19 | 🔗

1.1K 73 13
                                    

Harraz menuruni anak tangga dengan bagasi yang sudah lengkap dengan pakaiannya. Dia perlu melapor diri di Singapore esok. Jadi hari ini dia sudah perlu bertolak ke sana .

Dia sendiri belum puas meluangkan masa dengan isterinya selama 2 hari mereka berkahwin. Apakan daya, kerja memanggilnya untuk bertugas. Namun, dia akan cuba sedaya upaya untuk habiskan kontrak kerja ini secepat mungkin dan pulang menggantikan babahnya.

"Sedapnya bau." Kaki dihalakan ke arah sosok tubuh yang sedang sibuk di dapur. Siapa lagi jikalau bukan Nel. Mama dan papa sudah keluar di pagi hari disebabkan oleh papa ada mesyuarat penting. Kata mama dia ada hal juga yang perlu dihadiri pagi ini. Sekarang hanya tinggal Harraz, Nel dan Haider. Si Haider belum bangun lagi.

"Sayang masak apa?.hmm" Sebelah lengannya memaut pinggang isterinya supaya rapat dengannya dan sebelah tangannya digunakan untuk mengacau nasi goreng dalam kuali. Bukan dia tak nak nampak nasi goreng yang berada di dalam kuali tetapi dia sahaja mahu menggedik dengan isteri sendiri. Tidak salahkan?.

"Ish you ni. Lepas lah. Sayang nak masak ni. Badan sayang pun busuk ni sebab duduk dekat dapur." Nel cuba melepaskan pelukan Harraz terhadapnya.

"Tak busuk pun. Wangi je abang bau sayang. Rasa nak gigit lagi adalah."Bisik Harraz di telinga Nel.

"No. Pergi duduk dekat kerusi Encik Harraz. Tak jadi kerja kalau awak asyik peluk saya. Nanti lambat nasi goreng ni siap." silap hari boleh hangit jika dilayan Harraz yang mula seperti ulat bulu naik daun.

"Taknak. "Balas Harraz dengan muka selamba.

Allahuakbar. Penat pula Nel pagi-pagi ni nak layan kerenah baby tua seorang ni.

"Ish habistu abang nak apa . "

"Abang boleh duduk diam kalau sayang kiss dekat sini." Membulat mata Nel melihatkan si Harraz.

cup.

"Dah sekarang pergi duduk depan diam-diam. nanti Nel panggil. "

Nel cepat-cepat mengalihkan mukanya membelakangkan Harraz. Al-maklumlah dia juga malu tetapi apakan daya, dia juga  tahu si Harraz ni memang tak akan duduk diam selagi tak dapat apa yang dia mahukan.

"Comelnya sayang blushing. Nak malu apa nya sayang." Sempat lagi Harraz melabuhkan sebuah ciuman di pipi Nel.

"Thank you sayang. Nanti nak lagi."

Ya Allah macam mana muka dia tak seperti udang bakar di pagi hari hanya dengan kata-kata dan perbuatan seorang Harraz Al-Qadri.

Nasi goreng yang sudah dimasak dihidangkan di atas meja berserta kopi panas. Nel menuju ke tingkat atas untuk melihat Haider. Risau juga jika si Haider itu menangis.

"Haider anak mama. Kenapa tak panggil mama atau babah." Tubuh Haider didukung dan dibawa turun bersama . Haider hanya diam sambil memegang iphone milik Harraz.

"Amaa.."

"Ya sayang ,kenapa?."

"Haider lapar." Ucap Haider sambil mengusap perutnya yang seakan membuncit itu. Comel.

"Ya mama tahu. Jom kita makan sekali dengan babah dekat bawah."

"Bagi Haider dekat abang." Arah Harraz yang datang dari ruang tamu.

"Abang duduk lah. Biar Nel yang suapkan Haider." Nasi yang sudah disendukkan di dalam pinggan itu diletakkan di hadapan Harraz dan juga dirinya sepinggan.

"No. Sayang, you sit first. Haider come duduk dekat babah. Kesian mama nak makan. Awak tu berat." Apabila Harraz sudah bertegas, dia hanya mampu mengalah. Malas mahu bergaduh lagipula mereka ingin sarapan pagi. Si Haider hanya senyap sambil muka mengharapkan makanan disuap cepat masuk ke dalam mulutnya.

SURI HATI HARRAZ AL-QADRIWhere stories live. Discover now