Harini Nel mengenakan blouse berwarna cream dan pencil skirt berwarna cream yang agak mengikut bentuk punggungnya namun tidaklah terlalu ketat . Blouse nya juga agak besar sesuailah dipadankan dengan skirt tersebut.
Rambutnya digayakan Messy bun dan diselitkan pengepit rambut bunga yang kecil di celahan Bun rambutnya. Rambutnya juga di spray dengan Hair mist supaya berbau wangi tidaklah kepam.
Memandangkan hari ini hari Sabtu jadi dia buat keputusan untuk pulang ke rumah papanya. Papa pun ada mengatakan bahawa dia adakan makan malam dengan keluarga sahabatnya. Katanya sahabat lama.
Rumah Agam yang sudah lama dia tidak jejaki selepas pulang daripada London. Keretanya diparkir di sebelah kereta abang Ukail. Aduh kenapa la abang Ukail ada hari ni. Nasib dia sampai awal lagi . Kalau tidak mahu disembur oleh abang Ukail sebab lambat.
"Assalamualaikum..Papa oo papa. Nel dah sampai ni paa" Sunyi pula rumah ni . Ataupun Tuan Nadhir ada hal di pejabat.
"Waalaikumusalam Nel. Baru nampak batang hidung hari ni eh." Tiba-tiba sahaja abang Ukail datang dari arah dapur bersama air susu di tangan. Euw orang tua minum susu.
"Mana papa ? Nel tak nampak pun daripada tadi. kereta pun tiada."
"Papa ada hal di pejabat. nanti petang sikit dia balik. Ni Nel nak ke mana ni?"
Abang Ukail melabuhkan punggungnya di atas sofa."Nel nak masak la . Papa cakap malam ni ada tetamu. "
"Haah la memang ada tetamu pun. Bagus la kalau Nel nak masak. Masak sedap-sedap tau Nel. Abang lama dah tak makan masakan Nel."Nel hanya tersenyum dengan Ukail yang tiba-tiba pula baik dengannya. Kalau bab makan memang boleh serahkan dekat abang Ukail. Sesiapa yang mahu berkahwin dengan abang Ukail wajib pandai memasak sebab abang nya seorang itu sangatlah kuat makan.
"Abang Ukail jom la teman Nel masak. Nel sunyi ni." Nel menjerit dari dalam dapur memanggil Ukail yang sibuk melayan Bola di depan tv.
Setibanya Ukail di dapur, dia disuruh untuk memotong bawang . Namun, lain pula jadinya.
"Nel air mata jantan abang dah keluar ni. Nel kenapa bawang ni buat abang nangis."Nel dah terbahak-bahak dah depan kuali. Haih suruh potong bawang pun dah nangis. Ingatkan tentera kuat sangat.
"Nel abang panggilkan kembar sekejap biar diaorang pula tolong Nel. Dua malaun tu asyik terperap je dalam bilik gaming. Penat abang nak marah Nel."Ukail meluahkan rasanya ditambah pula dengan hirisan bawang yang menyebabkan air mata abangnya itu keluar. Drama betul si Ukail ni.
Apabila kelibat Ukail hilang, Nel pun sambung memasak. Hari ini dia akan membuat Nasi kerabu memandangkan itu adalah salah satu menu kegemaran papanya. Ayam diperap terlebih dahulu tadi sebelum dia memasak nasi.
Untuk manisan ataupun dessert, Nel hanya membuat dua jenis iaitu kek coklat dan pavlova. Pavlova mengingatkan dia tentang seseorang namun, dia lupa. Tetapi dia tahu pavlova adalah kesukaan seseorang.
"Kakak rindunya Uwais dengan kakak. kenapa tak bagitahu kakak balik harini, kalau tak Uwais dengan Umar boleh datang jemput kakak." Haih adik kembarnya ini sungguh menggelikan hatinya.
"Kakak balik dah lama la. Lagipun kakak drive sendiri datang sini. Umar tolong kakak letakkan pavlova ni dalam peti. Uwais tolong letakkan coklat panas ni atas kek coklat dekat meja tu."
"baik kakak ku sayang. Hamba menurut perintah."ada-ada sahaja si kembar ini. umur sudah 22 namun perangai masih kebudakan terutamanya si Uwais.
Nasi kerabu di letakkan di dalam satu Periuk seramik yang besar dan dihidangkan di atas meja memandangkan jam juga sudah hampir dengan azan maghrib.
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romantiek-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...