Nel hanya diam di beranda yang dipenuhi dengan Keluarga Harraz dan keluarganya. Dia mengambil tempat duduk di kerusi bersebelahan dengan Datin Qaseeh. Matanya langsung tidak berani bertatapan dengan Harraz.
Harraz hanya berlagak seperti tiada apa yang berlaku di antara mereka.
"Aku hanya ikut apa kata Puteri intan payung seorang ini. " Nel mengangkat muka apabila Tuan Nadhir seperti bercakap tentangnya.
Semua mata tertumpu pada Nel. Nel gugup terutama dengan mata helang Harraz di sebelahnya. Cukup lah tadi dia rasa seperti nak sahaja terjun ke dalam kolam ikan itu. Malu!.
"Erm Nel ikut sahaja. "
gulp. Jari Harraz mula merayap di lengannya. Jari kasar itu seperti mengelus lembut lemgannya. Hah sudah datang miang nya.
"Haz kalau boleh nak nikah sebelum Haz berangkat ke Singapore. Just a simple nikkah. Hanya jemput keluarga terdekat. Lepas Haz balik dari Singapore, barulah Kita akan buat Majlis resepsi. "
"Boleh juga macam tu Haz tapi Nel setuju ke sayang macam tu?." Soal Datin Qaseeh di sebelahnya. Nel termangu. Tidakkah terlalu awal untuk semua ini. Entah mengapa hatinya gusar tentang semua ini.
"Nel ikut papa. "
"Jadi Nadhir, apa kata kau? kau setuju jika kita nikahkan mereka ini terlebih dahulu." Soal Datuk Haziq pula. Tuan Nadhir mengangguk dan tersenyum.
"Baiklah. Dah tuan badan pun setuju, aku pun setuju lah Ziq." Balas Tuan Nadhir pula.
Harraz tarik senyum. Akhirnya hajatnya termakbul. Tidak sangka semudah ini juga urusan untuk memperisterikan gadis kecintaannya.
Wajah Nel di sebelahnya dipandang sebelum dia berdehem.
"Haz dah ada plan dan tarikh nikah babah, papa. Hari selasa minggu depan nikah. Jangan risau, Haz dah uruskan semua termasuklah kursus nikah dan mahar. Haz harap papa, babah, mama dan Nel sendiri bersetuju."Tenang Harraz melafazkan niat di hatinya. Dia kena lah nampak berani di hadapan bakal ayah mertuanya itu.
"Papa serahkan segalanya ke atas kamu."
"Babah dan mama pun sama."
Namun Nel hanya diam dan menunduk ke bawah. Sumpah dia gementar. Dia takut dia dengan perkahwinan mereka yang secepat ini.
Dia masih lagi di fasa pemulihan hati akibat retak seribu yang dihancurkan oleh Eskandar.
Sekali lagi lamunan Nel tersentak apabila Harraz menggenggam jarinya di bawah meja. Ini dah lebih dah ni. Semakin lama dibiarkan, semakin menjadi-jadi perangai gatal Harraz ni.
"Nel? papa tanya kamu ni."
"Hah ouh apa eh papa tanya tadi. Maaf Nel tak dengar. " Soal Nel sopan. Dia betul-betul tenggelam dalam dilema nya tadi.
"Papa tanya yang Nel setuju atau tidak selasa minggu depan Nel nikah sebagaimana yang Haz cakapkan." Tuan Nadhir mengulang kembali ayatnya tadi. Dia terpaksa bersabar dengan anak gadisnya seorang ini.
Nel pandang mata Ukail di sebelah Tuan Nadhir. Ukail seolah-olah mengangguk dan tersenyum ke arah nya.
"Nel setuju." Dengan berat hati dia membalas juga pertanyaan papanya itu. Dia tidak mahu memalukan keluarganya di hadapan keluarga Harraz. Lagipun anak mata hazel Harraz di sebelahnya tidak usah cakap, seperti mengharapkan dia tidak menolak buat kali keempat.
"Alhamdulillah. Terima kasih Nel sebab sudi terima anak mama."Nel terharu dengan layanan Datin Qaseeh terhadapnya. Tidak cukup dengan berterima kasih, Datin Qaseeh terus memeluk nya dan menggosok belakang badannya dengan perlahan seperti memberi kekuatan. Dia rindukan arwah Mamanya, Ufaila Natrah.

YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romansa-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...