Harraz menarik bagasinya keluar daripada bonet kereta Uwais. Uwais juga la yang datang mengambilnya di lapangan terbang tadi disebabkan isterinya itu demam.
Kata Uwais, Nel tak mahu makan ubat dan seringkali meracau sejak tengah hari tadi. Nasib lah dia sempat habiskan kerja dan memilih untuk mengambil cuti memandangkan cuti kahwin dia tidak ambil hari itu.
"Abang Haz nak naik dulu jenguk kak Nel. Boleh ke Uwais temankan Haider tidur sekejap." Haider yang berada di dalam dakapannya diserahkan kepada Uwais.
"Boleh, abang nak bawa kakak ke hospital ke?" Uwais bukan apa. Mahu juga dia melihat Nel dipaksa pergi hospital. Boleh la dia usik kakaknya itu.
"Abang tak tahu lagi. Abang kena tengok dulu Kak Nel macam mana. Abang pun belum tengok muka dia ni."
"Betul tu bang. Tak rindu ke hampir 2 bulan tak bersua muka?"soal Uwais lagi sekali. Sesekali dia menepuk lembut punggung Haider seperti mendodoikan kanak-kanak untuk tidur.
"Rindu itu berat Uwais. Hanya yang benar-benar kuat yang dapat melawani rasa rindu itu. Jika difikirkan rindu, semua perkara tidak dapat diselesaikan. Kerja pun tak dapat dilakukan. Tidak pernah satu masa pun abang lupakan kak Nel. Abang selalu fikir abang masih ada peluang atau tak untuk berjumpa dengan buah hati abang tu. Kerja abang ni berisiko Uwais, abang takut abang pergi dulu tanpa belum sempat membuatkan Kak Nel bahagia." Luah Harraz dengan segala kerisauan yang terbuku di dada.
"Takut pula Uwais dengar. Uwais percayakan abang. Uwais tahu abang sayangkan Kak Nel dan abang akan jaga Kak Nel sehingga akhir nafas abang. Cuma satu yang Uwais minta.. Communication. jika abang selalu mengelak untuk ceritakan masalah apa yang berlaku dalam pekerjaan or hidup abang, whats the point of marriage?. Perkahwinan ni seperti satu bahtera yang terbina untuk sama-sama berkongsi rasa cinta,duka,jatuh dan bangun abang. Cinta sahaja tak cukup abang, dia perlukan mentaliti yang inginkan sebuah perkahwinan itu berjaya dari pelbagai aspek termasuklah cara berkomunikasi. Ada problem dengan pasangan , then fix it. bukannya lari dari masalah. It won't work that way for a happy ever after marriage." Terang Uwais panjang lebar. Uwais ini boleh dikatakan doktor cinta tapi sayangnya masih tidak berpunya.
Harraz terseyum senang. Adik iparnya ini boleh tahan juga dalam memberikan kata-kata seperti sudah ada pengalaman dalam percintaan.
"iya lah Uwais, terima kasih nasihat. abang naik kejap. badan pun melekit ni. kena mandi dulu apa semua."
"Sama-sama abang Haz. Haider tidur dengan Uwais eh malam ni. Boleh la abang." Uwais dah lama nak tidur dengan Haider tapi Nel selalu tidak benarkan disebabkan oleh dia selalu mengajar anak buahnya main game. Game bagus untuk otak kan.
"Iya lah boleh. Tapi hantar Haider dekat bilik abang sebelum kak Nel bangun."Tegas Harraz. Bukan boleh dibiarkan anaknya dengan Uwais dan Umar. Mahunya Haider tak mahu makan jika tak diberikan permainan video atas talian.
Harraz membawa bagasi nya ke bilik Nel. Dia belum pernah memasuki bilik isterinya itu memandangkan selepas kahwin dua bulan lepas, mereka tinggal di rumah mamanya.
Perlahan-lahan pintu ditolak supaya tidak mengganggu isterinya. Nel mungkin dah tidur memandangkan sekarang sudah memasuki pukul 9.30 malam. Bilik isterinya itu malap sahaja. Hanya ditemani cahaya lampu tidur di sebelah meja katil.
Kakinya diorak dan bibirnya naik mencium dahi mulus isterinya. Cantik. Seperti selalu dan tidak pernah kurang sedikit pun. Jari kasarnya naik mengusap rambut Nel kemudian sekali lagi dia melabuhkan ciuman di kepala wanita itu. Rindu. satu perkataan yang menanggung seribu rasa di dada.
Pakaian kotor yang berada di dalam bagasi di letakkan di dalam bakul kotor. Dia tidak mahu membebankan isterinya untuk mengasingkan bajunya esok. Semestinya sebagai seorang lelaki, kita perlu melakukan perkara yang sebegitu demi meringankan beban kepada isterinya.
Setelah meletakkan semua baju di dalam bakul dobi, Harraz menuju ke bilik mandi untuk mandi terlebih dahulu dan juga solat isyak.
Sejadah dilipat rapi seusai itu dia naik ke katil dan membaringkan dirinya bersebelahan dengan isterinya.
"Sayang..." Lembut sahaja suara Harraz. Seakan-akan sebak. Ya, dia begitu rindu dengan insan di hadapannya ketika ini.
"Abang minta maaf." Walaupun dia tahu Nel sudah tidur namun, dia tidak dapat menghilangkan rasa bersalahnya dengan wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak mereka.
"hmm " Nel memusingkan badannya. Tangannya naik memeluk badan Harraz yang dianggap encik teddy itu. Mak ai besar pula encik teddy hari ini.
"Sejuk.."Gumam Nel dalam sedar atau tidak sedar kerana matanya masih terpejam.
Harraz menarik Nel rapat ke dalam pelukannya. belakang badan Nel digosoknya dengan telapak tangannya untuk menyalurkan haba. Baru dia perasan Nel memakai sweatshirt miliknya. Rambut Nel diusap dan dia melabuhkan sebuah ciuman di dahi isterinya agak lama.
"hmm sejukk.." Harraz buntu. Aircond pun sudah ditutup. Malah tadi dia sudah membuka kipas pada mod paling perlahan. Tetapi apabila Nel sekali lagi cakap sejuk jadi Harraz memutuskan untuk menutup semua kipas dan penghawa dingin.
"Sayang, you okay?. Abang dah tutup semua sekarang."
"Much better now?" Badan Nel dipeluk dan kakinya disilangkan di kaki isterinya. Jemari Nel pula naik masuk ke dalam bajunya. Jari tersebut merayap seperti mencari haba. Harraz cuba meredakan dadanya yang berombak laju. dia lelaki biasa yang punyai nafsu.
Nel tolong jangan seksa abang seperti ini.
"Hmmm.."
Tidak lama kemudian, Harraz juga tenggelam dalam alam mimpi. Dia sendiri penat seharian bekerja dan jet lag tak hilang lagi.
Nel menggeliatkan tubuhnya. Alhamdulillah sudah segar badannya pagi ini. Tetapi kenapa semalam dia rasa seperti dia tidur dalam dakapan seseorang. Mustahil la kalau Uwais yang temankan tidur kerana mereka tidak tidur bersama sejak akil baligh. Harraz? Bukankah lelaki itu bekerja di Singapura.
Malas mahu berfikir panjang, Nel turun daripada katil untuk mandi namun, songkok dan tasbih milik Harraz yang berada di tepi meja katil membuatkan dia rasa lagi aneh. Bukankah songkok itu dibawa oleh suaminya?.
Seusai sahaja mandi, Nel laju turun ke bawah untuk ke dapur. Baru teringatkan Haider, anaknya itu dia belum peluk sudah 2 hari semenjak dia demam.
"Haider anak manja mama awalnya sayang mama ni bangun ya"
"Amaa"
"Iya sayang Haider lapar ya"
"babah alikkk"
"Babah kerja la sayang mana ada babah balik" Lengan gempal Haider diusapnya. Haider tengah makan nasi goreng. Papa ke yang masak nasi goreng? Selalunya Tuan Nadhir akan keluar di waktu pagi begini untuk kerja namun sempat pula bapanya itu memasak nasi goreng. getus nel dalam hati.
"Good morning, sayang." Nel terus memalingkan mukanya ke arah gerangan suara tersebut. tekaannya benar. Harraz sudah pulang.
Kelopak matanya bertakung dengan air mata. Tunggu masa sahaja untuk jatuh. Nel diam dan terus berlalu dari dapur tersebut.
"Sayang.. wait.."
To be continued.
maaf lama tak update ya semua. saya sedikit sibuk dengan assignment. selamat berpuasa sayangku semua!!
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romansa-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...