Hari ini adalah hari terakhir Nelysa ditugaskan untuk menjadi guru pengawas peperiksaan.
Nel hanya mengalas perut dengan pancake yang dibuatnya pagi tadi selepas subuh. Entah mengapa kelapanya sedari tadi tidak berhenti berdenyut. Sudah la hari ini dia perlu pulang sedikit lewat kerana ada mesyuarat.
Panadol di atas rak dicapai sebelum ditelannya dengn segelas air. Pahitnya tapi tidak sepahit hidupku tanpamu. cia cia. Diharapkan hari ini berjalan dengan lancar kerana mood dia juga tidak stabil disebabkan oleh kepala yang berdenyut.
•••••••••••
Selepas tamat sahaja peperiksaan Sains murid darjah enam, Nel terus ke surau bilik guru. Sumpah kepalanya begitu sakit ketika ini. Sebelah matanya berpinar sahaja menandakan migrain bakal mendatang. Dia perlukan tempat yang agak gelap.
Baru sahaja dia ingin melentokkan kepalanya di atas lantai surau, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering. siapa pula yang ganggu waktu rehatnya ini. Sudah la tengah migrain.
Ouh Datin Qaseeh rupanya. Panggilan diangkat dan telefon ditekupkan ke telinga.
"Assalamualaikum Nel. Maaf mama ganggu Nel sekarang tapi Haider demam panas ." Mendengarkan Haider demam panas automatik badannya kembali bangun dari perbaringan. Lupa sebentar dengan migrain yang dialaminya.
"Sejak bila Haider demam panas mama? kenapa Nel tak tahu pun."Harraz tiada pula mesej atau meninggalkan pesan terhadapnya. Sudah lupakah lelaki itu terhadapnya.
"Haider demam dah 2 hari. Mama minta maaf sebab rahsiakan perkara ini daripada Nel tapi ini semua kehendak Haz. " Nel bungkam. Kehendak Haz? maksudnya lelaki itu sengaja merahsiakan tentang sakit demam Haider daripadanya. Sebenci itukah Haz terhadapnya.
"Haider ada dekat mana sekarang mama?"
"Haz dah bawa balik Haider tadi bersama dia selepas doktor bagi kebenaran untuk discharge. Mama nak minta tolong Nel hantarkan bubur dan sup ketam supaya dapat kebahkan sedikit demamnya. Mama tak boleh nak pergi sebab babah ada urusan di luar juga jadi mama terpaksa ikut. Lagipun rumah Haz dekat sahaja dengan sekolah Nel." Terang Datin Qaseeh.
"Baik mama. Nel datang sekarang ya. Risau juga dengan Haider. Lagipun sudah 3 hari Nel tak jenguk dia."
"Baiklah. Hati-hati pandu kereta Nel." pesan Datin Qaseeh.
"Alright mama."
Kepalanya diurut sedikit untuk menghilangkan kesakitan yang dirasai. Mungkin terlalu banyak minum kopi dua tiga hari yang lalu menyebabkan migrain datang menyerang.
Setelah mengambil bubur ayam dan sup ketam di rumah Datin qaseeh, nel terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu rumah harraz. Jika tidak difikirkan Haider sudah tentu dia malas nak hadap wajah Harraz. Tipu la kalau dia tak tercari-cari kelibat lelaki itu selama 3 minggu ini. Mungkin Harraz perlukan masa. Dan dia juga sama.
Rumah banglo dua tingkat berwarna kelabu itu ditekan locengnya. Berdebar dan kesakitan di kepalanya datang secara serentak. Mahu sesak nafas Nel di hadapan pintu rumah Harraz.
"Assalamualaikum."Salam diberi juga tanda hormat dan adab ketika datang menziarahi rumah orang.
"Waalaikumusalam." Harraz yang masih lagi dalam pakaian baju melayu dan kain pelikat berserta songkok itu dipandang atas bawah oleh Nel. Sumpah seperti lelaki melayu pertama dan terakhir. Mungkin Harraz baru siap solat asar.
"i... i nak .." Tiba-tiba sahaja Nel tergagap seperti tiada tujuan hidup. Ah kenapa pula ni gagap selama ini okay sahaja. Tak akan iman aku dah lemah kot. Baru tengok Haz pakai baju malayu dah jatuh. Ini belum pakai baju kahwin kita lagi ehek. gurau.
"You nak apa Nel? Kalau tiada sebab boleh dipersilakan balik. Pintu pagar masih lagi terbuka."Jawab Harraz sarkastik.
"I nak jumpa Haider. Mama cakap dia demam dah 2 hari."Nel masih lagi berlembut walaupun hatinya sudah mendidih dengan ayat yang dilontarkan oleh Harraz.
"Masuklah. You tengok dekat depan tv tu ada la Haider. " Kata Harraz senada.
"Thanks Haz. Nah ini mama bagi dekat you dan Haider. Bubur ayam dan sup ketam. "Beg kertas yang berisi bekas makanan itu dihulurkan ke arah Harraz. Harraz hanya menyambut tanpa membalas apa-apa pun dan beredar ke dapur. Beku sangat ni.
Nel melangkah masuk ke ruang tamu yang terdapat beberapa buah sofa dan juga sebuah tv. Ruang rumah itu juga turut berwarna kelabu dan putih . Sangat ellegent.
Kelihatan Haider yang sedang bermain dengan telefon milik Harraz di atas sofa. Badan Haider juga diselimutkan dengan selimut yang tebal. Haider masih lagi ralit bermain dengan telefon Harraz. Kanak-kanak sekarang terlalu awal terdedah kepada gajet.
"Haider mama datang ni."Nel berkata dengan ceria sejurus itu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Haider. Sisi tepi kepala Haider dicium penuh kasih.
Haider memeluk leher Nel dengan kemas. Boleh tercekik Nel dibuatnya. Haider ni demam atau manja sahaja lebih. Telefon Harraz sudah terlepas ke mana entah.
"Amaa haider anakkk gi klinik. papa suruh Haider gi klinik . doktor nak cucuk Haider amaa. Haider anakkkk ." Semakin kemas pula pelukan Haider di leher nya.Manja semakin menjadi-jadi budak tembam ni.
Nel menggosok perlahan belakang Haider untuk memujuk supaya Haider tidak menangis lagi.
"Haider tak boleh takut dengan klinik. Haider kan lelaki. Lelaki kena kuat macam papa.Kalau doktor tak cucuk Haider macam mana Haider nak sihat, sayang. "Pujuk Nel. Harapnya menjadi la.
"otayy amaa. Haider pwomisshh untuk kuat ." Tergelak Nel apabila Haider ajak dia buat pinkie promise.
Haider yang berada di ribanya dibetulkan apabila kelibat Harraz mula menjengah dia ruang tamu bersama dengan sedulang makanan. Mungkin bubur mama masakkan tadi.
Harraz mengambil Haider daripada pangkuan Nel dan di letakkan di atas ribanya.
"Haz , i nak tumpang tandas sekejap boleh tak?" Soal Nel agak takut sebenarnya. Manakan dia tidak takut dengan muka Harraz yang tiada secalit langsung senyuman .
"You naik tangga sebelah kiri dapur lepas itu ada bilik solat. Dalam bilik solat ada tandas dan juga ruang solat kalau you belum solat asar lagi." Jawab Harraz sambil menyuapkan bubur dan juga isi ketam yang sudah dikopekkan untuk Haider semasa dia di dapur.
Nel hanya mengangguk dan berlalu pergi. Sedih pula hatinya apabila dilayan seperti itu dengan Harraz. Tangannya naik mengurut belakang lehernya . Tegang sahaja urat tengkuk dia. Migrain pula tidak hilang langsung malah makin bertambah sakit.
Tenang sahaja ruang solat rumah Harraz. Muat untuk 2 buah keluarga besar untuk solat berjemaah. Ada telekung solat juga. Al-quran di atas rak bersama dengan kitab-kitab dan buku hadis.
Belum sempat sahaja Nel ingin membuka pintu bilik air , matanya terasa gelap. Bulan bintang sahaja yang dia nampak. gurau. Telinganya juga sudah tidak dapat mendengar apa-apa. Ya, dia pitam disebabkan oleh migrain yang terlalu sakit.
untuk readers kesayangan saya🫶🏻
tak vote tak nak update HAHAHA
to be continued
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romance-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...