Harraz menyarungkan baju kemeja putih bersama dengan seluar slack hitamnya. Hari ini dia akan pergi pejabat babahnya. Memandangkan dia masih lagi bercuti jadi dia berhasrat untuk meneman Datuk Haziq Al-Qadri ke pejabat.
Kata babahnya, jika suatu hari nanti ada sesuatu yang berlaku pada babahnya,Harraz perlu berhenti bekerja di laut dan sambung pekerjaan babahnya. Dia juga buntu namun, dia selalu berdoa supaya dia melakukan pemilihan yang terbaik.
Tangga dituruni sambil melipatkan lengan kemeja hingga ke siku. Seorang Harraz Al-Qadri memang kacak bukan. Sayangnya walaupun ramai yang menyukainya namun apabila diceritakan mengenai kerja nya , semua mengundurkan diri.
Siapa sahaja mahu ditinggalkan selama 6 bulan?. Semua benda kena uruskan sendiri. Kalau kahwin memang air mata sahaja la yang menjadi peneman. Sanggup ke kahwin dengan nelayan sepertinya ini?. Nelayan yang kaya uhuks.
Bau nasi lemak semerbak sehingga ke ruang tamu. Tahu la dia Datin Qaseeh yang memasak di dapur. Sememangnya dia jarang makan berat di waktu pagi mungkin disebabkan oleh duduk sendiri. Mana tahu bakal isterinya nanti pandai masak pasti badannya akan bertambah gemuk.
"Babah, mama goodmorning."Kata Harraz ceria. Entah mungkin disebabkan hari ni dia bakal berjumpa dengan Nel lagi . Ye la Haider kan tidur dengan Nel. Pasti gadis itu akan datang berjumpa dengan dia.
"Goodmorning Haz. Happy nampak hari ini."kata mama. Of course la . nak jumpa buah hati pengarang jantung ni.
"biasala babah. orang lelaki ni kena la selalu jaga mood supaya nanti ramai perempuan terpikat kan babah?" Soal harraz sambil menjongketkn keningnya ke arah babahnya.
"apa-apa lah kamu ni haz ada sahaja nak menjawab."
harraz hanya tersengih. kopi di atas meja dihirup. panas.
"Nel ada telefon haz tak? mama risau la dengan Haider tu. Di selalu meragam kalau pagi-pagi."tanya Datin Qaseeh. Haz senyap. Rasanya Nel sendiri pun tiada hantar sebarang mesej mahupun sebarang panggilan terhadapnya.
"Tak ada pula Nel telefon Haz. maybe haider tak meragam kut. "
"haz jangan la memaksa lagi Nel buat masa ini. she seems stress. kalau nak pikat hati perempuan haz kena berlembut, guna cara halus haz. She's a girl. mama tahu dia tak suka dipaksa. Papa Nel pun cakap macam tu semalam."Risau anak bujang nya seorang ini bertindak bukan-bukan. Namun, dia yakin harraz tidak akan mengapa-apakan Nel.
"Ye.. Haz tak akan buat apa-apa okay. Cuma kacau sikit tu ada la." Dia kacau pun sebab Nel comel sangat. Kadang-kadang pipi gadis itu kemerahan akibat disakat olehnya. My beautiful Haura.
"Kalau babah tahu siap kamu Haz. " tegas sahaja suara Datuk Haziq Al-Qadri. sudah la Tuan Nadhir itu sahabatnya sejak dulu. Tidak mahulah hubungan mereka keruh .
i'm not going to touch whats mine because i know what is mine will always be mine. Jadi dia perlu bersabar sedikit dan berusaha untuk dapatkan hati seorang Nelysa Haura.
"Babah, mama Haz pergi dulu la."
"Haz kamu tunggu dalam bilik sebelah bilik papa. Papa akan menyusul nanti." kata Datuk Haziq sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.
Harraz berjalan ke arah Mama nya dan sisi kepala Datin Qaseeh dicium. papanya pula disalam.
••••••••••••
Kereta Audi avetandor milik Harraz diparkirkan di hadapan sebuah kedai bunga. Bunga tulip berwarna putih dibeli olehnya . Bunga kesukaan Nel. Ya dia masih ingat segalanya tentang gadis itu walaupun Nel sendiri sudah lupakan dia.Gadis itu langsung tidak sedar bahawa dia lah Harraz yang dahulu, yang digilakan oleh Nel.
Kakinya melangkah ke dalam syarikat Datuk Haziq tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang. Confident itu penting. Jangan pandang lama-lama nanti tergoda. Godaan Harraz Al-Qadri ini sangat lain daripada yang lain. Daripada matanya sahaja sudah bikin hati gadis-gadis cair namun tidak Nel. Itu lah yang menjadi masalah Harraz tika ini.
Telefonnya diambil dan nombor Nel didail. mencuba nasib untuk mengajak gadis itu keluar alang-alang boleh la dia dating. Ceh beria .
tutt... tutt...
Akhirnya deringan telefon itu berangkat juga. Lambat juga.
"Nel.."
"Yes Harraz. Whats wrong?"tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja Harraz telefon dia.
"Nak ajak you keluar dengan i.. i mean sekali dengan Haider."tidak mahu kelihatan beria, jadi Harraz menggunakan Haider sebagai alasan. Haider ialah titik kelemahan Nel.
"Tapi i dah hantar Haider dekat rumah mama you. Kenapa tak cakap awal-awal yang you nak keluar harini ." Susah juga nak hantar Haider tadi sebab Si uwais ngn umar pergi ajar budak tu main game . Memang la Haider tak mahu pulang.
"kalau macam tu kita keluar berdua sahaja lah."Cuba nasib tak apa kan?.
"I..... "Nel senyap. Kalau boleh dia tidak mahu dekat dengan lelaki itu. terlalu intimidating. terlalu kuat menggoda . penat dia hendak melarang.
"Anggap sahaja pertemuan kita hari ni sebagai tanda terima kasih i dekat you sebab jaga Haider."Harraz tidak mengalah. Apa yang dia nak dia mesti dapat. Hard work paid off. ke benda la Harraz ni.
"Erm Haz i tak tahu abang ukail bagi ke tak i keluar."Abang ukail digunakan sebagai alasan Nel. Sememangnya Ukail memang sangat menjaga batasnya dengan perempuan dan dia juga tidak suka Nel bergaul dengan lelaki.
"I dah tanya Ukail. If you're wondering, yes he's my friend. An old friend." Harraz bagaikan mengerti apa yang diputar belitkan oleh Nel.
"ermm.."Lidah Nel kelu. apa lagi yang dia ingin gunakan sebagai alasan.
"Nel i janji, i tak pegang or touch you like i did last night. I'm sorry for everything. Can we go out for today and act like for the first time we meet. Anggap i sebagai orang baharu Nel. Open your heart and accept me. You can't deny me forever."Lembut suara Harraz berkata seakan memujuk. Nel terpujuk. Ya dia perlu buka hati untuk orang lain pula. Betul kata Harraz tapi bersediakah dia untuk sakit buat kedua kalinya. Sakitnya tidak menjadi pilihan pertama seseorang yang kita anggap lebih dari segalanya.
"Baik. I terima cadangan you but if you cross the line Haz, I will not tolerate with you anymore. You sanggup ke layan i yang gedik ni dan juga suka habiskan duit you." Duga Nel.
"I kerja nelayan Nel. " Mahu tergelak Harraz apabila menyatakan pekerjaannya.
"Tak apa Nelayan pun ada duit. Kalau you habis duit nanti kita pergi cari ikan sama-sama." Banyak la kau punya nak cari ikan sama-sama Nel. tengok Air laut pun Nel boleh mabuk. Nak naik bot lagi la pengsan gamaknya.
"You sure sayang?"soal Harraz sambil tergelak suka. Nel selalu menghiburkan hatinya sejak dulu. Langsung tidak berubah .
"Haz.. seriously you nelayan?" soal Nel perlahan. bimbang harraz terasa. Nelayan pun kacak.
"Tak la sayang. i kerja commercial welder and sometimes i guide people diving. i suka laut Nel."Ujar Harraz. hanya melayan soalan Nel.
"Kaya juga you ni kan. Not bad. Okay la i nak bersiap. Nanti send location you dekat i."
"No need . i will be there. I akan ambil you so you tak perlu naik kereta you."
Nel hanya mengikut. talian ditutup. Hati nya terasa satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu. Sukar untuk ditafsirkan.
100 vote and i will post double update khas untuk yall esok
hehe 🤣❤️to be continued
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romance-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...