30 | 🔗

298 24 2
                                    

Nel turun daripada kereta Range Rover milik Harraz. Haider didukungannya dibiarkan berdiri di atas lantai. Sejak tadi budak kecil itu ingin dilepaskan.

"Kita dekat mana ni abang?" Soal Nel sambil berjalan mengekori Harraz dan Haider .

"Rumah baru kita sayang. "

"Are you serious? Wah cantiknya abang. "

"Its for our little family sayang."

"Kalau famili besar pun boleh muat ni abang." tambah Nel lagi.

"Famili besar? So sayang nak mengandungkan anak abang banyak-banyak ke? Kalau boleh abang nak satu team bola sepak pun jadi la eh sayang." Gurau Harraz kemudian pipi isterinya dicium sekilas sebelum memfokuskan dirinya kepada Haider yang baru berjalan.

"Ish abang ni. suka ambil kesempatan kan." Pura-pura benci padahal suka. Sejak beberapa hari lepas, Nel langsung tak boleh berenggang dengan Harraz. Nel semakin manja dan Harraz pula seperti Harimau bertukar menjadi kucing.

Harraz hanya tersenyum gembira dapat mengenakan isterinya itu. comel.

Haider sudah boleh berjalan tapi masih memerlukan sokongan atau pegangan tangan orang sekeliling. Umur Haider baru mencecah 1 tahun 7 bulan. Haider agak lambat boleh berjalan jika nak dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Mungkin disebabkan faktor Haider yang sedikit tembam menyebabkan budak kecil itu sukar menyeimbangkan diri. Asyik terjatuh sahaja.

"Haider jangan berlari sayang. nanti jatuh." Nel naik risau apabila Haider seakan-akan ingin tumbang ke tanah.

"Amaaa. Haider dah pandai berjalan."Haider melambaikan tangannya ke arah Nel dengan senyuman yang comel. Ini kalau dah besar mahu jadi kegilaan wanita. Mana tak nya, kecil-kecil pun dah kacak. Haider agak petah bercakap walaupun kadang-kadang ada sedikit pelat.

" Aww sayang mama dah pandai berjalan tanpa mama."

"Biarkan dia belajar berjalan tanpa sayang. Nanti kalau sayang selalu ajar nak pegang dia atau pimpin dia nanti dia lambat pandai berjalan." tegur Harraz dari belakang. Jemari Harraz menyulam lembut jemari isterinya kemudian dicium sekilas jemari Nel. Nel hanya tersipu malu.

Nel hanya mengangguk namun hatinya risau. Haider yang mula berlari terkedek-kedek ke arah Harraz di pandangnya penuh risau. badan Haider nampak sangat tidak stabil.

Belum sempat Haider sampai ke dakapan Harraz yang sedari tadi menunggu Haider bertatih berjalan itu, Haider jatuh tersungkur. Tangisan Haider kuat kedengaran.

Nel laju berlari mendapatkan Haider.

"babaa..sakitttt." Adu Haider.

Tanpa berlengah, Harraz mendukung tubuh anaknya itu.

"Ya babah tahu. shh its okay sayang babah."

"Sakit. lantai tu buat dekat Haider babah." Adu Haider lagi. Ada patut disalahkan lantai yang tak bernyawa itu. Menggeleng kepala Harraz mendengarnya.

"Shhh babah ada ni. Ni papa dah tiup luka Haider. Orang lelaki tak boleh nangis-nangis ni. Kesian putera babah ni jatuh. Alololo apa la lantai tu buat anak babah ni sampai jatuh. Kejap papa pukul lantai tu" Pujuk Harraz sambil meniup tempat yang Haider adu sakit itu.

SURI HATI HARRAZ AL-QADRIWhere stories live. Discover now