab apabila sudah 3 malam bermimpi Nel yang hadir dalam mimpinya. Dia yakin Nel adalah jodoh yang dikirim tuhan untuknya. Namun, biarlah takdir yang menentukan segalanya.
I sayangkan you sangat-sangat Nel sehinggakan i tak nampak langsung perempuan lain di dunia ini selain daripada you. Walau sebanyak mana pun masa yang you perlukan, i akan tunggu.
Tetapi Harraz hanyalah lelaki biasa yang mencintai perempuan yang baginya luar biasa.
"Ouch.. i.. i dekat mana ni?"Nel pantas melihat badannya di bawah selimut. Alhamdulillah. masih tersarung baju yang dipakainya tadi. Matanya pula memerhati sekeliling bilik itu. Sangat besar dan cantik. Kemas.
"Sandarkan badan you dekat bantal Nel. You ada dalam bilik i dan buat pengetahuan you i hanya tolong you sebab you pengsan."
"Haz.. i.."Ayat Nel tergantung sepi. Entah kenapa dia rasa begitu sedih. Sebenarnya dia sendiri pun keliru . Ya dia sedih sebab dilayan dingin malah dia seperti sudah tidak mengenali siapa lelaki di hadapannya ini.
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romance-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...