23 | 🔗

757 65 14
                                    

Singapura.
2 minggu yang lepas.

Ghafir memapah bahu ketuanya iaitu Tuan Harraz Al-Qadri dengan berhati-hati ke arah ambulans yang sudah bersiap sedia di darat. Mereka diserang lanun namun hanya Tuan Harraz sahaja yang terkena tikaman akibat tidak sempat mengelak dari serangan.

Perjalanan mereka untuk ke darat diyakini selamat pada mulanya namun bagaimana mereka tidak sedar terdapat 2 orang lanun yang sempat naik ke platform mereka tanpa disyaki. Pasti ada yang membelot dalam kalangan mereka.

Hanya Harraz yang tercedera kerana dia membuat rondaan di sekeliling platform namun, tidak sempat Harraz melindungi diri sendiri apabila diserang.

"Bertahan sedikit lagi Tuan. Kita dah nampak ambulans dekat sana." Kata Ghafir di telinga Ketuanya. Harraz hanya mengangguk lemah.

" Tolong sampaikan pesanan dekat babah aku Ghaf dan uhukk.." Harraz terbatuk lemah sebelum menyambung kembali kata-katanya.

"Bagitahu dia tentang kejadian harini supaya tak diketahui oleh isteri aku." Sambung Harraz. Dia tidak mahu Nel risau dan bimbang.

"Baik Tuan."

Apabila tibanya di ambulans, Harraz di bawa ke unit kecemasan akibat luka yang agak dalam.

Ghafir hanya menunggu di luar bilik. Baru teringat akan pesanan Tuannya terus nombor Datuk Haziq di dail.

"Assalamualaikum Datuk. "

"Waalaikumusalam. Siapa ni ya?." soal suara tua di hujung sana.

"Saya Syed Ghafir Al-Attas selaku penolong Tuan Harraz. Tuan Harraz mengalami kecederaan yang serius akibat tikaman di bahunya. Saya diarahkan oleh Tuan untuk memberitahu tentang perkara ini kepada Datuk dan dia juga meminta agar Datuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya." Berat terasa bahunya apabila mengkhabarkan berita ini kepada ahli keluarga ketuanya.

"Allahuakbar. Jadi sekarang anak uncle macam mana?."

"Dia dah melepasi tahap kritikal uncle. Cuma, dia minta saya sampaikan pesanan dekat uncle untuk tak bagitahu tentang berita ini kepada isterinya."

Allahuakbar. Mengucap panjang Datuk Haziq mendengar pesanan tersebut. Dia sendiri nampak yang Nel seperti tertekan dan banyak mengelamun. mana mungkin dia dapat sorokkan perkara sebegini dari pengetahuan menantunya.

" Tidak mengapalah Gahfir. Nanti uncle fikirkan ya tentang pesanan tersebut. Nanti update dekat uncle ya tentang keadaan Harraz." Hati tuanya risau. terlalu risau jika dia bakal kehilangan seorang lagi anak lelaki nya. Cukuplah arwah Han yang sudah meninggal dunia akibat kapal terbang hilang kawalan. Dia tidak mampu untuk kuat lagi selepas ini.

"Baik uncle. "

"Nanti lepas Haz dah sedar, suruh dia telefon uncle ya. "

"Okay baik uncle.  Kalau tiada apa-apa, saya letak dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam Ghafir."

talian ditutup. Datuk Haziq bungkam. Kepala tuanya berat memikirkan anaknya. Isterinya juga masih tidak tahu tentang perkara ini. Jika dibiarkan berlalu tanpa pengetahuan isterinya mahu nanti isterinya merajuk dan berkecil hati. Dua hati yang perlu dijaga. satu ialah hati isterinya. salah satu lagi hati menantunya.


Nel membaluti selimut tebal itu ke tubuhnya. Harini ialah hari kedua dia tidak sihat. Demamnya juga tidak kebah. Nasib sahaja dia berada di rumah papanya hari ini. Jadi Uwais dan Umar yang menjaga Haider. Dia betul-betul tak larat untuk melayan kerenah budak kecil itu.

SURI HATI HARRAZ AL-QADRIWhere stories live. Discover now