Nel terpisat-pisat bangun apabila hidungnya seperti ditarik. Siapa pula yang berani kacau dia tidur selain papa dan arwah mamanya?. Abang Ukail? langsung tidak berani jika mengenai soal tidur. Dia dan Ukail pernah bergaduh sehingga tidak bercakap selama 3 hari dek kerana Ukail yang simbah air ke muka nya .Ada ke patut kejut orang bangun tidur guna air satu baldi?.
Matanya tetap dicelikkan walaupun berat seperti ada batu di mata.
Eh anak siapa pula ni dalam bilik dia ni?. Nel termenung sejenak. Ya allah macam mana dia boleh lupa yang Haider tidur dengan dia semalam.
Tidak pula Si Haider bising malah hanya diam sambil bermain dengan rambutnya.
"Haider lapar ya sayang." Kenapa haider tak kejut mama awal-awal. Jam di dinding dikerling sekilas. Baru pukul lima setengah pagi. Awal nya Haider..Mama mengantuk lagi ni.
Susu formula yang ditinggalkan oleh Harraz di atas meja dibawa bersama nya kedapur. Haider pula didukung bersama.
Iphone 12 nya dicari dan aplikasi tiktok dibuka. Nel berjaya buat susu untuk Haider dengan bantuan Tiktok. Sememangnya dia tidak pernah buat susu untuk kanak-kanak disebabkan dia pun tiada adik kecil. Si kembar dengannya pun hanya berbeza 2 tahun.
Susu formula yng sudah siap dibancuh di tangannya disuakan ke arah Haider. Laju sahaja tangan Haider menggapai susu tersebut. Seusai itu,Nel membawa Haider untuk naik ke biliknya. Haider seems sleepy.
notifikasi instagram naik. 5h ago.Ouh Eskandar post a story. Sememangnya Nel membuka notifikasi apabila melibatkan story Eskandar suatu masa dahulu. Almaklumlah Kekasih hati katakan. Opss bekas kekasih hati. Namun, dia lupa pula untuk menutup notifikasi tersebut.
Hatinya tertanya-tanya. apakah yang Eskandar post semalam? Tidak menghiraukan notifikasi tersebut Haider didukung naik ke bilik semula. Kedengarana suara mengajin dari bilik abang Ukail. Ya Abang Ukail memang sangat menjaga agamanya. Semenjak abang Ukail masuk tentera, dia sudah biasa dilatih tegas dan berdisiplin.
"amaaa laparr." suara Haider mengejutkan lamunan Nelysa. selalu sahaja lapar budak kecil ini.
"Ya sayang mama. kejap kita dah nak sampai bilik dah." belakang Haider ditepuk seperti memujuk budak itu. Haider hanya bermain dengan rambut nya. Dilarangkan nanti menangis. Haider ni manja tidak usah cakap. Dia yakin Harraz lah yang memanjakan budak itu.
Pintu bilik dikuak. Nel masuk dan Haider di dukungannya dibaringkan ke atas katil. Botol susu yang berisi susu formula itu disua ke mulut Haider. Laju sahaja bibir kecil itu menyambar . Lapar betul si Haider ni. Selimut tebal juga diselimut menutupi dada Haider berserta bantal kecil untuk mengelakkan Haider jatuh.
Hatinya terusik sedikit sebanyak apabila bersama Haider. Haider yang hilang ibu bapa. Haider yang kekurangan kasih sayang ibu. Dia sendiri tidak sanggup menolak apa sahaja permintaan budak sekecil Haider ini malahan dia juga seorang guru sekolah rendah swasta. Dia memang sukakan budak .
Alangkah indahnya jika dia sudah mempunyai kekasih hati. Boleh la dia bermimpi ingin berkahwin dengan lelaki pujaan hati. Eskandar? entahlah sejak dia dapat tahu tentang pertunangan lelaki itu dan Qasdiena, dia jadi hilang kepercayaan. Begitu sukar untuk dia buka peluang kepada mana-mana lelaki buat masa ini. Perit. itu yang dia rasakan tika ini. Mencintai orang yang tidak akan menjadi miliknya.
Seusai menidurkan Haider semula, Nel masuk ke wardrobe dan mengambil abaya untuk dipakai selepas mandi nanti. Bilik mandi dituju. Alang-alang sudah dekat dengan azan subuh, lebih baik dia mandi dan solat dahulu. Bukan apa jikalau dia menyambung tidur bersama Haider mungkin nanti dia akan terlepas subuh.
Seusai mandi, bilik abang Ukail dituju bersama dengan telekung solat di kepala. Sudah lama dia tidak solat berjemaah. Rindu suasana rumah mereka sebelum arwah mama mereka meninggal.
tok tok...
"Abang Ukail.."
"ye Nel nak apa pagi-pagi macam ni. Biasa abang tengok terbongkang lagi."Sempat lagi Ukail kerling jam di dalam biliknya. Matanya juga melihat kaki adiknya. Bukan apa zaman sekarang ni banyak hantu. Orang cakap kalau nak tahu itu hantu atau tidak kita perlu tengok kaki dahulu. Kalau ada kaki maksudnya manusia la tu.
"Abang jom solat sama-sama dengan papa dan kembar sekali." ajak Nel ramah. Jarang dia ramah di waktu pagi begini. Kebiasaannya mood selalu ke laut.
"Nel pergi dulu bilik solat nanti abang turun. abang nak tutup cas telefon sekejap. Rasanya papa dah ada dekat bawah tu."balas Ukail sambil berura-ura untuk masuk semula ke dalam biliknya. Cas telefon sampai ke pagi? apa hal pula abang nya ini. Mahu rosak bateri telefon nanti. Tetapi Nel diamkan sahaja dan turun ke bilik solat yang berada di tingkat bawah.
•••••••••••
"Uwais cuba tolong kakak pegangkan Haider kejap" panggil Nel dari dalam biliknya. Haider ni nak pakai baju pun susah.
"Haider .. Tak handsome la nanti anak mama kalau tak pakai baju. Ni perut Haider ni nak tunjuk dekat siapa dengan berlemak macam tu." Pujuk Nel sambil mengusap perut Haider yang memboyot itu. Comel!.
"tanakkk ..naurrr haider taknakkk pakaii." Nel dah pening kepala dah dengan si budak tembam ni. Uwais pula lama pula nak berjalan naik tangga.
"Kenapa ni kak Nel? Kacau je panggil Uwais. Uwais tengah main ps5 dengan Umar."Uwais mengeluh. Asyik dia sahaja yang kena. Ini lah nasib dia jika Kakak nya yang seorang ini pulang ke rumah. Ada sahaja idea hendak membuli dia . Kalau si Umar asyik terlepas sahaja.
"Tolong pegangkan Haider kejap, kakak nak pakaikan Haider baju ni." Baju kemeja hitam di tangan Nel dipandang.
Haider diambil oleh Uwais. Uwais pula tidak habis-habis menggomol si Haider. Haider pula terkekek-kekek suka. Haih.
"Dah siap pun handsome boy mama ni. " Rambut hitam lebat Haider diusap untuk merapikan supaya kelihatan kemas . Mata Haider pula hanya bersinar melihat Uwais. apa la yang Uwais gula-gulakan anak aku kali ni.
"Haider nak ikut Paksu main game tak?" Soal Uwais walaupun mendapat jelingan tajam oleh Nel. No and never. Nel tidak akan membiarkan Haider dalam jagaan Uwais mahupun Umar . Si kembar itu tidak boleh harap langsung. Nanti tidak pasal-pasal dia dimarahi oleh Harraz disebabkan beri kebenaran untuk bermain game. Katanya tidak elok untuk kanak-kanak lagipula Haider baru 1 tahun 2 bulan.
"nakkkk jomm akcuuu." Haider sangat teruja.
"No Uwais Farhan. Kakak tak benarkan. Nanti Harraz marahkan kakak bukan kau." Marah Nel. Haider di dukungan Uwais meronta tidak mahu Nel mengambilnya dari Uwais. Uwais kau gula-gulakan anak aku.
"anakkk..haider nakk akcuuu." Nel diam. Matanya memandang atas bawah.
"Uwais jangan bagi dia main game boxing ke membunuh or something that will show inappropriate things. You understood me Uwais Farhan?" Tegas sahaja suara Nel.
"Baik kakakku yang pendek dan single. "Uwais tersenyum gembira. Dapatla dia bermain dengan Haider. Semalam hanya sekejap bersama Haider.
"Uwais Farhan!!!!!!"Jerit Nel namun Uwais sempat larikan diri bersama Haider di dukungan nya. Bengkak hati Nel mendengarkan kata-kata Uwais. Sampai hati cakap kakak sendiri pendek dan single. Single bukan dapat dosa pun. Dapat pahala adalah sebab menjauhi zina.Apa nak jadi la dengan kembar dua orang itu. Pantang ada masa pasti main game. sudah la baru pukul 8.30 pagi tetapi memilih untuk terperap di bilik gaming mereka.
p/s : yall need to vote if you want me to update next chapter 🤣
to be continued
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romance-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...